• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Anak Ditampar Kuat Di Pipi Gara-Gara Salah Masuk Barisan, Ibu Buat Laporan Polis Terhadap Guru

Oleh
Husna Hazmi
7 September 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Terdapat kesan bengkak di pipi murid berkenaan

Anak Ditampar Kuat Di Pipi Gara-Gara Salah Masuk Barisan, Ibu Buat Laporan Polis Terhadap Guru. Dilaporkan bahawa, seorang murid Tahun 2 ditampar oleh seorang guru lelaki di sebuah sekolah rendah di daerah Kuala Selangor, semalam, hanya kerana tersalah masuk barisan.

Kejadian berlaku selepas murid berusia lapan tahun itu selesai menjalani latihan rumah sukan dan diarahkan beratur mengikut kelas masing-masing sebelum pulang.

Anak Ditampar Kuat Di Pipi Gara-Gara Salah Masuk Barisan, Ibu Buat Laporan Polis Terhadap Guru
Anak Ditampar Kuat Di Pipi Gara-Gara Salah Masuk Barisan, Ibu Buat Laporan Polis Terhadap Guru

Ada kesan bengkak di pipi kanan

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan Mohd Ambia Nordin, ibu mangsa yang menjemput anaknya sekitar jam 5.50 petang menyedari ada kesan bengkak di pipi kanan anaknya.

Dikatakan bahawa, apabila ditanya oleh ibunya, murid itu memberitahu dia ditampar oleh seorang guru lelaki kerana tersalah masuk barisan.

Ibu mangsa kemudian membawa anaknya ke sebuah klinik swasta, dan doktor mengesahkan bahawa pipi mangsa sakit akibat tamparan, katanya dalam kenyataan.

Anak Ditampar Kuat Di Pipi Gara-Gara Salah Masuk Barisan, Ibu Buat Laporan Polis Terhadap Guru

Ibu mangsa membuat laporan polis

Ibu mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Jeram kerana tidak berpuas hati dengan tindakan guru berkenaan.

Siasatan awal mendapati guru lelaki itu menampar murid tersebut sekali menggunakan tangan kanan dengan tamparan secara belakang tangan (backhand).

Mangsa dilaporkan telah menerima rawatan di Hospital Tanjong Karang, dan doktor mengesahkan terdapat kecederaan tisu lembut (soft tissue injury).

Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Lelaki Sibu Didenda RM8000 Atas Serangan Seksual Terhadap Adik Ipar OKU
Lelaki 45 Tahun Mengaku Tidak Bersalah Atas Tuduhan Mencabul 4 Wanita Di Sabah
SUMBER :Harian Metro
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article DBKU Cadang Pembangunan Taman Bonsai Pertama Malaysia Di Kuching
Next Article Rundingan Hak Minyak Dan Gas Bersama Sarawak Buntu, Petronas Kaji Tindakan Undang-Undang

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?