• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

‘Anak Tukar Simcard, Elak Dihubungi Ibu’, Pemandu Maxim Sabah Sebak Dengar Kisah Penumpang

Oleh
ILB - AI
5 April 2023
Kongsi
4 Min Bacaan

“Ingatkan dalam drama tv saja, rupanya di dunia nyata pun betul-betul ada.”

‘Anak Tukar Simcard, Elak Dihubungi Ibu’, Pemandu Maxim Sabah Sebak Dengar Kisah Penumpang. Seorang pemandu Maxim di Sabah memuat naik satu hantaran mengenai kisah seorang penumpangnya yang menceritakan tentang keluarganya sehingga pemandu itu sebak mendengar kisah tersebut.

Menerusi perkongsian di Facebook milik pemandu itu, dia menyatakan bahawa ada seorang makcik yang merupakan ibu tunggal menaiki Maximnya, dan berbual dengannya ketika dia ingin menghantar makcik itu pulang ke rumah.

Pemandu Maxim Sabah Sebak Dengar Kisah Penumpang
Sumber: Mohd Nazryn

Dalam pada itu, makcik tersebut berkata, dia mempunyai 12 orang anak yang kesemuanya sudah berkahwin dengan kehidupan sendiri dan majoritinya berjauhan dengannya.

“Kebanyakan anak-anak makcik semua jauh, tinggal lah makcik dengan cucu-cucunya yang terdekat sahaja,” tulis pemandu Maxim itu di laman Facebooknya.

Dalam 12 orang anak, 3 orang anaknya tidak menghubunginya langsung

Namun, apa yang lagi menyayat hati, makcik itu memberitahu bahawa tiga daripada dua belas anaknya tidak lagi mahu menegurnya, seolah-olah tiga orang anaknya itu menganggap ibu mereka sudah tidak wujud.

“Saban tahun makcik ni menunggu kehadiran anak-anaknya, tapi setiap tahun juga dia menangis,” katanya lagi.

Seorang ibu tidak mengharapkan wang, hanya kehadiran anak sahaja

Bukan itu sahaja, makcik itu turut mengatakan bahawa dia tidak mengharapkan wang daripada ketiga anaknya itu, tetapi hanya sekadar ingin mengetahui keadaan mereka sahaja.

Apa yang lagi sedih, anak makcik itu menukar nombor telefon supaya makcik tidak menghubungi mereka lagi.

“Sampaikan mereka tukar simcard supaya makcik tidak dapat hubungi mereka lagi. Biar pun mereka buat makcik begitu, makcik sentiasa doakan yang terbaik untuk semua anak-anak makcik,” ujar makcik tersebut kepada pemandu Maxim itu sambil menangis di dalam kereta.

“Semoga suatu hari nanti makcik dapat bekumpul semua dengan mereka semua, makcik rindu mereka nak,” tambah makcik itu lagi dengan sebak di dada kerana merindui anak-anaknya.

Apabila pemandu Maxim tiba di rumah makcik, dia berniat untuk bersedekah tambang Maxim, tetapi makcik berkeras untuk membayar.

Pemandu Maxim Sabah Sebak Dengar Kisah Penumpang
Duit yang dibayar oleh makcik. Sumber: Mohd Nazryn

“Sama-sama kita mencari rezeki nak, makcik faham semoga Allah perluaskan rezeki mu nak,” kata makcik itu sebelum mahu keluar dari kereta pemandu Maxim tersebut.

“Amin makcik, semoga juga makcik panjang usia dan sihat selalu,” balas pemandu Maxim itu kepada makcik.

Bukan untuk mengaibkan, tapi untuk pengajaran buat semua anak-anak di luar sana

Sementara itu, pemandu itu turut menyatakan bahawa dia menceritakan kisah ini bukan untuk mengaibkan sesiapa, sebaliknya untuk mengajar semua anak-anak menghormati kedua-dua ibu dan bapa mereka serta boleh menjadi ikhtibar dan pengajaran buat semua.

“Sayangilah kedua orang tua anda terutama sekali ibu kita. Sibuk mana pun kita, sekali-sekala jenguk lah orang tua selagi mereka masih ada, mereka pasti menanti kehadiran anak-anaknya,” pesan pemandu itu untuk semua anak-anak.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sedih mendengar kisah seorang ibu tunggal tersebut dan mereka turut memberi nasihat untuk menghargai ibu bapa selagi masih ada.

Pemandu Maxim Sabah Sebak Dengar Kisah Penumpang
Sumber: Mohd Nazryn
Pemandu Maxim Sabah Sebak Dengar Kisah Penumpang
Sumber: Mohd Nazryn
Pemandu Maxim Sabah Sebak Dengar Kisah Penumpang
Sumber: Mohd Nazryn

Baca juga kisah yang berkitan:

Netizen Sebak Lihat Nenek Dan Cucu Berniaga Sayur Di Mita Heritage
Baru Mendarat Di Tawau, Sebak Lihat Wanita Ini Berlari Ke Kubur Ibu Untuk Tatapan Terakhir
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dakwa Tunang Curang Dengan Steward, Lelaki Ini Tampil Bagi Penjelasan Lanjut Dakwa Tunang Curang Dengan Steward, Lelaki Ini Tampil Bagi Penjelasan Lanjut
Next Article Makan Kulit Babi Demi Konten, Influencer Muslim Ini Ditegur Netizen Makan Kulit Babi Demi Konten, Influencer Muslim Ini Ditegur Netizen

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?