• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita MalaysiaCerita Borneo

Anak Kelahiran Sabah, Adam Shamil Terima Tawaran Daripada Nas Daily

Oleh
Husna Hazmi
5 Januari 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Youtuber Malaysia Adam Shamil telah menerima tawaran menjadi tenaga pengajar di Nas Academy!

Anak Kelahiran Sabah, Adam Shamil Terima Tawaran Daripada Nas Daily. Buat anda yang tidak tahu, Adam Shamil merupakan seorang Youtuber tempatan dengan 144,000 subscribers dan pernah menghasilkan video penghantar makanan Grab, Hilmi yang viral sebelum ini kerana telefonnya dicuri ketika sedang bekerja.

Adam merupakan anak kelahiran Sabah terkenal dengan video berjenaka dan berinformasi di Youtube. Di dalam videonya, dia menyampaikan mesej-mesej yang bermakna kepada golongan belia menerusi pelbagai idea kreatifnya di platform tersebut.

Tetapi apa yang pasti Youtuber dari Malaysia, Adam Shamil ini merupakan individu pertama dari negara ini yang pernah berkolaborasi bersama Nas Daily, iaitu content creator yang terkenal dengan video ‘satu minit’ di media sosial sebelum ini.

Anak Kelahiran Sabah, Adam Shamil Terima Tawaran Daripada Nas Daily
Anak Kelahiran Sabah, Adam Shamil Terima Tawaran Daripada Nas Daily

Menerima tawaran untuk menjadi tenaga pengajar di Nas Academy

Kini, selepas difahamkan pernah terlibat untuk penghasilan video Asia Superhuman pada September lalu bersama Nas Daily, beliau baru-baru ini dilaporkan telah menerima tawaran untuk menjadi tenaga pengajar di Nas Academy.

Nas Academy adalah merupakan akademi dalam talian yang membimbing content creators untuk menghasilkan kandungan dan merupakan hasil usaha individu terkenal di sebalik video-video Nas Daily atau nama sebenarnya Nuseir Yassin.

Anak Kelahiran Sabah, Adam Shamil Terima Tawaran Daripada Nas Daily

Rakyat Malaysia yang pertama mengarah video oleh Nas Daily

“Ia (video berkenaan) menjadikan saya rakyat Sabah dan Malaysia yang pertama berpeluang mengarahkan siri video oleh Nas Daily!

“Dia juga telah menawarkan saya untuk menyertai Nas Academy sebagai tenaga pengajar pencipta kandungan,” jelas Adam kepada Gempak.

Untuk episod yang diarahkannya tersebut, Adam telah menampilkan kisah Vevenoah yang tular dengan kisahnya yang berusaha untuk mendapatkan capaian internet buat kelas online nya di Sabah sebelum ini.

Kredit: thevocket, Gempak

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Permaisuri Agong Dan YDPA Turun Padang Bantu Rakyat Dilanda Banjir, Hilux Tidak Mengecewakan Permaisuri Agong Dan YDPA Turun Padang Bantu Rakyat Dilanda Banjir, Hilux Tidak Mengecewakan
Next Article Jambatan Akan Ganti Semua Perkhidmatan Feri, Titik Feri Di Sarawak Akan Diganti Jambatan Akan Ganti Semua Perkhidmatan Feri, Titik Feri Di Sarawak Akan Diganti

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?