Permohonan kini dibuka untuk tarikh sepanjang tahun 2021.
Ini Panduan Memohon Inisiatif Graduan Pulang Sarawak (i-GPS) 2021. Jika anda merupakan pelajar institusi pengajian tinggi, pasti anda mengetahui tentang inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan Sarawak ini. Tentunya, ini merupakan berita baik untuk anda yang berhasrat untuk pulang ke Sarawak dari institusi pengajian tinggi untuk tahun ini!
Inisiatif Graduan Pulang Sarawak (i-GPS) kini diteruskan untuk tahun 2021. Melalui inisiatif ini, tambang penerbangan pelajar IPT yang pulang ke Sarawak akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Sarawak. Bukan itu sahaja, para pelajar juga berpeluang untuk mendapatkan pembiayaan tambang penerbangan ini sebanyak 2 kali setahun.
Inisiatif ini adalah kendalian Yayasan Sarawak bersama Sarawak Volunteers.

Terma dan syarat permohonan
- Pemohon mestilah merupakan anak Sarawak yang berusia 18 tahun dan ke atas pada tarikh penerbangan
- Nilai subsidi i-GPS untuk satu permohonan yang berjaya ialah RM 300 sahaja
- Seorang pemohon hanya layak menerima subsidi i-GPS sebanyak 2 kali sahaja untuk tahun 2021
- Pemohon masih aktif dan belajar secara sepenuh masa di mana-mana IPT di Malaysia yang berdaftar di bawah Kementerian Pengajian Tinggi pada tarikh penerbangan dilakukan
- Tarikh penerbangan pemohon adalah pada mana-mana tarikh dalam tahun 2021
- Perjalanan penerbangan pemohon adalah dari Semenanjung Malaysia, Sabah atau Labuan balik ke Sarawak sahaja
- Permohonan dan kemaskini permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian sahaja.
- Pemohon hendaklah menghantar permohonan yang betul dan lengkap dalam tempoh 60 hari selepas tarikh penerbangan dilakukan
- Permohonan i-GPS tidak terpakai untuk sebarang penerbangan seperti berikut;
- Penerbangan yang ditaja oleh kerajaan atau agensi berkaitan kerajaan atau mana-mana organisasi lain; atau
- Penerbangan yang ditunda atau dibatalkan oleh syarikat penerbangan
- Permohonan yang lewat, tidak lengkap, diragui dan/atau palsu tidak akan dilayan dan akan ditolak tanpa notis
- Setiap permohonan adalah tertakluk kepada terma dan syarat permohonan i-GPS yang telah ditetapkan
- Sarawak Volunteers berhak mengubak terma dan syarat permohonan i-GPS tanpa sebarang notis
- Sebarang keputusan oleh Sarawak Volunteers terhadap mana-mana permohonan i-GPS adalah muktamad.
Cara memohon
Setiap permohonan perlulah melalui salah satu daripada kaedah berikut;
- Pautan laman web yayasansarawak.org.my
- Aplikasi mudah alih Yayasan Sarawak Student App (Apple App Store/Google Play Store)
Setiap permohonan yang telah dihantar akan diproses dalam tempoh 14 hari bekerja.

Sekiranya permohonan anda berjaya, anda akan menerima emel makluman dan subsidi RM 300 akan dimasukkan ke dalam akaun bank anda dalam masa 14 hari bekerja. Namun demikian, sekiranya tidak berjaya, anda akan menerima emel makluman dan anda perlu membuat permohonan baharu yang betul dan lengkap dalam tempoh 60 hari selepas tarikh penerbangan anda.
Permohonan i-GPS untuk tahun 2021 ini berkuatkuasa mulai 1 Februari 2021. Maklumat lanjut tentang permohonan ini boleh didapati di laman Facebook rasmi Sarawak Volunteers.