• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Aksi Ganas Gelandangan Di Old Folks Street Cetus Kerisauan Dikalangan Warga Miri

Oleh
ILB - AI
22 September 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Aksi gelandangan di Old Folks Street

Aksi Ganas Gelandangan Di Old Folks Street Cetus Kerisauan Dikalangan Warga Miri. Tiada siapa yang minta dilahirkan di dunia untuk merasai kesusahan. Tapi, kalau diuji dengan kesusahan malah perangai sedemikian, bukan sahaja orang takut untuk menghulurkan bantuan malah untuk mendekat juga merasa tidak nyaman.

Satu permasalahan telah tular di media sosial apabila orang awam telah merakam aksi dan gelagat sekumpulan gelandangan di tempat awam. Hal ini telah di rakam di sekitar kawasan Old Folks Street Miri.

Aksi Ganas Gelandangan Di Old Folks Street Cetus Kerisauan Dikalangan Warga Miri
Aksi Ganas Gelandangan Di Old Folks Street Cetus Kerisauan Dikalangan Warga Miri. Sumber gambar: FB Miri Edition

Gelandang melakukan aksi ganas dikhalayak awam

Salah satu aksi yang mencetus kerisauan untuk warga Miri apabila terakam seorang gelandangan lelaki sedang beraksi ganas di khalayak orang awam. Lelaki tersebut seperti memegang sesuatu alat yang panjang mungkin sebatang kayu atau sebilang parang dan lelaki tersebut juga melakukan aksi seperti hendak memukul atau melibas.

Aksi Ganas Gelandangan Di Old Folks Street Cetus Kerisauan Dikalangan Warga Miri
Aksi Ganas Gelandangan Di Old Folks Street Cetus Kerisauan Dikalangan Warga Miri. Sumber gambar: FB Miri Edition

Bukan itu sahaja, lelaki yang sama juga telah mengangkat sesuatu barang berat sebelum menghempaskan barang tersebut di hadapan pelanggan yang berada di sekitar kawasan. Hal ini menjadi kerisauan warga Miri kerena difahamkan, Old Folks Street Miri juga merupakan satu lokasi yang menjadi tumpuan untuk warga emas.

Mereka terlalu selesa, jadikan Old Folks Street tempat berteduh, najis merata

Difahamkan juga, kawasan tersebut telah dijadikan oleh sekumpulan gelandangan untuk dijadikan tempat untuk mereka berteduh. Hal ini juga mendatangkan ketidakselesaan untuk para pengunjung dimana mereka seolah-olah terlalu selesa untuk menukar pakaian di kawasan terbuka.

Bukan itu sahaja, 18 buah pemilik premis di kawasan tersebut juga telah membuat laporan polis kerana perniagaan mereka mula merosot kerana diganggu oleh sekumpulan gelandangan yang berteduh disitu. Malah, pelanggan juga tidak selesa untuk mengunjungi kerana difahamkan gelandangan ini bukan sahaja berteduh, mereka juga membuang najis mereka merata.

Aksi Ganas Gelandangan Di Old Folks Street Cetus Kerisauan Dikalangan Warga Miri
Aksi Ganas Gelandangan Di Old Folks Street Cetus Kerisauan Dikalangan Warga Miri. Sumber gambar: FB Miri Edition

Setelah tularnya video ini, orang awam mula menunjukkan keresahan mereka di ruangan komen. Ada yang mahukan mereka ini diambil tindakan. Malah, menurut kongsian daripada akaun Miri Edition ini juga, laporan polis telah dibuat agar beberapa pihak yang berkaitan bertanggungjawab dan mengambil tindakan sewajarnya serta menjamin keselamatan warga Miri disekitar Old Folks Street.

Aksi Ganas Gelandangan Di Old Folks Street Cetus Kerisauan Dikalangan Warga Miri
Aksi Ganas Gelandangan Di Old Folks Street Cetus Kerisauan Dikalangan Warga Miri. Sumber gambar: FB Miri Edition

Isu-isu tentang aksi keganasan ini harus diambil berat untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Boleh baca artikel berikut untuk mengetahui isu keganasan yang lain:

Jadi ‘Punching Bag’ Bapa Tiri, Gadis Dedah Didera Sampai Hampir Buta
Tak Boleh Terima Hubungan Sudah Berakhir, Lelaki Ini Dipenjara Kerana Memukul Bekas GF Dengan Helmet
SUMBER :FB MIri Edition
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kemalangan Babitkan Lori Sawit, Jalan Kidurong Sesak Akibat Tumpahan Minyak Kemalangan Babitkan Lori Sawit, Jalan Kidurong Sesak Akibat Tumpahan Minyak
Next Article 'This Is Borneo' Cara Atlet Sabah Dan Sarawak Ini Berhibur Buat Netizen Kagum ‘This Is Borneo’ Cara Atlet Sabah Dan Sarawak Ini Berhibur Buat Netizen Kagum

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?