• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

AirAsia Umum Penerbangan Domestik Terpilih Akan Disambung Mulai 29 April 2020

Oleh
ILB - AI
17 April 2020
Kongsi
3 Min Bacaan
AirAsia Umum Penerbangan Domestik Terpilih Akan Disambung Mulai 29 April 2020

Tertakluk kepada kelulusan kerajaan

AirAsia Umum Penerbangan Domestik Terpilih Akan Disambung Mulai 29 April 2020. AirAsia akan menyambung semula penerbangan domestik yang dijadualkan, bermula dengan Malaysia pada 29 April 2020, diikuti oleh Thailand (1 Mei 2020), Filipina (1 Mei 2020), India (4 Mei 2020) dan Indonesia (7 Mei 2020), tertakluk kepada kelulusan kerajaan.

AirAsia Umum Penerbangan Domestik Terpilih Akan Disambung Mulai 29 April 2020
AirAsia Umum Penerbangan Domestik Terpilih Akan Disambung Mulai 29 April 2020 | Gambar Hiasan

Penyambungan semula perkhidmatan ini adalah untuk beberapa laluan domestik terpilih, manakala penerbangan ke destinasi antarabangsa akan disambung semula secara berperingkat, apabila keadaan bertambah baik dan sehingga sekatan perjalanan ditarik balik oleh kerajaan.

Penerbangan yang tersedia boleh ditempah melalui laman web airasia.com dan aplikasi mudah alih sekarang. Para tetamu juga boleh menggunakan akaun kredit mereka untuk menebus penerbangan ini.

Maklumat lanjut mengenai laluan-laluan lain dan jadual penerbangan akan diumumkan dalam beberapa minggu akan datang, tertakluk kepada kelulusan kerajaan.

Presiden (Syarikat Penerbangan) Kumpulan AirAsia Bo Lingam berkata:

“Kami berbesar hati untuk menyambung semula penerbangan dan perkhidmatan kami kepada para tetamu bermula dengan laluan domestik, dan berharap untuk kembali beroperasi sepenuhnya secepat mungkin. Kami telah mengemas kini prosedur pengendalian tetamu secara menyeluruh daripada perlepasan sehingga dalam penerbangan berikutan pandemik Covid-19. Kami juga telah bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa lapangan terbang untuk memastikan bahawa semua langkah pencegahan yang disarankan dilakukan untuk memastikan perjalanan yang selamat dan selesa untuk semua.

“AirAsia mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan para tetamu dan kakitangan kami. Justeru, kami bekerjasama secara aktif dengan semua pengawal selia, kerajaan tempatan, pihak berkuasa penerbangan awam dan kesihatan. Kami juga mematuhi panduan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) untuk memastikan standard tertinggi dalam setiap penerbangan.”

Para tetamu dinasihatkan untuk mengamalkan langkah-langkah perlindungan yang disyorkan secara universal termasuk memakai topeng muka, penjarakan sosial dan menjaga kebersihan diri. Semua pesawat yang dilengkapi dengan Penapis Udara Kecekapan Tinggi (HEPA) standard hospital juga akan melalui prosedur pembasmian kuman secara menyeluruh selepas setiap penerbangan.

Untuk sebarang pertanyaan, rujuk Soalan-Soalan Lazim di sini. Para tetamu boleh menghubungi AirAsia Virtual Allstar (AVA) atau berbual secara langsung dengan ejen Khidmat Pelanggan kami di airasia.com atau support.airasia.com untuk mendapatkan bantuan lanjut.

Para tetamu turut dinasihatkan untuk menyemak Nasihat Perjalanan yang dikeluarkan oleh AirAsia di airasia.com dan platform media sosial. Para tetamu juga digalakkan untuk menyemak status penerbangan mereka di airasia.com/flightstatus untuk maklumat terkini secara langsung berikutan keadaan yang sentiasa berubah pada masa ini.

* Tertakluk kepada kelulusan kerajaan
** Penerbangan dengan Kod I5 hanya beroperasi untuk laluan domestik di India
*** Penerbangan dengan Kod D7 dan XJ hanya beroperasi untuk laluan antarabangsa

Baca Juga Artikel Lain Berkaitan Dunia Penerbangan :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Adalah Senarai Aktiviti Anda Boleh Buat Semasa PKP Ini Adalah Senarai Aktiviti Menarik Yang Anda Boleh Buat Semasa PKP
Next Article "PKP Bukan Alasan Tak Dapat Cari Pendapatan Atau Membantu," Borneon Creatives Mengambil Inisiatif “PKP Bukan Alasan Tak Dapat Cari Pendapatan Atau Membantu,” Borneon Creatives Ambil Inisiatif Hebat

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?