Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Pengangkutan Malaysia
Malaysia Airlines Teruskan Penerbangan Ke Sabah Dan Sarawak, Hanya 1 Penerbangan Seminggu. Selepas semalam kita difahamkan mengenai keputusan syarikat syarikat penerbangan untuk membatalkan penerbangan ke Sarawak, hari ini difahamkan pula Malaysia Airlines Berhad bersetuju untuk meneruskan operasi mereka dalam tempoh perintah kawalan pergerakan ketiga kali ini.

1 Penerbangan Seminggu
Menurut Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, pihak pengurusan tertinggi Malaysia Airlines memberi jaminan bahawa mereka akan meneruskan penerbangan sekali seminggu dari Kuala Lumpur ke 3 bandar utama di Sabah dan Sarawak iaitu Kuching, Miri dan juga Kota Kinabalu.
Bagi mereka yang ingin ke bandar lain pula, mereka boleh menggunakan MASWINGS selepas dengan perjalanan seperti berikut :
– Miri-Bintulu-Miri
– Kuching – Sibu – Kuching
– Sibu – Bintulu – Sibu
Malaysia Airlines Jamin Perkhidmatan Kargo Tidak Terjejas
Pihak Malaysia Airlines juga memberi jaminan bahawa perkhidmatan kargo mereka yang membawa barang keperluan seperti makanan dan keperluan perubatan ke Sarawak tidak akan terjejas sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan. Perkhidmatan kargo Malaysia Airlines akan terus beroperasi 3 kali seminggu dari
Kuala Lumpur – Kuching
Kuala Lumpur – Kota Kinabalu
Kuala Lumpur – Labuan
Perkhidmatan MasWings di Sabah dan Sarawak juga akan diteruskan seperti biasa. Difahamkan juga, Malaysia Airlines akan menambah kekerapan penerbangan sekiranya terdapat permintaan lebih.
Sementara itu, Air Asia pula sememangnya sudah mengeluarkan kenyataan rasmi untuk pembatalan kesemua penerbangan ‘AK’ mereka dari 28 Mac sehingga 28 April 2020.