I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Tular Video Wanita Sarawak Panggil Ikan Tembakul Tepi Sungai Dengan Panggilan Mak Kundur
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tular Video Wanita Sarawak Panggil Ikan Tembakul Tepi Sungai Dengan Panggilan Mak Kundur

Oleh iloveborneo 4 Oktober 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Video ikan tembakul tular di TikTok

Tular Video Wanita Sarawak Panggil Ikan Tembakul Tepi Sungai Dengan Panggilan Mak Kundur. Kalau sebut ikan tembakul mesti kita ingat cerita orang dulu tentang batu belah batu bertangkup. Kalau nama mak kundur pulak mesti kita ingat cerita bawang putih bawang merah, bukan?

Tapi, di TikTok pula telah tular video tentang seorang wanita yang telah memanggil seekor ikan tembakul dengan nama panggilan mak kundur. Sungguh ajaib ikan tembakul ini boleh pulak tahu nama dia dipanggil.

Tular Video Wanita Sarawak Panggil Ikan Tembakul Tepi Sungai Dengan Panggilan Mak Kundur
Tular Video Wanita Sarawak Panggil Ikan Tembakul Tepi Sungai Dengan Panggilan Mak Kundur. Sumber gambar: Utusan Malaysia

Nama panggilan mak kundur

Menurut pemilik akaun @ahsinasan, ikan tembakul yang dipanggil mak kundur tersebut bukan lah ikan peliharaan. Ikan tersebut hanya singgah makan apabila wanita ini memberi makan ikan secara rawak di sungai.

Tetapi, diceritakan bahawa ikan tembakul tersebut tidak muncul pada suatu hari. Lalu, wanita ini mula menacri dan memanggil dengan nama mak kundur. Pada mulanya, beliau beranggapan ini hanya sekadar kebetulan.

Tular Video Wanita Sarawak Panggil Ikan Tembakul Tepi Sungai Dengan Panggilan Mak Kundur
Tular Video Wanita Sarawak Panggil Ikan Tembakul Tepi Sungai Dengan Panggilan Mak Kundur. Sumber gambar: TikTok @ahsinasan

Namun, telah beberapa kali dipanggil dengan cara yang sama, tetap ikan tembakul ini yang muncul dan terhasilnya juga video perkongsian memanggil dan memberi makan ikan tersebut.

Terinspirasi daripada animasi bawang merah bawang putih

Bahkan, menurut beliau juga pemilihan nama mak kundur ini adalah disebabkan beliau terinspirasi oleh rasa geram yang beliau rasai terhadap mak kundur dalam cerita animasi bawang putih bawang merah kerana mak kundur telah menolak mak labu ke dalam sungai sehingga bertukar menjadi ikan kaloi.

Tular Video Wanita Sarawak Panggil Ikan Tembakul Tepi Sungai Dengan Panggilan Mak Kundur
Tular Video Wanita Sarawak Panggil Ikan Tembakul Tepi Sungai Dengan Panggilan Mak Kundur. Sumber gambar: POPMAMA.com

Begitu kisah ikan tembakul yang hidup bebas di sungai tetapi tahu sekiranya dipanggil oleh wanita Sarawak ini. Ingatkan haiwan peliharaan seperti kucing atau anjing je yang mudah tahu mereka dipanggil dengan nama panggilan, ikan pun boleh tau.

Baca artikel menarik di bawah:

SUMBER : Utusan Malaysia, TikTok @ahsinasan, POPMAMA.com
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Polis Sahkan Tiada Kes Culik Berlaku Di Sekolah Rendah Daerah Simunjan
Next Article Amaran Ribut Petir Landa Hampir Seluruh Kawasan Di Sarawak Malam Ini Amaran Ribut Petir Landa Hampir Seluruh Kawasan Di Sarawak Malam Ini

Teruskan Berhubung

Facebook Like
Twitter ikuti
Instagram ikuti
Youtube Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Rumah Ronald McDonald di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah: Rumah Inap Selesa Untuk Keluarga yang Memerlukan
Cerita Borneo 4 September 2023
5 Startup Lokal Sarawak Berjaya Raih Hadiah Tunai RM2.5K Melalui Program TPAB TEGAS 2023
#innovatesarawak 20 Jun 2023
Program Flagship Buat Startup Sarawak, TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp Kembali Jun Ini
#innovatesarawak 24 Mei 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
#innovatesarawak 29 Mac 2023
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?