• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Anak Sarawak, Rifdean Masdor Cipta Kemenangan Pertama Di One Championship Dengan Pukulan TKO

Oleh
Husna Hazmi
24 Mac 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Rifdean Masdor cipta kemenangan pertama di One Championship

Anak Sarawak, Rifdean Masdor Cipta Kemenangan Pertama Di One Championship Dengan Pukulan TKO. Dilaporkan, Atlet Muay Thai negara, Mohd Rifdean Masdor telah mencipta kemenangan pertamanya di One Championship dengan penuh bergaya apabila menewaskan wakil Thailand, Pichai Lookbanmai dengan pukulan Technical Knockout (TKO) dalam pertarungan ONE Friday Fights 56 di Stadium Tinju Lumpinee, Bangkok, Thailand.

Bukan itu sahaja Rifdean yang mewakili pasukan Sor Sommai Ipoh turut berjaya memperoleh bonus sebanyak 350,000 bhat (RM 45,700) atas kemenangan yang dicatatkan oleh dirinya dalam pertarungan berkenaan.

Anak Sarawak, Rifdean Masdor Cipta Kemenangan Pertama Di One Championship Dengan Pukulan TKO
Anak Sarawak, Rifdean Masdor Cipta Kemenangan Pertama Di One Championship Dengan Pukulan TKO

Kehadiran jurulatih dari Malaysia beri semangat buat Rifdean

Apabila ditanya apakah perasaan setelah mencatat kemenangan pertama, anak kelahiran Kuching, Sarawak itu berkata bahawa dengan kehadiran jurulatihnya dari Malaysia memberi keyakinan lebih tinggi selain menjadi tonik tambahan untuk dirinya menentang lawan dari Thailand itu.

Rifdean turut mengucapkan terima kasih kepada pasukannya iaitu Sor Sommai dan Palang Mai yang merupakan penaja dirinya.

Anak Sarawak, Rifdean Masdor Cipta Kemenangan Pertama Di One Championship Dengan Pukulan TKO

Kemunculan pertama Rifdean

Walaupun ini merupakan kemunculan pertama Rifdean dalam pertarungan One Championship ia tidak menjadi penghalang buat dirinya untuk mempamerkan aksi yang cukup bertenaga apabila menyerang lawannya dengan begitu pantas tanpa henti sebaik sahaja perlawanan dimulakan.

Serangan bertenaga Rifdean telah memberi kesukaran kepada lawannya, Pichai untuk membalas sehingga dia terjatuh serta sukar untuk kembali bangun meneruskan perlawanan.

Taktikal agresif yang ditampilkan oleh atlet berusia 21 tahun itu ternyata membuahkan hasil apabila dirinya berjaya mencatat kemenangan hanya dalam masa 1 minit 18 saat sahaja di pusingan pertama dengan kemenangan TKO.

Lagi mengenai Muay Thai di sini:

Bintang Muda Dalam Sukan Muay Thai, Ini Biodata Johan Ghazali
Kontinjen Muay Thai Sarawak Unggul, Sapu 5 Pingat Emas Di Pahang
SUMBER :Harian Metro
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Resepi Mudah Buat Popia Sira Goreng Yang Rangup Dan Lazat
Next Article Gajah Pygmy Halang Jalan Di Sabah, Pemandu Panik Terpaksa Reverse Kenderaan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?