I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Kontinjen Muay Thai Sarawak Unggul, Sapu 5 Pingat Emas Di Pahang
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kontinjen Muay Thai Sarawak Unggul, Sapu 5 Pingat Emas Di Pahang

Oleh iloveborneo 22 Julai 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

13 pingat telah diraih dalam kejohanan kali ini.

Kontinjen Muay Thai Sarawak Unggul, Sapu 5 Pingat Emas Di Pahang. Pada 14 hingga 17 Julai yang lalu, Kejohanan Muay Thai Remaja Kebangsaan dan Pra Sukma 2022 telah berlangsung di Padang Majlis Bandaraya Kuantan, Pahang.

Dalam kejohanan kali ini, atlet dari kontijen Sarawak mengungguli dengan kutipan 5 emas, 3 perak dan 5 gangsa, dimana kontijen Sarawak meraih 13 pingat keseluruhannya.

Kontinjen Muay Thai Sarawak Unggul, Sapu 5 Pingat Emas Di Pahang
Kontinjen Muay Thai Sarawak Unggul, Sapu 5 Pingat Emas Di Pahang. Sumber gambar: UKAS

Senarai atlet dan pencapaian mereka.

Mikhail Ghazali, Texas Jeremy, Mohd Syameil dan Nur Haina Aisyah adalah antara atlet yang telah menyumbang emas untuk kontijen Sarawak. Mereka berempat merancakkan kejohanan untuk kontijen Sarawak selepas emas pertama dirangkul oleh Maurien Hii Sie Lin.

Muarien telah menyumbangkan pingat emas yang pertama dalam kategori senior wanita dan beliau merupakan atlet dari Kelab Muaythai D30 Miri.

Untuk pingat perak pula, kategori senior telah dirangkul oleh Khairul Aiman dan Nur Azirah Mohamad Yudi. Manakala Mohd Hakim merangkul pingat perak untuk kategori remaja.

Untuk melengkapkan 13 pungutan pingat dalam kejohanan kali ini, 2 pingat gangsa telah disumbangkan oleh Jordan Bokoet Herman dan Bryan Anderson Jeffery yang merupakan wakil dari Kelab Muaythai Bau. Seterusnya, Mohd Hasbullah, Mohd Izad dan Mohd Haziq turut menjadi atlet yang menyumbangkan 3 kemenangan pingat gangsa untuk kontinjen Sarawak.

Tidak terkecuali pencapaian Mohd Hairol, Ayu Adiqa Azmi, Angellicia Elicia Lee dan Dylan Casey Daniel apabila mereka berjaya mewakili kelab muaythai masing-masing untuk mewakili Sarawak dalam kejohanan kali ini.

Prestasi atlet Sarawak yang memberansangkan

Kontinjen Muay Thai Sarawak Unggul, Sapu 5 Pingat Emas Di Pahang
Sumber gambar: dayak daily

Menerusi kenyataan Haji Jumaat Ibrahim yang merupakan Presiden Persatuan Muaythai Negeri Sarawak, kejohanan kali ini merupakan kayu ukur untuk para atlet menguji kemampuan masing-masing sebelum keputusan akhir pemilihan atlet yang akan dihantar ke Kuala Lumpur dan mewakili Sarawak untuk Sukma 2022.

Bahkan, beliau juga mengatakan bahawa akan lebih banyak sparring game yang lain selepas kejohanan ini kerana mahukan yang terbaik dan persiapan yang jitu untuk atlet dengan memperbanyak acara pemanas tatkala Sukma semakin mendekat.

Penghargaan kepada pihak yang menyokong dan memberi kerjasama

Penghargaan bukan sahaja diucapkan khas untuk atlet yang berjaya. Menurut beliau juga sokongan daripada beberapa pihak yang terlibat seperti Perbadanan Sukan Sarawak, Majlis Sukan Negeri Sarawak, para jurulatih, dan kelab-kelab muaythai yang berinisiatif untuk menaja atlet menyertai kejohanan turut dihargai.

Dengan adanya sokongan dan dorongan daripada beberapa pihak, usaha ini dapat membantu untuk mempergiatkan lagi sukan muaythai di Sarawak.

Disamping itu, Haji Jumaat turut berterima kasih dengan Persatuan Muaythai Malaysia apabila mereka menaja atlet untuk tujuan pemilihan kejohanan dunia.

Atlet Sarawak bukan pencabar yang mudah ya. Ini antara atlet cemerlang Sarawak di peringkat antarabangsa:

SUMBER : UKAS, Dayak Daily
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ikan Mirip Alligator Dijumpai Di Tatau, Pembunuh Ikan Asli Di Sungai Sarawak
Next Article Wartawan Israel Dikecam Langgar Larangan Bukan Islam Masuk Kota Suci Mekah

Teruskan Berhubung

Facebook Like
Twitter ikuti
Instagram ikuti
Youtube Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Rumah Ronald McDonald di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah: Rumah Inap Selesa Untuk Keluarga yang Memerlukan
Cerita Borneo 4 September 2023
5 Startup Lokal Sarawak Berjaya Raih Hadiah Tunai RM2.5K Melalui Program TPAB TEGAS 2023
#innovatesarawak 20 Jun 2023
Program Flagship Buat Startup Sarawak, TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp Kembali Jun Ini
#innovatesarawak 24 Mei 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
#innovatesarawak 29 Mac 2023
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?