• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Akibat Aktiviti Manusia Dan El Nino, Tahun 2024 Berpotensi Jadi Tahun Paling Panas Dalam Sejarah Dunia

Oleh
Farisha
9 Julai 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

13 bulan berturut-turut, suhu tertinggi sejak rekod bermula pada Jun 2023

Akibat Aktiviti Manusia Dan El Nino, Tahun 2024 Berpotensi Jadi Tahun Paling Panas Dalam Sejarah Dunia. Suhu pada Jun 2024 mencatat rekod tertinggi akibat pemanasan global yang berterusan. Menurut laporan, para saintis meramalkan 2024 mungkin menjadi tahun terpanas dalam sejarah.

Menurut Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus EU, setiap bulan sejak Jun 2023 telah mencatatkan suhu tertinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya. Fenomena ini disebabkan oleh perubahan iklim akibat aktiviti manusia dan kesan El Nino.

Akibat Aktiviti Manusia Dan El Nino, Tahun 2024 Berpotensi Jadi Tahun Paling Panas Dalam Sejarah Dunia
Akibat Aktiviti Manusia Dan El Nino, Tahun 2024 Berpotensi Jadi Tahun Paling Panas Dalam Sejarah Dunia

Zeke Hausfather dari Berkeley Earth menganggarkan peluang 95% bahawa 2024 akan mengatasi 2023 sebagai tahun terpanas sejak rekod bermula pada pertengahan 1800-an.

Kesan buruk pemanasan global telah dirasai di seluruh dunia pada 2024. Contohnya, lebih 1,000 orang meninggal dunia akibat kepanasan semasa musim haji, selain kematian yang dilaporkan di New Delhi dan Greece disebabkan gelombang haba.

Friederike Otto dari Imperial College London menyatakan bahawa walaupun El Nino adalah fenomena semula jadi, kita boleh mengawal pembakaran bahan api fosil untuk mengurangkan kesan pemanasan global.

Walaupun kesan El Nino semakin berkurang, suhu global masih tinggi. Data menunjukkan Jun 2024 adalah yang terpanas sejak 1850-1900.

Pelepasan gas rumah hijau dari pembakaran bahan api fosil terus menjadi punca utama perubahan iklim. Walaupun ada janji untuk mengurangkan pemanasan global, usaha kolektif negara-negara masih belum berkesan.

Dalam tempoh 12 bulan sehingga Jun 2024, suhu purata dunia mencatat 1.64 darjah Celsius di atas purata pra-industri, menjadikan 2024 berpotensi sebagai tahun yang mencatat pemanasan global tertinggi dengan kesan yang semakin serius terhadap manusia dan alam sekitar.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Dijangka Kemarau Berpanjangan, Ini 5 Langkah Penting Bagi Berdepan Cuaca Panas Untuk Anda
Cuaca Panas Kering, Sarawak Aktifkan Pelan Tindakan Musim Kemarau

SUMBER :ReutersThe Vocket
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article MyeongDong Topokki Pertama Di Sarawak Bakal Dibuka Di Kuching MyeongDong Topokki Pertama Di Sarawak Bakal Dibuka Di Kuching
Next Article Netizen Tegur Peralatan Keselamatan Tasik Di Sarawak Ini Tidak Diselenggara Dengan Baik

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?