• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Amaran Ribut Petir Landa Hampir Seluruh Kawasan Di Sarawak Malam Ini

Oleh
Aina Musa
4 Oktober 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Amaran Ribut Petir Landa Hampir Seluruh Kawasan Di Sarawak Malam Ini

Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang

Amaran Ribut Petir Landa Hampir Seluruh Kawasan Di Sarawak Malam Ini. Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa kawasan di negeri-negeri Semenanjung serta Sabah dan Sarawak sehingga pukul 10 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, ia melibatkan Kedah (Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang dan Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim).

Amaran Ribut Petir Landa Hampir Seluruh Kawasan Di Sarawak Malam Ini
Amaran Ribut Petir Landa Hampir Seluruh Kawasan Di Sarawak Malam Ini. Sumber: MetMalaysia

“Selain itu, Kelantan (Jeli dan Gua Musang), Terengganu (Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Bera dan Rompin) serta Selangor (Klang, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang).

“Seterusnya, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka serta Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi),” katanya pada hantaran Facebook hari ini.

Kawasan yang terlibat di Sarawak

Dalam masa sama, kawasan di Sarawak melibatkan Sri Aman, Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit), Mukah (Tanjung Manis), Kapit (Song, Kapit dan Belaga), Bintulu (Tatau) dan Miri.

“Sabah pula di Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar) selain Labuan,” ujarnya

Tambah MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. 

Baca lagi artikel terbaharu di sini:

Terkandas Di Kepulauan Solomon, Syarikat Balak Dikatakan Sekat Warga Sarawak Pulang Ke Tanah Air
Lan Berambeh Kembali Lagi Selepas 2 Tahun Ditunda, Bakal Diadakan 15 Oktober Ini
SUMBER :FB MetMalaysia
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tular Video Wanita Sarawak Panggil Ikan Tembakul Tepi Sungai Dengan Panggilan Mak Kundur
Next Article Hidden Gem Di Santubong, Nikmati Keindahan Alam Semulajadi Di Pak Joe Residence

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?