• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

5 Hidden Gem Air Terjun Di Simunjan Yang Mesti Anda Terokai

Oleh
Ismail NA
15 Julai 2022
Kongsi
5 Min Bacaan

Semuanya cantik-cantik belaka.

5 Hidden Gem Air Terjun Di Simunjan Yang Mesti Anda Terokai. Terletak lebih kurang 2 jam perjalanan dari Kuching, daerah Simunjan ini rupa-rupanya menyimpan khazanah alam yang sangat menakjubkan.

Selain terkenal dengan keenakan mi udang dan songket Sarawak, siapa sangka Simunjan juga memiliki air terjun bertaraf 5 bintang dan memukau sesiapa sahaja yang melihatnya.

5 Hidden Gem Air Terjun Di Simunjan Yang Mesti Anda Terokai
5 Hidden Gem Air Terjun Di Simunjan Yang Mesti Anda Terokai

Kali ini, kami ingin mengajak anda untuk mengenali 5 air terjun ‘hidden gem’ yang boleh anda kunjungi di Simunjan bagi menghilangkan stres anda.

1

Air Terjun Wong Radak

Kg Tuba Uli Sebuyau

Air terjun ini kami letakkan di tangga pertama kerana ia mempunyai struktur yang unik dan gah. Terletak di Kampung Tuba Uli, Sebuyau, air terjun ini mempunyai struktur yang memanjang dengan aliran air kemerah-merahan mengalir deras menerusi sungai.

Jangan tanya boleh tak nak OOTD kat sini, memang boleh sangat! Berbaloi lah dengan perjalanan anda ke sini kelak.

Untuk ke sini, anda boleh melalui jalan Pantu-Muding atau Simpang Kepayang-Plaie, Simunjan.

Pemandu arah yang boleh dihubungi: Bro Kevox (019-819 2669)

5 Hidden Gem Air Terjun Di Simunjan Yang Mesti Anda Terokai
Kredit foto: FB Sharonica Diliu
5 Hidden Gem Air Terjun Di Simunjan Yang Mesti Anda Terokai
Kredit foto: FB Sharonica Diliu
Kredit foto: FB Sharonica Diliu
Kredit foto: FB Sharonica Diliu
2

Air Terjun Wong Muas

Kg Kepayang

Bagi mereka yang menyelusuri hutan, destinasi ke air terjun ini pastinya sesuatu yang anda ingin nikmati. Berada berdekatan Sungai Rian, Kepayang dan terletak kira-kira 45 minit dari Pekan Simunjan, pengunjung perlu masuk ke simpang Mentu/Kepayang dan seterusnya berjalan kaki dari jalan besar melalui jalan hutan dan kebun selama 15 minit.

Trek ke sini juga sederhana sahaja. Jadi, berbaloi lah kalau nak tengok air terjun cantik macam ni. Hihi.

Pemandu arah yang boleh dihubungi: Jamaluddin Ismail (Facebook)

5 Hidden Gem Air Terjun Di Simunjan Yang Mesti Anda Terokai
Kredit foto: FB Nurnazartul Hatiah
5 Hidden Gem Air Terjun Di Simunjan Yang Mesti Anda Terokai
Kredit foto: FB Nurnazartul Hatiah
Kredit foto: FB Elizabeth Goh
Kredit foto: FB Nurnazartul Hatiah
3

Air Terjun Kg Lunying Sebuyau

Kg Lunying, Sebuyau

Air terjun mini ini terletak kira-kira 15 minit dari Kampung Lunying, Sebuyau jika anda berjalan kaki. Menurut laman Majlis Daerah Simunjan, perjalanan ke air terjun ini juga sangat mudah, mendatar dan tidak memerlukan anda hiking. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menikmati suasana alam semulajadi serta ratusan ekor kelawar di Gua Layang yang berhampiran dengan air terjun ini.

Anda juga diingatkan agar menghubungi penduduk tempatan yang bertanggungjawab di kawasan ini sebelum mengunjungi air terjun ini kerana kawasan ini tidak mempunyai capaian internet yang memuaskan. Seeloknya cuba untuk menghantar pesanan Whatsapp terlebih dahulu, kemudian baru anda menelefon untuk mendapatkan maklumat selanjutnya.

Individu yang boleh anda hubungi: Encik Muyang (+6013-560 6181)

5 Hidden Gem Air Terjun Di Simunjan Yang Mesti Anda Terokai
Kredit foto: FB Simunjan DO
5 Hidden Gem Air Terjun Di Simunjan Yang Mesti Anda Terokai
Kredit foto: FB Simunjan DO
5 Hidden Gem Air Terjun Di Simunjan Yang Mesti Anda Terokai
Kredit foto: FB Simunjan DO
Kredit foto: FB Majlis Daerah Simunjan – MDS
Kredit foto: FB Simunjan DO
4

Air Terjun Wong Engkabang

Kg Kesindu Simunjan

Air terjun di sini begitu jernih, kerana kawasan ini masih dikira sebagai ‘hidden gem’ dan msih belum banyak diketahui oleh orang luar berbanding air terjun lain di kawasan Simunjan ini. Air terjun yang terletak di Kampung Kesindu, Simunjan ini tidak terlalu tinggi dan tidak juga terlalu rendah.

Untuk ke sini, anda mesti mendapatkan khidmat pemandu arah tempatan kerana mereka lebih mengetahui laluan yang selamat (dan mudah) terutamanya untuk anda yang baru pertama kali ke sini. Difahamkan, anda boleh jungle trekking (1 jam 30 minit) atau pun menaiki motorsikal (30 minit) ke air terjun ini.

Pemandu arah yang boleh dihubungi: Sharonica Diliu (Facebook)

5 Hidden Gem Air Terjun Di Simunjan Yang Mesti Anda Terokai
Kredit foto: FB Sharonica Diliu
5 Hidden Gem Air Terjun Di Simunjan Yang Mesti Anda Terokai
Kredit foto: FB Sharonica Diliu
Kredit foto: FB Sharonica Diliu
5

Air Terjun Wong Panchor & Wong Mawang Kg Mentu

Kg Mentu, Simunjan

Air terjun ini terletak di Ulu Simunjan, kira-kira 40 kilometer dari Pekan Simunjan. Jika anda turun dari Kuching, perjalanan akan mengambil masa selama lebih kurang 3 jam. Sebelum memulakan trekking di dalam hutan untuk sampai ke sini, anda perlu parkir kenderaan di tepi jalan Kampung Mentu dan melalui kawasan hutan seterusnya menuruni sungai selama 1 jam 30 minit.

Anda akan dapat menikmati puncak air terjun Wong Panchor, kemudian air terjun Wong Mawang sekaligus kolam air terjun Wong Panchor yang pastinya membuatkan anda rasa terpesona!

Pemandu arah yang boleh dihubungi: Cikgu Bong Sin Fui (+6013 816 3389) | Arden (+6011 1588 3568)

5 Hidden Gem Air Terjun Di Simunjan Yang Mesti Anda Terokai
Kredit foto : FB Ephrem Miche
5 Hidden Gem Air Terjun Di Simunjan Yang Mesti Anda Terokai
Kredit foto : FB Ephrem Miche
Kredit foto : FB Ephrem Miche

Mungkin sudah tiba masanya untuk anda keluar dari zon selesa dan mula meneroka keindahan lain di negeri Sarawak. Jom!

Selain mengunjungi air terjun, anda juga boleh melakukan aktiviti mendaki santai di Gunung Ngeli, Simunjan:

Ini pula kisah misteri sebuah batu besar di Simunjan:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Balai Bomba Gunung Kinabalu Bakal Jadi Balai Bomba Tertinggi Di Dunia
Next Article Akhirnya! Sempadan Darat Dan Laut Brunei Akan Dibuka Sepenuhnya Bermula 1 Ogos 2022

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?