• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita DuniaCerita Borneo

Anak Sarawak Harumkan Nama Negara Dengan Memenangi Golden Horse Award

Oleh
Husna Hazmi
23 November 2020
Kongsi
2 Min Bacaan

Sekali lagi anak Sarawak telah menempah nama ke peringkat antarabangsa.

Anak Sarawak Harumkan Nama Negara Dengan Memenangi Golden Horse Award. Anak kelahiran Miri, yang bernama Keon Chia telah memenangi Lagu Filem Asli Terbaik di Golden Horse Award ke-57 yang diadakan di Taipei, Taiwan pada Sabtu lepas.

Kejayaan anak Sarawak ini patut dijadikan teladan kata Menteri Muda Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Sebastian Ting.

yang paling kiri ialah Keon Chia.
Anak Sarawak Harumkan Nama Negara Dengan Memenangi Golden Horse Award. Yang paling kiri ialah Keon Chia.

Sarawak mempunyai banyak belia yang berbakat

ADUN Piasau dalam ucapan tahniah beliau, mengatakan bahawa Sarawak sebenarnya mempunyai banyak belia yang berbakat dan kerajaan negeri telah menjadikan TV Sarawak (TVS) sebagai platform bagi para belia untuk menunjukkan bakat mereka.

Untuk mencapai kejayaan, seseorang itu perlulah menggunakan banyak tenaga, masa dedikasi, semangat dan juga kerja keras, tambah beliau.

Original soundtrack ‘Your Name Engraved Herein

Keon Chia yang berusia 35 tahun tersebut adalah salah seorang daripada trio yang menghasilkan original soundtrack ‘Your Name Engraved Herein’ untuk filem dengan nama yang sama.

Keon Chia merupakan seorang yang amat berbakat di dalam muzik dan setelah dia memperoleh Diploma Penyiaran One World Han Xin College di Kuala Lumpur, dia memulakan kerjayanya di industri muzik.

kredit gambar Borneo post
Dia mula mendapat perhatian

Pada mulanya, dia hanya membuat gubahan asli di sebuah kafe muzik yang popular di ibu kota. Secara perlahan, anak Sarawak ini mula mendapat perhatian dan pengiktirafan dari pemilik kafe muzik tersebut untuk mengarang dan membuat persembahan.

“Dekad yang lalu adalah perjalanan yang penuh dengan rintangan dan kesukaran yang membantu saya untuk menjadi lebih tabah dan kuat,” katanya dalam ucapan penerimaannya pada majlis penghargaan.

Syabas diucapkan.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hackathon Nasional Pertama Di Malaysia, MYHackathon 2020 Kini Memasuki Pusingan Kuching
Next Article Lelaki Langgar Perintah Kuarantin, Akhirnya Didenda RM4000

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?