• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Netizen Sebak Lihat Nenek Dan Cucu Berniaga Sayur Di Mita Heritage

Oleh
ILB - AI
31 Mac 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Demi kelangsungan hidup

Netizen Sebak Lihat Nenek Dan Cucu Berniaga Sayur Di Mita Heritage. Setiap kali melihat orang yang berumur atau warga emas berniaga pasti rasa sedih di hati, lebih-lebih lagi jika ia merupakan satu-satunya sumber pendapatan mereka untuk hidup.

Seorang wanita berkongsikan kisah seorang warga emas atau nenek dan cucu meniaga sayur di Mita Heritage, Kuching.

Menurut satu hantaran tular yang dimuat naik di Facebook itu, wanita tersebut menggesa orang ramai membeli sayur-sayuran yang dijual oleh seorang nenek bersama cucunya itu.

Netizen Sebak Lihat Nenek Dan Cucu Berniaga Sayur Di Mita Heritage
Sumber: Zarra Abd Latip

“Kalau ada rezeki lebih, belilah barang nenek dan cucunya ni,” tulis individu itu di laman Facebook.

Sebak di dada apabila mendengar perbualan mereka

Bahkan, apa yang lagi menyayat hati, wanita itu mendengar perbualan cucu bersama neneknya untuk belikannya ayam.

“Kalau duit dah sampai RM20, nanti belikan ayam untuk saya nek,” kata cucu kepada neneknya.

Dalam pada itu, wanita tersebut turut menanyakan kepada cucu sama ada dia pergi ke sekolah atau tidak.

Netizen Sebak Lihat Nenek Dan Cucu Berniaga Sayur Di Mita Heritage
Sumber: Zarra Abd Latip

“Kalau saya pergi ke sekolah, tiada siapa nak jaga nenek saya,” jawapan cucu lagi sebak di dada.

“Dia cari rezeki untuk makan sahaja, bukan untuk beli benda lain. Dibeli roti dan air pun cucunya dah bersyukur,” luah wanita itu lagi.

Menjengah ke ruangan komen pula, ada yang mengatakan keluarga mereka bergilir-gilir berniaga di tempat tersebut, kadaang-kadang nenek, mak, anak atau menantu.

Rata-rata netizen bersimpati dengan nasib warga emas dan cucunya itu dan mendoakan yang baik untuk mereka serta dimurahkan rezeki selalu.

Sementara itu, wanita itu juga mendoakan agar nenek dan cucunya dimurahkan rezeki, serta berharap agar orang ramai membeli sayur-sayuran atau apa sahaja makanan yang akan dijual mereka nanti.

Baca juga kisah yang berkaitan:

Tergamak Langgar Lari Pejalan Kaki Lintas Jalan, Warga Emas Maut Di Serian
Warga Emas Sambung Degree, Netizen Berpandangan Cetek Suruh Fokus ‘Ilmu Akhirat’
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Angkara Tidak Puas Hati, Lelaki Sanggup 'Musnahkan' Kereta Rakan Di Kuching Angkara Tidak Puas Hati, Lelaki Sanggup ‘Musnahkan’ Kereta Rakan Di Kuching
Next Article 'Umpama Tolak Gunung Kinabalu Ke Perlis,' Netizen Tegur Protes Vegan Yang Seolah-Olah Memaksa ‘Umpama Tolak Gunung Kinabalu Ke Perlis,’ Netizen Tegur Protes Vegan Yang Seolah-Olah Memaksa

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?