• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Event Menarik

Hackathon Nasional Pertama Di Malaysia, MYHackathon 2020 Kini Memasuki Pusingan Kuching

Oleh
Ismail NA
23 November 2020
Kongsi
4 Min Bacaan

Inilah peluang anda untuk mencipta solusi untuk rakyat Malaysia!

Hackathon Nasional Pertama Di Malaysia, MYHackathon 2020 Kini Memasuki Pusingan Kuching. Program MYHackathon kini memasuki lokasi ke-4 iaitu di Kuching, Sarawak!

Isi Isi Penting
  • Inilah peluang anda untuk mencipta solusi untuk rakyat Malaysia!
  • Penyelesaian masalah digital selama 15 hari dengan tema ‘Bina Negara’
  • Pendaftaran MYHackathon Kuching masih dibuka sehingga jam 5 petang hari ini
  • RM 50,000 insentif tambahan untuk pasukan pemenang yang berasal dari Sarawak
  • Jika anda memerlukan lokasi perbincangan yang selesa semasa MYHackathon, SMA-TEGAS Digital Innovation Hub kini menawarkan pas co-working percuma. Baca lebih lanjut di sini :

Untuk pengetahuan anda, MYHackathon merupakan program hackathon nasional pertama di Malaysia. Program ini merupakan sebuah inisiatif di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan dianjurkan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kelolaan Cradle Fund Sdn Bhd dengan kerjasama MaGIC, MAMPU serta rakan telekomunikasi rasmi, Unifi.

Menariknya, program MYHackathon ini diadakan 100% secara atas talian bermula dari Hari Pelancaran sehinggalah ke Final Pitching dan penyampaian hadiah.

Hackathon Nasional Pertama Di Malaysia, MYHackathon 2020 Kini Memasuki Pusingan Kuching

Penyelesaian masalah digital selama 15 hari dengan tema ‘Bina Negara’

Setiap pusingan akan diadakan selama 15 hari dengan hari pertama bermula pada hari pelancaran kemudian diikuti oleh penghantaran akhir idea dan solusi pada hari ke-7. 10 pasukan terbaik untuk setiap kategori Sprint dan Marathon akan diumumkan dalam masa 2-3 hari selepas penghantaran akhir. Para finalis ini kemudiannya akan menjalani sesi Bootcamp secara atas talian pada hari ke-14 dan seterusnya melakukan final pitch mereka pada hari ke-15.

Setakat ini, program yang dilaksanakan secara hybrid virtual ini telah menamatkan 2 pusingan lokasi iaitu pusingan Kuala Lumpur dan pusingan Kuala Terengganu. Sebanyak 6 pemenang untuk kategori Sprint dan 6 pemenang dari kategori Marathon telah dipilih oleh para juri dengan idea dan solusi kreatif yang diharap dapat direalisasikan dan digunakan oleh kementerian, jabatan dan agensi kerajaan di masa akan datang.

Tema yang telah ditetapkan untuk pusingan Kuching adalah ‘Bina Negara’ yang berkait rapat dengan permasalahan yang dikemukakan oleh pelbagai kementerian yang berkaitan infrastruktur seperti Kementerian Kerja Raya dan sebagainya.

Hackathon Nasional Pertama Di Malaysia, MYHackathon 2020 Kini Memasuki Pusingan Kuching
Hackathon Nasional Pertama Di Malaysia, MYHackathon 2020 Kini Memasuki Pusingan Kuching

Sebanyak 5 pernyataan masalah untuk tema Bina Negara telah tersedia untuk anda di laman sesawang MYHackathon : https://myhackathon.com.my/kch/

Pendaftaran MYHackathon Kuching masih dibuka sehingga jam 5 petang hari ini

Pendaftaran untuk MYHackathon pusingan Kuching telah dibuka sejak 16 November yang lalu manakala pelancaran rasmi untuk lokasi Kuching bakal diadakan pada 23 November 2020 (Isnin). Jangan lupa untuk menyaksikan pelancaran rasmi MYHackathon pusingan Kuching pada jam 9 pagi di Facebook Live Cradle Fund Sdn Bhd.

Dengar khabar, banyak input berguna yang boleh anda perolehi daripada sesi pelancaran tersebut termasuklah sesi penerangan untuk MYHackathon Kuching serta bengkel yang akan disampaikan oleh speaker yang berpengalaman.

Hackathon Nasional Pertama Di Malaysia, MYHackathon 2020 Kini Memasuki Pusingan Kuching

RM 50,000 insentif tambahan untuk pasukan pemenang yang berasal dari Sarawak

Bukan itu sahaja, insentif sehingga RM 50,000 yang ditaja oleh Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC) akan ditambah sebagai hadiah kemenangan bagi mana-mana pasukan menang yang berasal dari Sarawak atau sekurang-kurangnya mempunyai 50% ahli kumpulan anak Sarawak. Insentif ini bukan sahaja sah untuk pusingan Kuching tetapi juga pusingan di lokasi yang lain seperti Johor Bahru, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu.

Hackathon Nasional Pertama Di Malaysia, MYHackathon 2020 Kini Memasuki Pusingan Kuching

Jadi, apa tunggu lagi? Tak kisahlah sama ada anda merupakan programmer, techpreneur, usahawan mahu pun rakyat marhaen, mari sama-sama sertai MYHackathon Kuching sebelum tempoh penyertaan tamat.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang https://myhackathon.gov.my/ atau laman Facebook rasmi Cradle Fund Sdn Bhd.

Jika anda memerlukan lokasi perbincangan yang selesa semasa MYHackathon, SMA-TEGAS Digital Innovation Hub kini menawarkan pas co-working percuma. Baca lebih lanjut di sini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kluster Baru Tercetus Setelah Individu Pulang Dari Sabah Tidak Dikenakan Perintah Kuarantin Di KLIA
Next Article Anak Sarawak Harumkan Nama Negara Dengan Memenangi Golden Horse Award

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?