• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Anda Kini Boleh Menghantar Barang Ke Kuching Melalui Laluan MAS Kargo Baru Dari Senai Johor

Oleh
Ismail NA
6 Ogos 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Yeay! Dah boleh hantar barang IKEA ke Kuching!

Anda Kini Boleh Menghantar Barang Ke Kuching Melalui Laluan MAS Kargo Baru Dari Senai Johor. Johor merupakan salah sebuah negeri di Semenanjung Malaysia yang memiliki komposisi rakyat Sarawak yang besar. Kebanyakannya menetap di negeri itu untuk bekerja dan melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi. Oleh itu, urusan pengiriman barang pastinya sesuatu yang lazim, bukan?

Isi Isi Penting
  • Yeay! Dah boleh hantar barang IKEA ke Kuching!
  • Kargo ‘terbang’ ke Kuching pada hari Rabu setiap minggu
  • Penerbangan Penumpang-ke-Kargo (P2C) : Boleh bawa penumpang ke?
  • Nak cuba satay MAS? Boleh baca artikel berikut :

Syukur kerana kini, syarikat penerbangan Malaysia Airlines & MASKargo telah mengumumkan laluan baharu untuk perkhidmatan kargo iaitu laluan Johor Bahru – Kuching (JHB-KCH)!

Kargo ‘terbang’ ke Kuching pada hari Rabu setiap minggu

Perkhidmatan kargo baharu ini akan bermula pada 11 Ogos 2021 (Rabu). Penerbangan kargo laluan dari Johor Bahru ke Kuching ini akan beroperasi pada hari ketiga iaitu Rabu pada setiap minggu.

Penerbangan ini merupakan penerbangan jenis penumpang-ke-kargo (P2C) yang pertama dengan nombor pesawat MH7998. Penerbangan ini akan berlepas pada jam 9.30 pagi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bahru dan dijangka tiba ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak pada jam 10.45 pagi.

Anda Kini Boleh Menghantar Barang Ke Kuching Melalui Laluan MAS Kargo Baru Dari Senai Johor
Kredit foto : The Malaysian Reserve

Penerbangan Penumpang-ke-Kargo (P2C) : Boleh bawa penumpang ke?

Jangan keliru pula! Ini bukan penerbangan yang membawa penumpang ya. Penerbangan penumpang-ke-kargo (P2C) yang dimaksudkan adalah penerbangan penumpang komersial yang ditukar menjadi pesawat kargo sepenuhnya. Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, penerbangan pesawat penumpang yang kosong digunakan untuk membawa muatan yang kebanyakannya adalah barangan farmasi, ubat-ubatan, telefon bimbit, komponen elektrik dan bungkusan kurier.

Jelasnya lagi, mengubah penerbangan penumpang kepada kargo bukanlah sesuatu yang baharu (P2C) dan telah dipraktikkan oleh Malaysia Airlines Berhad (MAB ) selama berbulan-bulan sebelum ini susulan berlakunya pandemik COVID-19.

Anda Kini Boleh Menghantar Barang Ke Kuching Melalui Laluan MAS Kargo Baru Dari Senai Johor
Anda Kini Boleh Menghantar Barang Ke Kuching Melalui Laluan MAS Kargo Baru Dari Senai Johor. Kredit foto : ACW

Ini juga bermakna AirAsia masih satu-satunya pesawat penumpang yang beroperasi untuk laluan Johor Bahru-Kuching.

Jika anda berminat, dapatkan tempahan kargo ke Kuching anda sekarang! Untuk sebarang pertanyaan, hubungi talian pegawai MAS di talian 019-774 6707 atau 019-743 6673.

Anda Kini Boleh Menghantar Barang Ke Kuching Melalui Laluan MAS Kargo Baru Dari Senai Johor

Nak cuba satay MAS? Boleh baca artikel berikut :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TERKINI: Jumlah Tertinggi Pernah Dicatat, Sabah Rekod 1,291 Kes Positif COVID-19
Next Article Catat 7 Kes COVID19, Brunei Terus Laksanakan Lockdown

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?