• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kerajaan Umum Kredit E-Wallet RM50, Dipadankan Dengan Baucer Diskaun RM50

Oleh
ILB - AI
5 Jun 2020
Kongsi
2 Min Bacaan
Kerajaan Umum Kredit E-Wallet RM50, Dipadankan Dengan Baucer Diskaun RM50

Akan diberi kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas

Kerajaan Umum Kredit E-Wallet RM50, Dipadankan Dengan Baucer Diskaun RM50. Diumumkan hari ini ialah program Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana), di mana sejumlah program dan bantuan telah diumumkan oleh kerajaan. Tambah lagi, kerajaan juga mengumumkan pemberian kredit e-wallet sebanyak RM50 untuk rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas (yang berpendapatan kurang RM100,000 tahun)

Isi Isi Penting
  • Akan diberi kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas
  • Pulangan tunai bagi pembelian fizikal
  • Dijangka bermula bulan Julai 2020
  • Jangan risau, penggunaan e-wallet adalah selamat
Kerajaan Umum Kredit E-Wallet RM50, Dipadankan Dengan Baucer Diskaun RM50
Kerajaan Umum RM50 Kredit E-Wallet, Dipadankan Dengan Baucer Diskaun RM50

Pulangan tunai bagi pembelian fizikal

Kredit ini akan dipadankan dengan penawaran baucar diskaun dan pulangan tunai bernilai RM50 untuk pembelian fizikal. Diperkenalkan dalam usaha mengalakkan lagi pembelian nirsentuh ketika berurusan di kedai fizikal, langkah ini diharapkan selari dengan norma baharu untuk mengalakkan pengurangan sentuhan fizikal semasa pembelian.

Pada awal tahun ini, kerajaan telah memberikan kredit sebanyak RM30 untuk semua rakyat Malaysia dalam usaha menggalakkan penggunaan dompet digital atau e-wallet. Grab, Boost dan Touch n Go Digital dipilih ketika itu.

Dijangka bermula bulan Julai 2020

Ia dijangka kerajaan akan mula menawarkan kredit RM50 ini mulai bulan Julai yang akan datang.

Era norma baharu ini menampakkan semakin ramai rakyat Malaysia pilih untuk menggunakan pembayaran tanpa sentuh. Program ePenjana yang bernilai RM750 juta ini turut menggalakkan penggunaan perkhidmatan sebegini.

Dipadankan dengan baucar, pulangan tunai dan diskaun berjumlah RM50 daripada syarikat khidmat e-wallet, inisiatif ini akan bermula pada bulan Julai 2020. Dengan ini, kerajaan berharap ia boleh memanfaatkan semua rakyat negara.

Jangan risau, penggunaan e-wallet adalah selamat

Sebelum ini ketika era pemerintah lama, pernah tersebar mengenai e-wallet tidak selamat digunakan, pelbagai tohmahan dilontarkan terutamanya melalui aplikasi Whatsapp megenai perkara tersebut. Namun begitu, sebenarnya kesemua data adalah selamat dan dijamin oleh kerajaan.

Kerajaan Umum Kredit E-Wallet RM50, Dipadankan Dengan Baucer Diskaun RM50
Penggunaan e-wallet adalah selamat, jadi jangan risau dengan data-data anda.

Baca lagi disini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tak Sampai Sehari, 12 Kemalangan Dilaporkan Di Kuching Akibat Jalan Licin
Next Article AirAsia Tawar Tiket Serendah RM129 Untuk Penerbangan Domestik Bagi Tujuan Penting AirAsia Tawar Tiket Serendah RM129 Untuk Penerbangan Domestik Bagi Tujuan Penting

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?