I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Jambatan Akan Ganti Semua Perkhidmatan Feri, Titik Feri Di Sarawak Akan Diganti
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Jambatan Akan Ganti Semua Perkhidmatan Feri, Titik Feri Di Sarawak Akan Diganti

Last updated: 05/01/21 4:46 PM
Kedung BK
Kongsi
2 Min Bacaan
Jambatan Akan Ganti Semua Perkhidmatan Feri, Titik Feri Di Sarawak Akan Diganti
Kongsi

Keputusan Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem yang akan diteruskan oleh Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg

Jambatan Akan Ganti Semua Perkhidmatan Feri, Titik Feri Di Sarawak Akan Diganti. Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dilapor mengatakan bahawa kerajaan negeri akan membina jambatan untuk menggantikan semua perkhidmatan feri yang kini menghubungkan jalan raya utama di negeri Sarawak.

Menurut beliau, keputusan ini adalah keputusan Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem dengan persetujuan Perdana Menteri sebelum ini, Datuk Seri Najib Tun Razak, dan beliau hanya meneruskan polisi Allahyarham.

Jambatan Akan Ganti Semua Perkhidmatan Feri, Titik Feri Di Sarawak Akan Diganti

Jambatan Batang Lupar yang dicadangkan sepatutnya dibiayai 50/50 oleh kedua-dua kerajaan persekutuan dan negeri

Katanya lagi, Jambatan Batang Lupar yang sepatutnya dibiayai 50/50 oleh Kerajaan Persekutuan dan negeri tidak diteruskan akibat dana ditarik oleh Pakatan Harapan (PH) ketika kerajaan baru mengambil alih.

Beliau juga mengatakan bahawa untuk menghentikan semua perkhidmatan feri di Sarawak, beliau telah meluluskan semua projek jambatan tersebut. Tambahnya lagi, semua projek jambatan telah dimulakan kecuali yang dilakukan di Batang Lupar.

Sementara itu, dana telah diperuntukkan untuk pembinaan jambatan Batang Lupar, dan upacara pecah tanah akan diadakan tidak lama lagi.

Kredit: DayakDaily

Dijangka siap pada tahun 2025

Menurutnya lagi, beliau menjangkan semua jambatan berkenaan (termasuk Batang Lupar) akan siap pada tahun 2025.

“Perlu masa sekitar 4 tahun untuk menyiapkan Batang Lupar (jambatan) kerana ia adalah yang terpanjang, iaitu sekitar 7 kilometer. Jambatan terpanjang kedua adalah jambatan di Batang Lassa, yang kini dalam pembinaan,” ujarnya lagi.

Jambatan lain yang sedang disekat termasuk di seberang Batang Paloh, Batang Saribas, Batang Krian, Sungai Kemena dan Batang Lassar.

Jumlah kos semua projek jambatan mega di negeri ini adalah sekitar RM5 bilion dan dibiayai oleh kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Lagi di sini:

Kedung BK 5 Januari 2021
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Anak Kelahiran Sabah, Adam Shamil Terima Tawaran Daripada Nas Daily
Next Article Ahli Parlimen Kuching Desak VIP Dan Ahli Politik Praktis Kuarantin Wajib Ahli Parlimen Kuching Desak VIP Dan Ahli Politik Praktis Kuarantin Wajib

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Berita Malaysia

Semudah ABC, Ini Langkah Untuk Daftar Akaun ASB Secara Online Tanpa Perlu Ke Kaunter

7 Ogos 2022
Berita Malaysia

Seminggu Lagi Mahu Bertunang, Gadis Ini Minta Putus Gara-Gara Ibu Mahu Menantu Kerja Kerajaan

7 Ogos 2022
Berita Malaysia

Skuad Dota 2 Wanita Negara Raih Emas Kejohanan E-Sukan Komanwel

7 Ogos 2022
Berita Malaysia

Malaysia Berpotensi Jadi Pengeluar Besar Graphene Diperbuat Dari Isirung Kelapa Sawit

6 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?