• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Rundingan Hak Minyak Dan Gas Bersama Sarawak Buntu, Petronas Kaji Tindakan Undang-Undang

Oleh
Husna Hazmi
7 September 2024
Kongsi
5 Min Bacaan

Petronas mungkin ambil tindakan undang-undang berikutan tuntutan Sarawak untuk kawal minyak dan gas

Rundingan Hak Minyak Dan Gas Bersama Sarawak Buntu, Petronas Kaji Tindakan Undang-Undang. Dipetik dari CNA, syarikat minyak nasional Malaysia, Petronas, sedang mempertimbangkan untuk membawa pertikaian mengenai pemeliharaan monopoli sebagai penjaga tunggal sumber asli negara ke mahkamah, berikutan keputusan dari Sarawak yang mahukan kawalan lebih besar terhadap perdagangan dan pengeluaran gas serta produk berkaitan minyak di negeri tersebut.

Pegawai kerajaan yang terlibat dalam situasi ini telah melaporkan kepada CNA bahawa Petronas sedang mempertimbangkan untuk memfailkan injunksi mahkamah dalam beberapa hari akan datang bagi mengelakkan konfrontasi antara pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan kerajaan negeri Sarawak.

Rundingan Hak Minyak Dan Gas Bersama Sarawak Buntu, Petronas Kaji Tindakan Undang-Undang
Rundingan Hak Minyak Dan Gas Bersama Sarawak Buntu, Petronas Kaji Tindakan Undang-Undang

Menghentikan sementara sebarang tindakan Sarawak terhadap Petronas

Injunksi mahkamah akan menghentikan sementara sebarang tindakan Sarawak terhadap Petronas. Peguam menyatakan bahawa jika kerajaan negeri tidak kembali kepada meja rundingan bersama syarikat minyak nasional berkenaan, pertikaian ini berpotensi menjadi pertempuran mahkamah yang lebih besar.

Sarawak juga telah mengeluarkan ultimatum kepada Petronas untuk memuktamadkan perjanjian yang memberi negeri itu hak penuh ke atas penyeliaan perdagangan minyak dan gas yang diekstrak dari Sarawak menjelang 1 Oktober.

Dikatakan juga, tiada kata sepakat dicapai (antara Petronas dan Sarawak), dan pada ketika ini pilihan yang ada adalah membawa perkara ini ke mahkamah, kata seorang pegawai kerajaan kanan yang mengetahui perbincangan antara Petronas dan Anwar serta jawatankuasa penasihat ekonominya.

Pegawai tersebut, yang enggan dinamakan kerana sensitiviti isu ini, menambah bahawa Anwar mahu tuntutan Sarawak diuruskan “di peringkat korporat bersama Petronas tanpa melibatkan kerajaan persekutuan”.

Rundingan Hak Minyak Dan Gas Bersama Sarawak Buntu, Petronas Kaji Tindakan Undang-Undang
Sumber foto: Bloomberg

Petronas tidak memberi maklum balas

Petronas tidak memberi maklum balas terhadap permintaan CNA mengenai kemungkinan tindakan undang-undang berhubung tuntutan Sarawak untuk mengambil alih semua hak pengedaran dan penjualan gas asli cecair (LNG) kepada syarikat milik penuh negeri itu, Petroleum Sarawak Bhd (Petros).

Dalam respons kepada media pada Khamis (5 September), Presiden Petronas Tengku Muhammad Taufik berkata, kebimbangan telah disuarakan oleh pembeli LNG dan pihak yang terlibat dalam sektor huluan, terutamanya mengenai keselamatan bekalan bahan api, berikutan cadangan agar Petros menjadi satu-satunya pengumpul gas di Sarawak.

“Kami telah menjadi rakan utama negara seperti Jepun dan Korea Selatan, dan mereka mahukan jaminan bahawa bekalan, jika dibangunkan melalui model bersepadu, akan dapat dihantar dengan pasti dan pada kos yang kompetitif, yang kini lebih penting berbanding sebelumnya,” kata beliau kepada pemberita di Kuala Lumpur.

Peguam kanan Sarawak di Jabatan Peguam Negara negeri itu, Joseph Chioh Hock Hua, memberitahu CNA melalui telefon bahawa beliau tidak mengetahui pilihan yang sedang dipertimbangkan oleh Petronas, tetapi enggan mengulas mengenai rundingan yang sedang berjalan dengan Petronas kerana terikat dengan undang-undang kerahsiaan penjawat awam.

Rundingan Hak Minyak Dan Gas Bersama Sarawak Buntu, Petronas Kaji Tindakan Undang-Undang

Berdepan cabaran ekonomi dan politik yang sensitif

Anwar, yang mengambil alih jawatan perdana menteri pada November 2022 selepas pilihan raya umum yang tidak menghasilkan keputusan muktamad, berdepan cabaran ekonomi dan politik yang sensitif dalam menangani Sarawak, berikutan peranan penting negeri itu dalam menyokong kerajaan perpaduan Malaysia yang terdiri daripada lebih daripada sedozen parti.

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, kerajaan negeri pimpinan Premier Abang Johari Openg telah meningkatkan tekanan terhadap Putrajaya untuk mendapatkan lebih banyak autonomi di bawah piagam ketika Sarawak dan Sabah menyertai Tanah Melayu untuk membentuk Persekutuan Malaysia pada tahun 1963, yang ketika itu turut merangkumi Singapura. Pulau tersebut menjadi merdeka pada 1965.

Sarawak juga memainkan peranan penting dalam ekonomi Malaysia.

Rundingan Hak Minyak Dan Gas Bersama Sarawak Buntu, Petronas Kaji Tindakan Undang-Undang

Sarawak mewakili 60.87 peratus daripada jumlah rizab Malaysia

Menurut kerajaan persekutuan, rizab petroleum terbukti dan di Sarawak mewakili 60.87 peratus daripada jumlah rizab Malaysia, manakala Sabah menyumbang sekitar 18.8 peratus. Sarawak juga menyumbang hampir 90 peratus eksport LNG Malaysia.

Tuntutan agar Petros menjadi pengumpul tunggal sumber minyak dan gas di Sarawak merupakan permintaan terbesar oleh pentadbiran negeri Abang Johari, kerana ia merupakan cabaran langsung terhadap monopoli Petronas ke atas rizab minyak dan gas negara sejak syarikat itu ditubuhkan pada 1974.

Sarawak menegaskan bahawa sumber minyak dan gas di kawasannya mesti diuruskan di bawah Ordinan Perlombongan Minyak era kolonial 1958, yang menyatakan bahawa sumber minyak dan gas yang ditemui dalam jarak 200 batu nautika dari perairannya adalah milik negeri.

Lagi berita menganai isu ini untuk anda:

Sarawak Tuntut Enam Telaga Minyak Baharu Dari Petronas
Syarikat Minyak Antarabangsa, LNG Bimbang Usaha Sarawak Mengawal Bekalan Gas
SUMBER :CNA
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Anak Ditampar Kuat Di Pipi Gara-Gara Salah Masuk Barisan, Ibu Buat Laporan Polis Terhadap Guru
Next Article KVC Dance Troupe Sabah Perjuangkan Warisan Tarian Tradisional Di Persada Dunia

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?