• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Aksi Perodua Axia Lawan Arah Trafik Di Sabah Tarik Perhatian Ramai

Oleh
Farisha
6 Jun 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Terkedu dengan Axia memandu melawan trafik dan menyelinap antara kereta di Sabah

Aksi Perodua Axia Lawan Arah Trafik Di Sabah Tarik Perhatian Ramai. Baru-baru ini, satu hantaran tular di media sosial apabila seorang pemandu Perodua Axia berwarna putih dengan selamba memandu berlawanan arah trafik di Kota Kinabalu, Sabah. Tindakan berbahaya itu telah membuat ramai netizen tercengang dan terkejut.

Aksi Perodua Axia Lawan Arah Trafik Di Sabah Tarik Perhatian Ramai
Aksi Perodua Axia Lawan Arah Trafik Di Sabah Tarik Perhatian Ramai

Menerusi perkongsian di laman Facebook, video itu dirakam di persimpangan lampu isyarat , di mana 2 lorong disediakan untuk pengguna jalanraya membelok ke kiri, manakala 2 lorong lagi untuk meneruskan perjalanan lurus.

Dalam video yang dirakamkan pada 29 Mei jam 3.07 petang, pemilik dashcam berada di belakang sebuah Perodua Alza menunggu lampu hijau untuk membelok kiri apabila tiba-tiba muncul sebuah Perodua Axia putih yang datang entah dari mana.

Selain itu, Perodua Axia putih itu memandu secara santai melawan arah trafik, malah menyelit masuk di lorong kosong di sebelah kiri pemilik dashcam.

Antara komen netizen terhadap insiden itu

Menjengah ke ruangan komen, ramai orang Malaysia tercengang dengan tindakan pemandu Perodua Axia itu dan terhibur dengan sikap bersahaja pemandu Axia putih melakukan perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan berbahaya itu.

Bukan itu sahaja, segelintir turut berseloroh dan menyatakan bahawa pemandu itu datang dari Zon Senja (Twilight zone), maka dari itu dia memandu berlawanan arah trafik.

Sementara itu, seorang lagi netizen berkata secara sarkastik, bertanya sama ada pemandu itu mabuk hingga melakukan perbuatan merbahaya seperti itu.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Buat Onar Dalam Axia Di Kawasan Masjid, Pasangan Kekasih Sudah Mohon Maaf
Lepas Insiden Axia Merah, Bezza Merah Pula Buat Onar ‘Dia Sakit’ Dalam Kereta
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Wanita Di Kuching Miliki Wang RM3K Secara Tidak Sah Dalam Akaun Bank Dikenakan Denda Wanita Di Kuching Miliki Wang RM3K Secara Tidak Sah Dalam Akaun Bank Dikenakan Denda
Next Article Atasi Masalah Penipuan Homestay, Sabah Lancar Talian Hotline Kepada Pelancong

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?