• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Terkandas Di Kepulauan Solomon, Syarikat Balak Dikatakan Sekat Warga Sarawak Pulang Ke Tanah Air

Oleh
ILB - AI
4 Oktober 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Kontrak tamat, kerja tanpa permit sah

Terkandas Di Kepulauan Solomon, Syarikat Balak Dikatakan Sekat Warga Sarawak Pulang Ke Tanah Air. Bercakap soal hak sebagai pekerja, rata-rata majikan pasti akan mengambil kesempatan terhadap mereka untuk dijadikan sebagai tenaga buruh tanpa mengambil berat tentang kebajikan pekerja.

Begitulah yang berlaku di Kepulauan Solomon baru-baru ini apabila ada majikan di sebuah syarikat pembalakan bertindak untuk menyekat perjalanan sekumpulan warga Sarawak untuk pulang ke tanah air apabila hak mereka sebagai pekerja dicabul.

Kira-kira lima individu rakyat Malaysia iaitu Lutor Melai, Gayah Sarang, Mohd. Salehudin Abdullah, Kennedy Ngumbang Layau dan Jonny Baw mendakwa pihak syarikat tidak membenarkan mereka pulang dan difahamkan passport mereka juga tidak diperbaharui dan ditahan sehingga mereka masih bekerja tanpa permit yang sah.

Terkandas Di Kepulauan Solomon, Syarikat Balak Sekat Warga Sarawak Pulang Ke Tanah Air
Terkandas Di Kepulauan Solomon, Syarikat Balak Dikatakan Sekat Warga Sarawak Pulang Ke Tanah Air

Terkandas sejak pandemik COVID-19

Menurut laporan polis yang dibuat oleh salah seorang isteri mangsa, mereka sudah bekerja melebihi kontrak yang ditetapkan dari tahun 2018 dan mengikut kontrak perjanjian mereka hanya bekerja selama 18 bulan sahaja.

Difahamkan, ibu kepada Kennedy Ngumbang juga telah memohon bantuan untuk membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas untuk pulang ke tanah air.

Terkandas Di Kepulauan Solomon, Syarikat Balak Sekat Warga Sarawak Pulang Ke Tanah Air
Laporan polis dan surat memohon bantuan. Kredit foto: FB Buletin Kapit

Katanya disebabkan oleh pandemik COVID-19, beberapa rakyat Malaysia berasal dari Sarawak telah terkandas di Kepulauan Solomon daln kali terakhir ibu mangsa berhubung dengan Kennedy melalui aplikasi Whatsapp pada 11 Mei lepas.

Jelasnya, syarikat pembalakan yang terlibat itu merupakan sebuah syarikat tempatan yang berpengkalan di Sarawak.

Terkandas Di Kepulauan Solomon, Syarikat Balak Sekat Warga Sarawak Pulang Ke Tanah Air
Kennedy Ngumbang Layau. Kredit foto: FB Buletin Kapit

Lagi cerita menarik di sini:

Parking Sebarang, Lelaki Ini Bengang Proton Lama Ini Buat Jalan Makin Sesak Di HUS
Ketahui Simbolik 3 Bahan Utama Nasi Temuan Dalam Adat Perkahwinan Melayu Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lan Berambeh Kembali Lagi Selepas 2 Tahun Ditunda, Bakal Diadakan 15 Oktober Ini Lan Berambeh Kembali Lagi Selepas 2 Tahun Ditunda, Bakal Diadakan 15 Oktober Ini
Next Article 8.5K Liter Diesel Dirampas, Seorang Lelaki Dari Miri Ditahan KPDNHEP 8.5K Liter Diesel Dirampas, Seorang Lelaki Dari Miri Ditahan KPDNHEP

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?