• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Amat Mengagumkan, Anak Sarawak Ini Peroleh Tawaran Ke Universiti Ivy League Dan Oxford

Oleh
Husna Hazmi
30 Januari 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Tahniah dan semoga maju jaya diucapkan!

Amat Mengagumkan, Anak Sarawak Ini Peroleh Tawaran Ke Universiti Ivy League Dan Oxford. Anak Sarawak ini telah berjaya mendapat tawaran ke University Cornell dan juga University Oxford pada tahun ini.

Bukan Universiti sembarangan, Cornell University merupakan salah satu universiti Ivy League di Amerika Syarikat manakala University of Oxford pula merupakan universiti top 5 terbaik di dunia!

Amat Mengagumkan, Anak Sarawak Ini Peroleh Tawaran Ke Universiti Ivy League Dan Oxford
Amat Mengagumkan, Anak Sarawak Ini Peroleh Tawaran Ke Universiti Ivy League Dan Oxford. Sumber foto: Twitter Adriana Karim

Pelajar cemerlang penerima Biasiswa Pertukaran Pelajar Yayasan Sarawak

Dengan kadar kemasukan yang amat rendah, ia adalah amat sukar untuk memasuki kedua-dua universiti terkemuka ini. Namun perkara ini berjaya dilakukan oleh seorang gadis pintar yang berasal dari Kuching Sarawak iaitu Adriana Karim.

Adriana merupakan seorang pelajar cemerlang dengan keputusan 9A+ dalam SPM dan bersekolah di Kolej Tunku Kurshiah bertempat di Negeri Sembilan dan adalah penerima Biasiswa Program Pertukaran Pelajar Yayasan Sarawak.

Pada Disember tahun lepas, Adriana telah mendapat berita baik di mana dia memperoleh surat tawaran ke University Cornell manakala pada 10 Januari baru-baru ini, dia mendapat tawaran ke Oxford University pula!

Amat Mengagumkan, Anak Sarawak Ini Peroleh Tawaran Ke Universiti Ivy League Dan Oxford
Sumber foto: Twitter Adriana Karim

Adriana berkongsi kejayaannya di Twitter

Kejayaan yang amat membanggakan ini telah dikongsikan Adriana sendiri di Twitternya di mana dirinya bagaikan tidak percaya sahaja dengan tawaran ke kedua-dua Universiti terkemuka dunia itu.

Untuk University Cornell, Adriana telah ditawarkan ke Kolej Seni dan Sains untuk sesi Oktober tahun 2023. Untuk University of Oxford pula, Adriana ditawarkan dalam bidang Sains Bumi dan juga akan memulakan sesinya pada bulan Oktober 2023.

Setakat ini, Adriana belum lagi membuat keputusan antara kedua-dua universiti tersebut.

Apapun, semoga maju jaya diucapkan kepada Adriana dan semoga dilancarkan segala perjalanan untuk menghadapi masa depan. Diharap agar kejayaan anak Sarawak, Adriana Karim ini boleh menjadi pembakar semangat buat anak-anak muda di luar sana untuk mengikuti jejak langkahnya.

Lagi cerita menarik untuk anda di sini:

Penulisan Alyssa Mengenai Keunikan Bahasa Serta Etnik Di Sarawak Berjaya Tarik Perhatian Harvard
Anak Sarawak Ini Antara 14% Pelajar Di Dunia Yang Berjaya Ditawarkan Ke Universiti Oxford Tahun 2021
SUMBER :The Stoly
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Mengemis Untuk Melancong, Ketahui Apakah 'Begpacker' Dan Mengapa Ia Tidak Boleh Digalakkan Mengemis Untuk Melancong, Ketahui Apakah ‘Begpacker’ Dan Mengapa Ia Tidak Boleh Digalakkan
Next Article Ada Daging Wagyu, Nikmati Hidangan Premium Jepun Di Minoru Japanese Restaurant Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?