• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Apa Sebenarnya Polong, Bebola Api Yang Dianggap Mistik Oleh Rakyat Malaysia

Oleh
ILB - AI
16 Ogos 2022
Kongsi
4 Min Bacaan
Apa Sebenarnya Polong, Bebola Api Yang Dianggap Mistik Oleh Rakyat Malaysia

Bebola kecil berapi sering dilihat ‘terbang’ di langit

Apa Sebenarnya Polong, Bebola Api Yang Dianggap Mistik Oleh Rakyat Malaysia. Bebola kecil berapi atau juga dikenali sebagai ‘polong‘ merupakan antara ‘bahan mistik’ atau ‘makhluk halus yang dipelihara’ terkenal di kalangan masyarakat Malaysia.

Isi Isi Penting
  • Bebola kecil berapi sering dilihat ‘terbang’ di langit
  • Bagaimana ia ‘dicipta?’
  • Apakah sebenarnya tujuan polong?
  • Kelemahan polong

Sekiranya anda pernah melihat polong, biasanya ia berkelip dan terbang ke satu arah. Dikatakan bahawa polong ini akan dihantar kepada mangsa untuk membawa musibah.

Apa Sebenarnya Polong, Bebola Api Yang Dianggap Mistik Oleh Rakyat Malaysia
Apa Sebenarnya Polong, Bebola Api Yang Dianggap Mistik Oleh Rakyat Malaysia

Bagaimana ia ‘dicipta?’

*Ini hanya versi yang dinyatakan dalam sumber. Ia dipercayai terdapat lagi versi lain yang boleh menciptakan polong jadi versi berikut mungkin tidak tepat sepenuhnya.

Menurut sumber, polong diciptakan dari darah mangsa pembunuh yang disimpan dalam sejenis botol. Kebiasaannya, botol ini bermulut panjang.

Dalam jangka masa tertentu, pujaan dan jampian disebut di atas botol tersebut. Apabila tempoh itu berakhir, darah tersebut akan menjadi polong. Dikatakan, polong menjadi apabila kedengaran bunyi ‘mengerit’ daripada dalam botol. Pemuja akan dikehendaki menghiris sedikit jarinya dan memasukkan jarinya yang berdarah ke dalam botol untuk memberi makan kepada polong itu.

Apa Sebenarnya Polong, Bebola Api Yang Dianggap Mistik Oleh Rakyat Malaysia
Kredit: Giphy

Setelah melakukan perkara itu, polong terbabit akan terikat kepada tuannya dan akan melakukan apa sahaja suruhan tuannya.

Ia merujuk kepada pemiliknya sebagai ‘ibu’ atau ‘bapa’.

Polong disembunyikan di luar rumah pemilik apabila tidak digunakan.

Selain itu, sebagai peliharaan manusia ia boleh dijadikan saka. Oleh itu, ia juga dapat diturunkan dari tuan asal ke pengganti. Namun, sekiranya ia tidak diturunkan sebelum tuannya mati, ia akan umpama ‘hidup liar’ akibat tidak mempunyai tuan untuk memberi perkhidmatannya.

Apakah sebenarnya tujuan polong?

Ia dipercayai polong adalah sebuah ‘barang mistik’ peliharaan manusia yang dihantar ke mangsa untuk membawa musibah.

Apa Sebenarnya Polong, Bebola Api Yang Dianggap Mistik Oleh Rakyat Malaysia
Apa Sebenarnya Polong, Bebola Api Yang Dianggap Mistik Oleh Rakyat Malaysia. (Gambar sekadar hiasan)

Kebiasaannya, ia akan dihantar untuk menyerang seorang mangsa yang tidak dipuas hati oleh pemiliknya. Polong dipercayai akan didahului oleh haiwan kesayangan atau permainannya, iaitu pelesit – merupai belalang.

Pelesit ini kemudian akan memasuki mulut mangsa dan mula berkicau. Polong mengekori dan merasuk mangsa, menyebabkan mereka menjadi ‘gila’, melainkan ‘benda’ itu dihalau keluar dari badan mangsa.

Seorang mangsa polong dikatakan akan berbuih di mulut, mengoyakkan pakaian mereka sendiri, dan menyerang sesiapa sahaja yang berada di dekatnya.

Dikatakan, sekiranya sebuah polong berjaya terjatuh ke rumah mangsa, penghuni rumah terbabit akan mengalami ketidakselesaan luar biasa seperti sakit badan dan rumah rasa panas.

Malah, sumber menyatakan mangsa yang diserang polong akan mempunyai kesan lebam di badan, beberapa tanda, dan hampir selalu ada darah yang keluar dari mulut mereka.

Kelemahan polong

Kata orang tua, jika kita ternampak polong, kita mesti tegur.

Bila anda ternampak bebola ini, anda harus segera menegurnya. Setelah ditegur, ia akan meletup pecah sendiri.

Ia dipercayai jika ia ditegur, sihir yang dituju akan terbatal maka secara tidak langsung anda telah menyelamatkan seorang mangsa.

Apa Sebenarnya Polong, Bebola Api Yang Dianggap Mistik Oleh Rakyat Malaysia
Kalau nampak, tegur terus! Kredit: Giphy

Apa-apa pun kepercayaan anda, tegur jak lah kalau ternampak. Semoga perkara tak baik dijauhkan dan sentiasa ingat pegangan agama masing-masing sebelum hendak melakukan perkara melanggari kepercayaan.

Lebih lagi di sini:

Berlangsung Sehingga Oktober Ini, Cabar Diri Anda Ke Rumah Hantu ‘The Cursed Villa’

Cantik Tapi Seram, Rumah Terbiar Di Saratok Ini Memang Sebiji Macam Dalam Filem The Conjuring
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Termasuk Pukat Dekat Perairan Santubong, Sekumpulan Penyelidik Berjaya Selamatkan Seekor Ikan Paus Yu Termasuk Pukat Dekat Perairan Santubong, Sekumpulan Penyelidik Berjaya Selamatkan Seekor Ikan Paus Yu
Next Article Boleh Memabukkan Apabila Dimakan Mentah, Kenali Buah Kepayang Yang Hanya Ditemui Di Asia Tenggara

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?