• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Atasi Masalah Penipuan Homestay, Sabah Lancar Talian Hotline Kepada Pelancong

Oleh
Farisha
7 Jun 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Sabah akan melancarkan talian hotline untuk pelancong yang menghadapi masalah perjalanan, termasuk penipuan homestay

Atasi Masalah Penipuan Homestay, Sabah Lancar Talian Hotline Kepada Pelancong. Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Christina Liew akan melancarkan talian hotline untuk pelancong yang menghadapi masalah semasa melancong di Sabah, terutamanya yang melibatkan penipuan penginapan homestay.

Liew berkata talian hotline itu akan beroperasi di bawah Lembaga Pelancongan Sabah (STB). Melalui perkhidmatan ini, STB dapat menangani kebimbangan pelancong dengan segera dengan menghantar kakitangan untuk menyiasat perkara yang dilaporkan.

Atasi Masalah Penipuan Homestay, Sabah Lancar Talian Hotline Kepada Pelancong
Atasi Masalah Penipuan Homestay, Sabah Lancar Talian Hotline Kepada Pelancong

“Aktiviti sebegini (scammer homestay) memberi kesan kepada kami, kes sebegini akan dirujuk kepada STB. Kalau dulu kita kena tunggu polis, tapi sekarang kita akan buat hotline di STB sendiri. Kami akan mempunyai pegawai untuk menguruskan talian hotline dan menguruskan krisis atau insiden penipuan.

“Sebarang isu yang dihadapi pelancong di Sabah boleh dilaporkan kepada talian hotline ini, dan kami akan menghantar kakitangan dengan segera untuk menyiasat,” katanya menurut laporan.

Liew mengulas mengenai aktiviti penipuan atau scammer homestay yang secara terbuka mengiklankan perkhidmatan mereka di platform media sosial seperti Facebook. Polis Sabah turut mengeluarkan peringatan kepada orang ramai berkenaan scammer homestay tersebut.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Taktik Terbaru Scammer, Agih Tumbler Percuma Dan Jerat Mangsa Imbas Kod QR
Scammer Menyamar LHDN, Ini Tip Elak Kena Tipu
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Aksi Perodua Axia Lawan Arah Trafik Di Sabah Tarik Perhatian Ramai
Next Article Kes Bunuh Bapa Saudara Di Haji Baki, Suspek Disahkan Positif Dadah, Ada Rekod Jenayah Kes Bunuh Bapa Saudara Di Haji Baki, Suspek Disahkan Positif Dadah, Ada Rekod Jenayah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?