I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Bekas Atlet Sukan SEA Asal Sarawak Ini Rangkul Takhta ‘Bachelor of Malaysia’ 2022
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bekas Atlet Sukan SEA Asal Sarawak Ini Rangkul Takhta ‘Bachelor of Malaysia’ 2022

Oleh Siti Nur Atiqah Manan 25 September 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Bekas atlet Sukan Sea berbadan sasa menambat hati juri untuk gelaran ’Bachelor of Malaysia’ 2022

Bekas Atlet Sukan SEA Asal Sarawak Ini Rangkul Takhta ‘Bachelor of Malaysia’ 2022. Satu kejayaan yang tidak disangka oleh pemenang itu sendiri. Memiliki badan yang sasa berbanding dengan peserta yang lain kerana beliau yang juga merupakan seorang atlet tidak menjadi penghalang untuk menambat hati juri untuk merangkul gelaran pada malam pertandingan tersebut.

Abdul Rahman Lee, anak kelahiran Bintulu, Sarawak ini merupakan salah seorang bekas atlet Sukan Sea 2019 yang lalu dan masih menuntut di Universiti Putra Malaysia, Selangor dalam bidang Ijazah Kejuruteraan Aeroangkasa ini tidak pernah menyangka untuk menyertai malah untuk memenangi pertandingan ’Bachelor of Malaysia’.

Bekas Atlet Sukan SEA Asal Sarawak Ini Rangkul Takhta 'Bachelor of Malaysia' 2022
Bekas Atlet Sukan SEA Asal Sarawak Ini Rangkul Takhta ‘Bachelor of Malaysia’ 2022. Sumber gambar: Instagram @abdulrahmanlee

Merangkul takhta setelah berentap bersama 15 peserta yang lain

Telah berentap bersama 15 peserta yang lain, beliau sekali lagi tidak pernah menyangka akan merangkul takhta sebagai ’Bachelor of Malaysia’ 2022 dengan saingan yang sengit daripada peserta yang lain. Tempat kedua yang dirangkul oleh Jonathan Liew dan tempat ketiga pula oleh Kirtan Raj Gunarajah. Kedua-dua mereka juga turut membawa pulang anugerah yang lain.

Bekas Atlet Sukan SEA Asal Sarawak Ini Rangkul Takhta 'Bachelor of Malaysia' 2022
Sumber gambar: BORNEO POST online

Menurut Abdul Rahman, beliau sememangnya berminat dengan pertandingan ini kerana sangat gemar melihat keyakinan yang dimiliki oleh peserta. Namun, bagi beliau yang memiliki badan yang sasa adalah satu kriteria yang tidak memungkinkan beliau untuk menyertai.

Didorong oleh pengarah pertandingan sendiri untuk menyertai

Namun, pada tahun lepas, Mr. Geo (Allen George) yang merupakan pengarah untuk pertandingan pada tahun ini telah memberi dorongan kepada beliau untuk menyertai. Mr.Geo menyedari bahawa Abdul Rahman banyak berinteraksi dengan memberi ’likes’ pada video yang berkaitan dengan pertandingan sebegini.

Pada mulanya walaupun agak ragu, beliau tetap menyertai kerana bagi beliau juga ini adalah satu cabaran baru yang menyeronokkan untuk dihadapi. Sepanjang pertandingan, beliau sangat teruja untuk bertemu dengan orang baru dan mempelajari sesuatu yang baru daripada mereka.

Menurut Abdul Rahman juga, melalu pertandingan ini, salah satu kegusaran yang berjaya beliau tangani adalah masalah gemuruh yang beliau hadapi apabila berhadapan dengan orang ramai.

Bekas Atlet Sukan SEA Asal Sarawak Ini Rangkul Takhta 'Bachelor of Malaysia' 2022
Sumber gambar: BORNEO POST online

Selepas ini, beliau juga akan mula sibuk dengan persiapan peringkat seterusnya yang akan diadakan di Filipina pada bulan depan atau pada November kelak.

Semoga maju jaya diucapkan untuk Abdul Rahman Lee kelak!

Baru-baru ini anak kelahiran Borneo banyak menjuarai pertandingan yang serupa seperti ini. Jadi boleh baca artikel dibawah:

SUMBER : Instagram @abdulrahmanlee, BORNEO POST online
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Akui Dulu 'Kaki Gaduh' Kini Rangkul Gelaran Juara Tinju Kebangsaan Akui Dulu ‘Kaki Gaduh’ Kini Rangkul Gelaran Juara Tinju Kebangsaan
Next Article Sejam Kena ‘Double Park’ Di Pasar Tamu Batu 10, Sikap Pemilik Kereta Ini Undang Kecaman Netizen

Teruskan Berhubung

Facebook Like
Twitter ikuti
Instagram ikuti
Youtube Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Program Flagship Buat Startup Sarawak, TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp Kembali Jun Ini
#innovatesarawak 24 Mei 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
#innovatesarawak 29 Mac 2023
Mastermind Di Sebalik Ruang Komuniti Seni Think & Tink, Kenali Arkitek Wanita Berjiwa Borneo Ini
Cerita Borneo 11 Mac 2023
Dari Oversea Ke Kota Kinabalu, Ini Kisah Bagaimana Idea Mural Tiang Pemuda Ini Menyatukan Artis Lokal Di Sabah
Cerita Borneo 4 Mac 2023
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?