• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lakukan Serangan Seksual Serta Rogol Gadis Bawah Umur Di Miri, Remaja Didakwa Di Mahkamah

Oleh
Husna Hazmi
7 September 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Jika disabit bersalah, tertuduh akan menerima hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebatan.

Lakukan Serangan Seksual Serta Rogol Gadis Bawah Umur Di Miri, Remaja Didakwa Di Mahkamah. Dilaporkan, seorang remaja lelaki telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Miri pada hari ini atas tuduhan melakukan serangan seksual fizikal dan merogol seorang gadis bawah umur.

Tertuduh yang masih lagi remaja berusia 18 tahun dari Riam, didakwa mengikut Seksyen 14 (b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017.

Lakukan Serangan Seksual Serta Rogol Gadis Bawah Umur Di Miri, Remaja Didakwa Di Mahkamah
Lakukan Serangan Seksual Serta Rogol Gadis Bawah Umur Di Miri, Remaja Didakwa Di Mahkamah

Penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebatan

Kedua-dua kesalahan ini memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebatan jika disabit bersalah.

Tuduhan pertama yang dibacakan, tertuduh didakwa melakukan serangan seksual fizikal untuk tujuan seksual terhadap seorang gadis bawah umur berusia 15 tahun dengan menyuruh mangsa menghisap kemaluannya.

Tuduhan kedua pula, tertuduh didakwa telah merogol mangsa yang sama.

Kedua-dua perbuatan terkutuk tersebut dilakukan tertuduh pada jam 2 petang, 30 Disember 2021 di sebuah rumah di Jalan Camwood 3, Riam.

Lakukan Serangan Seksual Serta Rogol Gadis Bawah Umur Di Miri, Remaja Didakwa Di Mahkamah

Tiada pengakuan telah direkodkan

Walaubagaimanapun, tiada pengakuan telah direkodkan daripada suspek.

Oleh demikian, pegawai pendakwa Inspektor Mudzilawati Abdul Rahman memohon ditetapkan satu tarikh baharu untuk membolehkan kes disebut lanjut di hadapan hakim Mahkamah Sesyen.

Majistret Nazira Adlin Ahmad Khairul Razi membenarkan permohonan tersebut dan menetapkan 15 September ini untuk sebutan lanjut kes di Mahkamah Sesyen.

Tertuduh kemudiannya dibenarkan bebas dengan ikat jamin RM5,500 berserta seorang penjamin tempatan sementara menunggu tarikh tersebut.

Lagi berita terkini di sini:

TERKINI: Pakai Pelitup Muka Di Kawasan Tertutup Pilihan Individu Mulai Hari Ini
Penduduk Vista Perdana Miri Kecewa, Kriteria Lampu Isyarat Tak Seperti Yang Dijanjikan
SUMBER :Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TERKINI: Pakai Pelitup Muka Di Kawasan Tertutup Pilihan Individu Mulai Hari Ini
Next Article Dakwa Pekerja Mesti Ada ‘Kabel’, Netizen Bahan Syarikat Gergasi Sarawak Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?