fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Event Menarik

Hackathon Nasional Pertama Di Malaysia, MYHackathon 2020 Kini Memasuki Pusingan Kuching

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
23 November 2020
Hackathon Nasional Pertama Di Malaysia, MYHackathon 2020 Kini Memasuki Pusingan Kuching
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Inilah peluang anda untuk mencipta solusi untuk rakyat Malaysia!

Hackathon Nasional Pertama Di Malaysia, MYHackathon 2020 Kini Memasuki Pusingan Kuching. Program MYHackathon kini memasuki lokasi ke-4 iaitu di Kuching, Sarawak!

Untuk pengetahuan anda, MYHackathon merupakan program hackathon nasional pertama di Malaysia. Program ini merupakan sebuah inisiatif di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan dianjurkan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kelolaan Cradle Fund Sdn Bhd dengan kerjasama MaGIC, MAMPU serta rakan telekomunikasi rasmi, Unifi.

ADVERTISEMENT

Menariknya, program MYHackathon ini diadakan 100% secara atas talian bermula dari Hari Pelancaran sehinggalah ke Final Pitching dan penyampaian hadiah.

Hackathon Nasional Pertama Di Malaysia, MYHackathon 2020 Kini Memasuki Pusingan Kuching

Penyelesaian masalah digital selama 15 hari dengan tema ‘Bina Negara’

Setiap pusingan akan diadakan selama 15 hari dengan hari pertama bermula pada hari pelancaran kemudian diikuti oleh penghantaran akhir idea dan solusi pada hari ke-7. 10 pasukan terbaik untuk setiap kategori Sprint dan Marathon akan diumumkan dalam masa 2-3 hari selepas penghantaran akhir. Para finalis ini kemudiannya akan menjalani sesi Bootcamp secara atas talian pada hari ke-14 dan seterusnya melakukan final pitch mereka pada hari ke-15.

ArtikelBerkaitan

Menangi iPhone 12 Dengan Menyertai Peraduan Media Sosial #RinduSabah

Menangi Hadiah Wang Tunai Sehingga RM 1,000 Untuk Guru Kreatif Melalui Peraduan Anjuran JPN Sarawak Ini

Setakat ini, program yang dilaksanakan secara hybrid virtual ini telah menamatkan 2 pusingan lokasi iaitu pusingan Kuala Lumpur dan pusingan Kuala Terengganu. Sebanyak 6 pemenang untuk kategori Sprint dan 6 pemenang dari kategori Marathon telah dipilih oleh para juri dengan idea dan solusi kreatif yang diharap dapat direalisasikan dan digunakan oleh kementerian, jabatan dan agensi kerajaan di masa akan datang.

ADVERTISEMENT

Tema yang telah ditetapkan untuk pusingan Kuching adalah ‘Bina Negara’ yang berkait rapat dengan permasalahan yang dikemukakan oleh pelbagai kementerian yang berkaitan infrastruktur seperti Kementerian Kerja Raya dan sebagainya.

Hackathon Nasional Pertama Di Malaysia, MYHackathon 2020 Kini Memasuki Pusingan Kuching
Hackathon Nasional Pertama Di Malaysia, MYHackathon 2020 Kini Memasuki Pusingan Kuching

Sebanyak 5 pernyataan masalah untuk tema Bina Negara telah tersedia untuk anda di laman sesawang MYHackathon : https://myhackathon.com.my/kch/

ADVERTISEMENT

Pendaftaran MYHackathon Kuching masih dibuka sehingga jam 5 petang hari ini

Pendaftaran untuk MYHackathon pusingan Kuching telah dibuka sejak 16 November yang lalu manakala pelancaran rasmi untuk lokasi Kuching bakal diadakan pada 23 November 2020 (Isnin). Jangan lupa untuk menyaksikan pelancaran rasmi MYHackathon pusingan Kuching pada jam 9 pagi di Facebook Live Cradle Fund Sdn Bhd.

Dengar khabar, banyak input berguna yang boleh anda perolehi daripada sesi pelancaran tersebut termasuklah sesi penerangan untuk MYHackathon Kuching serta bengkel yang akan disampaikan oleh speaker yang berpengalaman.

Hackathon Nasional Pertama Di Malaysia, MYHackathon 2020 Kini Memasuki Pusingan Kuching

RM 50,000 insentif tambahan untuk pasukan pemenang yang berasal dari Sarawak

Bukan itu sahaja, insentif sehingga RM 50,000 yang ditaja oleh Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC) akan ditambah sebagai hadiah kemenangan bagi mana-mana pasukan menang yang berasal dari Sarawak atau sekurang-kurangnya mempunyai 50% ahli kumpulan anak Sarawak. Insentif ini bukan sahaja sah untuk pusingan Kuching tetapi juga pusingan di lokasi yang lain seperti Johor Bahru, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu.

Hackathon Nasional Pertama Di Malaysia, MYHackathon 2020 Kini Memasuki Pusingan Kuching

Jadi, apa tunggu lagi? Tak kisahlah sama ada anda merupakan programmer, techpreneur, usahawan mahu pun rakyat marhaen, mari sama-sama sertai MYHackathon Kuching sebelum tempoh penyertaan tamat.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang https://myhackathon.gov.my/ atau laman Facebook rasmi Cradle Fund Sdn Bhd.

Jika anda memerlukan lokasi perbincangan yang selesa semasa MYHackathon, SMA-TEGAS Digital Innovation Hub kini menawarkan pas co-working percuma. Baca lebih lanjut di sini :

Source: MYHackathon Kuching
Share69Tweet43SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy