• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Akhirnya! Sempadan Darat Dan Laut Brunei Akan Dibuka Sepenuhnya Bermula 1 Ogos 2022

Oleh
Ismail NA
15 Julai 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Alhamdulillah!

Akhirnya! Sempadan Darat Dan Laut Brunei Akan Dibuka Sepenuhnya Bermula 1 Ogos 2022. Setelah 2 tahun menanti, rakyat Malaysia di Limbang, Lawas dan Miri akhirnya boleh menarik nafas lega kerana sempadan negara jiran, Brunei Darussalam akhirnya dibuka sepenuhnya bermula 1 Ogos 2022!

Khabar gembira ini diumumkan secara rasmi oleh Jawatankuasa Pandu COVID-19 Brunei Darussalam menerusi sebuah sidang media semalam seperti yang dilaporkan oleh akhbar tempatan Brunei.

Akhirnya! Sempadan Darat Dan Laut Brunei Akan Dibuka Sepenuhnya Bermula 1 Ogos 2022
Akhirnya! Sempadan Darat Dan Laut Brunei Akan Dibuka Sepenuhnya Bermula 1 Ogos 2022. Kredit foto: eyeonasia.gov.sg

Syarat dan peraturan keluar masuk sempadan Brunei

Sempadan darat dan laut Brunei akan dibuka semula sepenuhnya untuk perjalanan tidak penting (non-essential) mulai 1 Ogos 2022. Langkah ini juga difahamkan bagi menyelaraskan garis panduan perjalanan udara yang sudah berkuatkuasa.

Urusan keluar dan masuk ke Brunei juga memerlukan setiap individu mematuhi peraturan yang ditetapkan seperti;

  • Penerima vaksin lengkap (3 dos untuk warganegara Brunei, 2 dos vaksin untuk warga asing), *warga asing digalakkan untuk memiliki atau mengambil dos penggalak.
  • Memiliki insurans kesihatan untuk perjalanan yang merangkumi perlindungan rawatan COVID-19 sebelum keluar dari Brunei (untuk warganegara Brunei dan penduduk tetap)
  • Melengkapkan Borang Pengisytiharan Ketibaan (Arrival Declaration Form – ADF) sebelum memasuki atau meninggalkan negara berkenaan.
  • Individu yang berulang alik (termasuk warga asing yang hanya merentas sempadan) disarankan untuk memiliki insurans perlindungan jangka masa panjang yang merangkumi tempoh rentas sempadan.

Syarat tambahan yang dikenakan oleh kerajaan Brunei untuk rakyatnya yang belum menerima suntikan dos penggalak (dos ketiga), perjalanan hanya akan dibenarkan sekiranya dos kedua yang diterimanya kurang daripada 3 bulan daripada tarikh mengambil suntikan.

Hubungi portal Brunei untuk maklumat lanjut tentang prosedur terkini rentas sempadan

Kerajaan Brunei akan terus memantau situasi COVID-19 di negara berkenaan selain menguatkuasakan langkah serta kawalan yang bersesuaian bagi memastikan keselamatan, dan kesejahteraan rakyat Brunei dan penduduk tetapnya.

Jika anda ingin mengetahui maklumat lanjut tentang pembukaan sempadan ini, anda boleh melayari laman web mereka di pautan www.pmo.gov.bn/travelportal atau menghubungi talian hotine mereka, 120 atau emel [email protected].

Ini pula kisah seorang wanita di Selangor yang telah menyimpan perisai Sultan Brunei yang diterimanya secara misteri:

Mungkin sudah tiba masanya untuk ibu bapa dan anak ini bersatu kembali sejak pandemik melanda:

SUMBER :Borneo Bulletin
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 5 Hidden Gem Air Terjun Di Simunjan Yang Mesti Anda Terokai
Next Article [VIDEO] 'Tu Makan Diaa..' Netizen Puas Hati Lihat Polis Buat Roadblock Secara Mengejut [VIDEO] ‘Tu Makan Diaa..’ Netizen Puas Hati Lihat Polis Buat Roadblock Secara Mengejut

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?