• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Rakyat Malaysia Di Tangga Ke-13 Dalam Indeks Pengambilan Mi Segera Sedunia

Oleh
Ismail NA
20 Ogos 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

Berapa banyak mi segera yang anda makan dalam seminggu?

Rakyat Malaysia Di Tangga Ke-13 Dalam Indeks Pengambilan Mi Segera Sedunia. Siapa kat sini yang suka makan mi segera? Mi segera ini adalah makanan yang dikatakan wajib ada dalam almari pelajar asrama, kolej dan universiti. Maklumlah, bila tahap kewangan sudah berada di hujung tanduk, inilah hidangan segera yang boleh dijadikan sebagai alas perut. Tetapi tak elok dimakan selalu.

Isi Isi Penting
  • Berapa banyak mi segera yang anda makan dalam seminggu?
  • China/Hong Kong di tempat pertama, diikuti Indonesia dan Vietnam
  • Pengambilan mi segera rakyat Malaysia agak tinggi
  • Konsumsi di Vietnam 4 kali ganda lebih banyak daripada Malaysia
  • Sedang mencari ilham nak makan apa? Klik pautan di bawah ini :

Terbaharu, Kesatuan Mi Segera Dunia (World Instant Noodles Association – WINA) telah mengeluarkan satu indeks berkaitan permintaan dan pengambilan mi segera di seluruh dunia. Tahukah anda, Malaysia berada di tangga ke-13 daripada 55 negara teratas yang disenaraikan dalam indeks tersebut.

Sejak berlakunya pandemik COVID-19, berlaku peningkatan dalam permintaan pasaran mi segera di seluruh dunia. Ini menyaksikan kenaikan hampir 14.79% daripada tahun ke tahun.

Rakyat Malaysia Di Tangga Ke-13 Dalam Indeks Pengambilan Mi Segera Sedunia

China/Hong Kong di tempat pertama, diikuti Indonesia dan Vietnam

Menerusi indeks yang dikemaskini pada 11 Mei yang lalu, China dan Hong Kong masing-masing berkongsi tempat pertama dengan mencatatkan trend peningkatan permintaan mi segera daripada sekitar 38,000 juta hidangan pada tahun 2016 kepada 46,350 juta hidangan pada tahun 2020. Indonesia dan Vietnam masing-masing di tangga kedua dan ketiga dengan beza unit juta hidangan yang besar iaitu 12,640 juta hidangan (2020) untuk Indonesia manakala 7,030 juta hidangan (2020) untuk Vietnam.

Rakyat Malaysia Di Tangga Ke-13 Dalam Indeks Pengambilan Mi Segera Sedunia
Global Demand for Instant Noodles, WINA

Dalam pada masa yang sama, Malaysia berada di tangga ke-13 dengan rekod 1,570 juta hidangan untuk tahun 2020. Walau bagaimanapun, trend permintaan di Malaysia melonjak tinggi pada tahun 2019 dan berterusan sehingga tahun 2020.

Walaupun China dan Hong Kong berada di tempat pertama, namun Vietnam sebenarnya telah mencatatkan peningkatan drastik permintaan mi segera sejak pandemik iaitu kenaikan sebanyak 67% menurut Nielsen Vietnam. Dilaporkan, sebanyak 7 juta paket mi segera dimakan oleh 98.7 juta populasi rakyat Vietnam tahun lalu sahaja.

Pengambilan mi segera rakyat Malaysia agak tinggi

Namun demikian, kedudukan Malaysia dalam indeks pengambilan mi segera ini boleh dikatakan agak tinggi memandangkan populasi Malaysia adalah jauh lebih kecil berbanding 10 negara teratas (kecuali Hong Kong) yang sememangnya adalah negara yang memiliki populasi yang sangat besar.

Bayangkanlah, rakyat Malaysia mampu makan mi segera lebih banyak daripada rakyat di Mexico! Mexico mempunyai populasi sebanyak 128.6 juta orang berbanding Malaysia yang hanya mempunyai 32.7 juta populasi.

Rakyat Malaysia Di Tangga Ke-13 Dalam Indeks Pengambilan Mi Segera Sedunia
Imej : KIARA Supermarket

Konsumsi di Vietnam 4 kali ganda lebih banyak daripada Malaysia

Walau bagaimanapun, jika dibandingkan antara Malaysia dan Vietnam, anda boleh menarik nafas lega kerana menurut data ini, rakyat Vietnam dilihat seperti menjadikan mi segera ini sebagai makanan ruji mereka. Dengan negara yang mempunyai populasi tidak jauh beza dengan Malaysia, konsumsi mi segera di Vietnam adalah 4 kali ganda lebih banyak daripada di Malaysia!

Statistik WINA juga menunjukkan bahawa rantau Asia merupakan pasaran terbesar permintaan mi segera dengan 56.45% daripada pengambilan mi segera adalah daripada negara rantau ini terutamanya negara China, Korea dan Jepun.

Rakyat Malaysia Di Tangga Ke-13 Dalam Indeks Pengambilan Mi Segera Sedunia
Rakyat Malaysia Di Tangga Ke-13 Dalam Indeks Pengambilan Mi Segera Sedunia. Kredit : Maggi

Berapa paket mi segera yang anda makan dalam seminggu? Kongsikan kepada kami.

Sedang mencari ilham nak makan apa? Klik pautan di bawah ini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dapatkan Segera! Ini Jadual Pemberian Vaksin Secara Walk-In Di PPV Seluruh Sarawak
Next Article Akan Ditawarkan Kepada Negeri Dengan Kawasan Pedalaman, 200K Dos CanSino Tiba Di Malaysia Akan Ditawarkan Kepada Negeri Dengan Kawasan Pedalaman, 200K Dos CanSino Tiba Di Malaysia

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?