• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Netizen Tegur Peralatan Keselamatan Tasik Di Sarawak Ini Tidak Diselenggara Dengan Baik

Oleh
Nazihah AN
9 Julai 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Wanita ini kecewa peralatan keselamatan seperti tidak diselenggara dengan baik

Netizen Tegur Peralatan Keselamatan Tasik Di Sarawak Ini Tidak Diselenggara Dengan Baik. Baru-baru ini, seorang ibu telah membuat hantaran di Facebook mengenai keadaan peralatan keselamatan di tasik ini. Hantaran tersebut turut disertakan dengan beberapa gambar menunjukkan keadaan peralatan tersebut.

Dalam hantaran tersebut, beliau menyatakan kekecewaan terhadap penyelenggaraan peralatan keselamatan, khususnya jaket keselamatan yang disediakan untuk pengunjung.

Netizen Tegur Peralatan Keselamatan Tidak Diselenggara Dengan Baik Di Tasik Biru Ini

Teguran netizen mengenai penyelenggaraan peralatan keselamatan tasik di daerah Bau

Menurut beliau, jaket keselamatan tersebut bukan sahaja kotor, malah turut memberi pengalaman yang tidak selesa kepada pengunjung yang ingin menikmati aktiviti paddle boat di tasik tersebut.

Lebih memburukkan keadaan, bau yang kurang menyenangkan dari jaket keselamatan menyebabkan ramai pengunjung tidak tahan. Tambah beliau juga, bau yang kurang menyenangkan itu membuatkan rasa ingin berhenti daripada aktiviti tersebut lebih awal.

Hantaran ibu tersebut turut menyatakan bahawa penyelenggaraan yang baik adalah sangat penting untuk memastikan keselamatan dan keselesaan pengunjung. Dengan keadaan jaket keselamatan yang kotor dan berbau, ia bukan sahaja menimbulkan rasa tidak selesa tetapi juga boleh menjejaskan keselamatan pengunjung.

Menerusi ruangan komen, ada juga yang berkongsi pengalaman mereka turut melalui perkara yang sama. Namun, apabila ditanya kepada pekerja di sana untuk tukar jaket keselamatan yang bersih, mereka kata bahawa ianya adalah untuk staff sahaja.

“Saya pun terkena dgn life jacket busuk hari tu,tanya boleh pkai yg bersih tu kah mreka cakap tu utk staff then saya tanya lg apahal utk customer buruk dan busuk terus staff diam”

Baca juga artikel berkaitan di bawah:

Ini Kisah Misteri dan Sejarah Tragis Di Sebalik Keindahan Tasik Biru Di Bau, Sarawak
Tarikan Baharu Di Tasik Biru, Bau Bicentennial Bridge Kini Dibuka Untuk Umum
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Akibat Aktiviti Manusia Dan El Nino, Tahun 2024 Berpotensi Jadi Tahun Paling Panas Dalam Sejarah Dunia
Next Article Petronas Umum Pengeluaran Gas Pertama Dari Lapangan Jerun Sarawak Petronas Umum Pengeluaran Gas Pertama Dari Lapangan Jerun Sarawak

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?