• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Jonah Chang, Atlet Pertama Sarawak Raih Emas SUKMA 2022 Tewaskan Wakil Negara

Oleh
Ismail NA
15 September 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Tahniah!

Jonah Chang, Atlet Pertama Sarawak Raih Emas SUKMA 2022 Tewaskan Wakil Negara. Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 kini sedang berlangsung di Kuala Lumpur. Prestasi atlet Sarawak juga dilihat begitu memberangsangkan untuk edisi kali ini.

Atlet kelahiran Sarikei, Jonah Chang anak Rigan menjadi atlet dari Sarawak yang memenangi pingat emas pertama buat kontinjen negeri.

Jonah Chang, Atlet Pertama Sarawak Raih Emas SUKMA 2022 Tewaskan Wakil Negara
Jonah Chang, Atlet Pertama Sarawak Raih Emas SUKMA 2022 Tewaskan Wakil Negara. Sumber: FB SukanSarawak

Tewaskan wakil negara yang turut serta dalam acara itu

Pingat tersebut disumbangkan oleh beliau adalah menerusi acara lontar peluru lelaki. Lebih membanggakan, Jonah berjaya menewaskan beberapa wakil negara yang turut bersaing menerusi acara berkenaan.

Anak kelahiran Sarikei, Sarawak ini telah melakukan lontaran sejauh 16.65 meter bagi membolehkan pingat emas berada dalam genggamannya.

Jonah Chang, Atlet Pertama Sarawak Raih Emas SUKMA 2022 Tewaskan Wakil Negara
Sumber: FB SukanSarawak

Hanya dapat berlatih 2 minggu sahaja

Menerusi sebuah temubual yang dimuat naik oleh portal tempatan, Jonah melahirkan rasa bersyukur atas kemenangan pingat ini. Ujar nya lagi, kemenangan ini adalah tidak disangka dan beliau juga tidak menjangkakan sebarang pingat menerusi acara ini.

Jelas Jonah, beliau baru sahaja kembali dari Colombia dan hanya mempunyai masa 2 minggu untuk mempersiapkan diri untuk SUKMA kali ini.

Lontaran emas ini dibuat pada lontaran keempat, yang melepasi rekod peribadinya iaitu 16.45 meter.

Vanessa raih gangsa

Dalam masa yang sama, seorang lagi atlet Sarawak telah memperolehi pingat gangsa dalam acara akhir lontar cakera wanita menerusi Vanessa Niega anak Franky.

Jonah Chang, Atlet Pertama Sarawak Raih Emas SUKMA 2022 Tewaskan Wakil Negara
Sumber: FB SukanSarawak
Jonah Chang, Atlet Pertama Sarawak Raih Emas SUKMA 2022 Tewaskan Wakil Negara
Sumber: FB SukanSarawak

Ini sekaligus meletakkan Sarawak di tangga ketiga kedudukan pungutan pingat SUKMA selepas Melaka dan Johor.

Gambatte, Sarawak!

Kenali juga atlet lelaki Sabah pertama yang layak ke Sukan Olimpik:

Kenali Gabuh Dan Sium, Atlet Lelaki Sabah Yang Pertama Layak Ke Sukan Olimpik
Atlet Sarawak, Johan Ghazali Muncul Juara Muay Thai Remaja Peringkat Dunia
SUMBER :FB SukanSarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Jaguh Lompat Tinggi Berjaya Rangkul Pingat Emas Pertama Untuk Sabah Dalam SUKMA 2022 Jaguh Lompat Tinggi Berjaya Rangkul Pingat Emas Pertama Untuk Sabah Dalam SUKMA 2022
Next Article Selain Diguna Sebagai Ubat Kuat, Ini 4 Lagi Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Gambir

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?