• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

‘This Is Borneo’ Cara Atlet Sabah Dan Sarawak Ini Berhibur Buat Netizen Kagum

Oleh
Aina Musa
22 September 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
'This Is Borneo' Cara Atlet Sabah Dan Sarawak Ini Berhibur Buat Netizen Kagum

Gandingan mantap kontinjen dari sabah dan Sarawak

‘This Is Borneo’ Cara Atlet Sabah Dan Sarawak Ini Berhibur Buat Netizen Kagum. Seperti sedia maklum, kini sedang berlangsungnya temasya Sukan Malaysia (SUKMA) di Kuala Lumpur dengan penyertaan 14 buah negeri di Malaysia.

Kali ini, Sabah dan Sarawak tidak terkecuali daripada menyertai temasya sukan yang diadakan setiap dua tahun itu.

'This Is Borneo' Cara Atlet Sabah Dan Sarawak Ini Berhibur Buat Netizen Kagum
‘This Is Borneo’ Cara Atlet Sabah Dan Sarawak Ini Berhibur Buat Netizen Kagum. Kredit: Tiktok norrapple

Untuk rekod rasmi kedudukan pingat setakat artikel ini ditulis, Sabah berada di kedudukan kelima dan diikuti dengan Sarawak berada di kedudukan keenam daripada 14 buah negeri yang bertanding.

Nyanyian yang bersemangat

Terbaharu, tular di laman Tiktok apabila seorang pengguna tiktok dengan nama @norrapple memuat naik satu video di mana pasukan Muay Thai kontinjen negeri Sabah dan Sarawak sama-sama bersorak dan menari sambil menyanyikan dua buah lagu diiringi dengan pukulan ‘drum’.

@norraapple

Sabah Team & Sarawak Team #sukma #sukmaxxmsn2022 #muaythai #muaythaifighter #fypシ #fypシ゚viral #sarawak #sarawakian #sabah #sabahan #sarawakfans #weloveyou #atletsabah💪

♬ original sound – 노라 a.k.a norraapple – norraapple

Difahamkan, mereka menyanyikan lagu rakyat yang popular di negeri masing-masing iaitu lagu Puteri Santubong dan lagu Sayang Kinabalu.

Sorakan dan nyanyian daripada kedua-dua kontinjen itu telah menambah kemeriahan seluruh kawasan itu. Dilihat, orang ramai yang berada di sekitar itu turut terhibur dengan nyanyian daripada pasukan Borneo itu.

Semestinya dapat pujian daripada netizen

Setelah meninjau ke ruangan komen, dilihat rata-rata netizen memberikan respons positif menerusi video tersebut.

Netizen acap kali memberi pujian kepada atlet Sabah dan Sarawak yang boleh bersatu hati walaupun boleh dianggap sebagai ‘pihak lawan’ pada masa kejohanan sukan itu diadakan.

Antaranya adalah majoriti netizen bersetuju Sabah dan Sarawak seperti satu keluarga yang tidak dapat dipisahkan.

'This Is Borneo' Cara Atlet Sabah Dan Sarawak Ini Berhibur Buat Netizen Kagum
Kredit: Tiktok norrapple
'This Is Borneo' Cara Atlet Sabah Dan Sarawak Ini Berhibur Buat Netizen Kagum
Kredit: Tiktok norrapple

Bukan itu sahaja, netizen juga turut meluahkan rasa bangga dengan keharmonian yang ditunjukkan oleh atlet daripada dua buah negeri itu.

'This Is Borneo' Cara Atlet Sabah Dan Sarawak Ini Berhibur Buat Netizen Kagum
Kredit: Tiktok norrapple
'This Is Borneo' Cara Atlet Sabah Dan Sarawak Ini Berhibur Buat Netizen Kagum
Kredit: Tiktok norrapple

Oleh itu, wajarlah pujian diberikan kepada kontinjen negeri Sabah dan Sarawak ini. Gelaran ‘pihak lawan’ tidak meruntuhkan semangat mereka untuk bersatu hati dan bertoleransi meraikan kejayaan atlet-atlet pasukan Muay Thai Borneo itu.

Lihat lagi gelagat daripada penyokong Sabah dan Sarawak:

Gelagat Penyokong Sabah ‘Mengalai’ Selepas Tamat Permainan Bola Sepak Bikin Netizen Terhibur
[VIDEO] ‘Terbaik La!’ Penyokong JDT Dan Sarawak Saling Berbalas Nyanyi Terima Kasih
SUMBER :Tiktok Norraaple
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Aksi Ganas Gelandangan Di Old Folks Street Cetus Kerisauan Dikalangan Warga Miri
Next Article Edar Dadah Merbahaya, Lelaki Dari Kuching Dijatuhkan Hukuman Gantung Sampai Mati

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?