• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

“PKP Bukan Alasan Tak Dapat Cari Pendapatan Atau Membantu,” Borneon Creatives Ambil Inisiatif Hebat

Oleh
ILB - AI
17 April 2020
Kongsi
6 Min Bacaan
"PKP Bukan Alasan Tak Dapat Cari Pendapatan Atau Membantu," Borneon Creatives Mengambil Inisiatif

Walaupun terhad, mereka mencari inisiatif lain untuk mencari pendapatan sampingan

“PKP Bukan Alasan Tak Dapat Cari Pendapatan Atau Membantu,” Borneon Creatives Ambil Inisiatif Hebat. Setelah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan sejak 18 Mac yang lalu, banyak warganegara Malaysia terjejas pendapatan dan antara yang terjejas adalah mereka yang dalam bidang kreatif seperti pemain musik, pelukis, dan sebagainya. Instead of sitting and complaining, kebanyakan daripada mereka ini telah mencari inisiatif lain untuk mencari pendapatan dan ada juga dalam masa sama membantu mereka yang memerlukan! Berikut adalah antara para-para kreatif yang memberi perkhidmatan mereka kepada masyarakat semasa PKP ini.

Isi Isi Penting
  • Walaupun terhad, mereka mencari inisiatif lain untuk mencari pendapatan sampingan
  • Pemain Muzik Melakukan Facebook Live Untuk Menghibur
  • Pelukis Membuat Komisen Portret Digital
  • Kolektif Seni Bekerjasama Untuk Menaikkan Semangat Warga Malaysia Dan Membantu Frontliner
  • Part Time Model Menyokong Bantuan Khas Untuk Orang Asli Malaysia
  • Pemain Muzik Berjual Makanan Semasa PKP
  • Orang kreatif memang akan cari cara kreatif
  • Baca Juga Bagaimana Make Up Artis Di Miri Jana Pendapatan Ketika PKP :
"PKP Bukan Alasan Tak Dapat Cari Pendapatan Atau Membantu," Borneon Creatives Ambil Inisiatif Hebat
“PKP Bukan Alasan Tak Dapat Cari Pendapatan Atau Membantu,” Borneon Creatives Ambil Inisiatif Hebat

Pemain Muzik Melakukan Facebook Live Untuk Menghibur

Seorang pemain muzik dan penyayi sepenuh masa, Ceasar Torif, yang berasal dari Kuching dan kini menetap di Kuala Lumpur, menggunakan masa terluang beliau untuk menghiburkan rakan-rakannya melalui Facebook Live dan penonton digalakkan menderma tips melalui online banking. Walaupun beliau tidak dapat bermain muzik di lokasi kebiasaan, beliau menggunakan platform Facebook Live sebagai cara untuk bermain muzik. Kebiasaannya, beliau akan menetap tema untuk hari tersebut (contohnya, genre Rock, Lagu Indonesia etc) agar peminat genre berikut boleh membuat permintaan yang sesuai.

"PKP Bukan Alasan Tak Dapat Cari Pendapatan Atau Membantu," Borneon Creatives Ambil Inisiatif Hebat
Tangkap layar salah satu video Facebook Live yang dilakukan beliau bertema BALADA ROCK MELAYU 90 AN. Kredit: Facebook Ceasar Torif

Sekiranya anda berminat untuk melihat persembahan beliau melalui Facebook Live, anda boleh pergi ke Facebook Ceasar Torif dan Malisa J untuk menonton persembahan Facebook Live mereka. Mun sudi, jangan lupa derma sekali ya? Sapot lokal!

Pelukis Membuat Komisen Portret Digital

Selain pemain muzik, para pelukis juga mencari inisiatif untuk mencari pendapatan sampingan. Salah seorang pelukis dari Sabah, Chung Hae menggunakan masa beliau dengan melukis portret secara digital. Berikut adalah contoh-contoh lukisan beliau:

Lukisan Digital Chung Hae. Kredit: Facebook Chung Hae
Lukisan Digital Chung Hae. Kredit: Facebook Chung Hae
Lukisan Digital Chung Hae. Kredit: Facebook Chung Hae

Sekiranya anda berminat, anda boleh mesej beliau di Facebook untuk menempah lukisan portret anda. Selain lukisan yang mantap malah menarik, harga yang ditawarkan berbaloi dengan lukisan!

Kolektif Seni Bekerjasama Untuk Menaikkan Semangat Warga Malaysia Dan Membantu Frontliner

Pangrok Sulap merupakan salah satu kolektif seni di Malaysia. Kini, mereka bertindak untuk menaikkan semangat warga Malaysia melalui poster-poster yang dihasilkan oleh artis-artis mereka. Berasal dari Sabah, mereka terkenal dengan medium seni mereka iaitu woodcutting atau ukiran atas kayu nipis yang akan dicetak ke atas kertas atau kain.

Antara poster yang dihasilkan oleh Pangrok Sulap. Kredit: Facebook Pangrok Sulap

Selain menghasilkan karya, poster yang dihasilkan juga untuk dijual. 50% daripada hasil jualan poster mereka akan dimasukkan ke dalam tabung amal gerakan NGO. Sekiranya anda berminat, anda boleh direct message mereka melalui Facebook atau Whatsapp.

Salah satu lagi bantuan yang dibuat oleh artis Pangrok Sulap adalah menjadi sukarela untuk menyiapkan DIY face shield di rumah untuk JKN. Memang betul-betul manfaatkan masa sida tok! Syabas.

DIY face shield yang dibuat oleh sukarelawan daripada Pangrok Sulap. Kredit: Facebook Rizo Leong

Part Time Model Menyokong Bantuan Khas Untuk Orang Asli Malaysia

Seorang model sambilan dan juga salah satu finalis Miss Universe Malaysia, Francisca Luhong James yang berasal dari Sarawak, menggunakan platform beliau iaitu melalui Instagram Live untuk menggalakkan penonton beliau menderma kepada Global Peace Foundation Malaysia. Untuk pengetahuan anda, bantuan ini didirikan untuk membantu golongan Orang Asli yang telah terjejas pendapatan semenjak PKP. Melalui derma serendah RM50 (untuk menampung lebih banyak keluarga Orang Asli), golongan Orang Asli yang terjejas akan diberi bantuan seperti makanan.

"PKP Bukan Alasan Tak Dapat Cari Pendapatan Atau Membantu," Borneon Creatives Ambil Inisiatif Hebat
Kredit: Instagram Francisca Luhong James

Untuk maklumat lanjut dan/atau menderma, anda boleh klik DI SINI.

Pemain Muzik Berjual Makanan Semasa PKP

Salah seorang pemain muzik antara band terkenal di Sarawak, Kojack Abg Abd Rahim dari band United Kids of Oi! (UKOI), telah menggunakan masa luang beliau untuk menjual makanan seperti Mee Lamb dan Nasi Lemak.

Antara menu yang dihidangkan oleh beliau. Kredit: Facebook Kojack Abg Abd Rahim

Makanan yang ditempahkan akan dihantar kepada pelanggan dan dikatakan beliau sekali memberi topeng muka kepada pelanggan ketika penjualan topeng muka masih mahal. Nya maok juak pelanggan nya selamat bah…

Sekiranya anda berminat untuk menempah, anda boleh mesej beliau di Whatsapp (+60168600256). Selain mee lamb dan nasi lemak, terdapat pelbagai jenis makanan yang boleh disediakan oleh beliau seperti pasta dan fake zinger burger. Haa… nak cuba? Order lah sekarang!

Orang kreatif memang akan cari cara kreatif

Siapa lagi anda kenal dalam bidang seni yang kini melakukan inisiatif untuk mencari pendapatan sampingan atau membantu orang lain? Share-share lah kat komen, sama-sama kita upkan perkhidmatan/produk orang lain semasa PKP ini.

Kita jaga kita, jangan lupa share!

"PKP Bukan Alasan Tak Dapat Cari Pendapatan Atau Membantu," Borneon Creatives Ambil Inisiatif Hebat
Kredit: Giphy

Baca Juga Bagaimana Make Up Artis Di Miri Jana Pendapatan Ketika PKP :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article AirAsia Umum Penerbangan Domestik Terpilih Akan Disambung Mulai 29 April 2020 AirAsia Umum Penerbangan Domestik Terpilih Akan Disambung Mulai 29 April 2020
Next Article Lelaki Ini Kongsi Prosedur Yang Perlu Anda Lakukan Jika Harus Pulang Ke Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?