Amaran banjir di Sarawak, ini senarai kawasan terjejas
Amaran Hujan Berterusan Dari 5-7 Februari, 26 Kawasan Di Sarawak Berisiko Banjir. Sarawak kini dalam keadaan berjaga-jaga. Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) telah mengeluarkan amaran banjir bagi 26 daerah di sembilan bahagian di Sarawak dari 5 hingga 7 Februari berikutan hujan berterusan yang dijangka melanda.
Menurut ramalan awal yang dimuat naik di laman Facebook Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) pada jam 3 petang, kawasan-kawasan yang berisiko dilanda banjir termasuk:
Antara kawasan dilanda banjir di Sarawak
- Bahagian Kuching: Kuching, Bau, dan Lundu
- Bahagian Serian: Serian dan Siburan
- Bahagian Samarahan: Samarahan, Asajaya, dan Simunjan
- Bahagian Sri Aman: Sri Aman
- Bahagian Betong: Betong dan Saratok
- Bahagian Sarikei: Julau, Meradong, Pakan, dan Sarikei
- Bahagian Sibu: Sibu, Selangau, dan Kanowit
- Bahagian Mukah: Tanjung Manis, Dalat, Daro, Matu, dan Mukah
- Bahagian Bintulu: Bintulu, Tatau, dan Sebauh.

PRABN, sebuah agensi di bawah JPS, akan terus memantau situasi dan mengemas kini amaran banjir mengikut tahap hujan di kawasan tadahan sungai. Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada kerana banjir boleh berlaku lebih awal atau lebih lewat daripada jangkaan.
Pantau maklumat terkini
Dapatkan info terkini melalui laman web rasmi Public Info Banjir (publicinfobanjir.water.gov.my) atau Facebook PublicInfoBanjir.
Jangan ambil mudah! Sentiasa peka dengan amaran dan perkembangan terkini. Jika anda berada di kawasan berisiko, bersedia dan utamakan keselamatan diri serta keluarga. Stay safe, Sarawak!

