• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sarawak Sediakan RM 98.4 Juta Untuk Bantuan Khas RM1500 Bagi Setiap Peniaga Dan Penjaja Kecil

Oleh
ILB - AI
10 April 2020
Kongsi
3 Min Bacaan

Bantuan khas itu akan diberikan untuk mereka yang berdaftar di bawah pihak berkuasa tempatan

Sarawak Sediakan RM 98.4 Juta Untuk Bantuan Khas RM1500 Bagi Setiap Peniaga Dan Penjaja Kecil. Kerajaan Sarawak hari ini menerusi Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang 2.0 mengumumkan bantuan khas RM1500 bagi setiap peniaga dan penjaja kecil yang berdaftar di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT)

Isi Isi Penting
  • Bantuan khas itu akan diberikan untuk mereka yang berdaftar di bawah pihak berkuasa tempatan
  • Mereka yang layak akan dapat bantuan melalui Sarawak Pay
  • Sekiranya anda belum mendaftar Sarawak Pay, sila ikuti cara-cara  di bawah:
  • Anda boleh juga rujuk rajah di bawah untuk 4 insentif bagi membantu perusahaan di Sarawak :

Mereka yang layak akan dapat bantuan melalui Sarawak Pay

Untuk bantuan ini, mereka yang layak akan dibayar melalui akaun Sarawak Pay di mana jumlah keseluruhan pemberian itu diaggarkan dalam sekitar RM98.4 juta. Bantuan bersasar ini dijangkakan membantu sekitar 65 000 peniaga kecil dan penjaja di seluruh Sarawak.

Untuk menyemak kelayakan perniagaan anda untuk mendapat bantuan ini, anda perlu menyemak dengan pihak berkuasa tempatan anda atau Kementerian Kerajaan Tempatan & Perumahan Sarawak.

Sekiranya anda belum mendaftar Sarawak Pay, sila ikuti cara-cara  di bawah:

Pemilik milikan tunggal boleh mendaftar Sarawak Pay untuk perniagaan anda melalui aplikasi Sarawak Pay.

Jika belum ada akaun Sarawak Pay, muat turun aplikasi Sarawak Pay di sini:
Google Play Store: http://bit.ly/sarawakpayandroid
App Store: http://bit.ly/sarawakpayiOS

1. Muat turun dan daftar di aplikasi Sarawak Pay sebagai pengguna. 
2. Pilih “Merchant Account” dan isikan borang pendaftaran. 
3. Sediakan dokumen sokongan di bawah dan e-mel ke [email protected] :
• Kad pengenalan
• Lesen Perniagaan
• Gambar premis perniagaan
• Alamat e-mel yang sah

4. Sila tunggu e-mel pengesahan dari pihak Sarawak Pay untuk status pendaftaran akaun perniagaan Sarawak Pay anda dalam tempoh tujuh hari bekerja.
5. Templat QR kod Sarawak Pay boleh dimuat turun di SINI.
6. Selesai! Anda boleh mula menerima pembayaran melalui aplikasi Sarawak Pay.

Jika anda memerlukan bantuan, sila hubungi perkhidmatan pelanggan di 1-300-88-7246.

Rujuk juga laman rasmi Sarawak Pay di sini : Sarawak Pay

Anda juga boleh rujuk gambar rajah di bawah :

Sarawak Sediakan RM 98.4 Juta Untuk Bantuan Khas RM1500 Bagi Setiap Peniaga Dan Penjaja Kecil
Sarawak Sediakan RM 98.4 Juta Untuk Bantuan Khas RM1500 Bagi Setiap Peniaga Dan Penjaja Kecil

Untuk mereka yang berdaftar dengan FAMA atau Jabatan Pertanian Sarawak di kawasan luar bandar pula, jangan risau. Bantuan juga akan disalurkan untuk anda dengan cara baucar tunai.

Anda boleh juga rujuk rajah di bawah untuk 4 insentif bagi membantu perusahaan di Sarawak :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TERKINI : Malaysia Rekod 118 Kes Positif Baru COVID-19, 222 Kes Sembuh Hari Ini
Next Article Anda Boleh Jadi Ibu Bapa Haiwan Di Zoo Negara Menerusi Kempen ‘Haiwan Angkat’

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?