• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

TERKINI: Jumlah Tertinggi Pernah Dicatat, Sabah Rekod 1,291 Kes Positif COVID-19

Oleh
Husna Hazmi
6 Ogos 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Kota Kinabalu merupakan penyumbang tertinggi dengan 282 kes positif Covid-19.

TERKINI: Jumlah Tertinggi Pernah Dicatat, Sabah Rekod 1,291 Kes Positif COVID-19. Dipetik daripada laporan Utusan Borneo, hari ini Sabah telah mencatatkan kes baharu tertinggi COVID-19 dengan sejumlah 1,291 kes.

Isi Isi Penting
  • Kota Kinabalu merupakan penyumbang tertinggi dengan 282 kes positif Covid-19.
  • Empat daerah di Sabah mencatatkan kes tiga digit
  • Empat lagi daerah melepasi 20 kes harian
  • Seorang dalam kategori lima yang memerlukan rawatan rapi
TERKINI: Jumlah Tertinggi Pernah Dicatat, Sabah Rekod 1,291 Kes Positif COVID-19

Empat daerah di Sabah mencatatkan kes tiga digit

Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun, empat daerah di Sabah mencatatkan kes tiga digit, iaitu Kota Kinabalu 282, Tawau 177, Penampang 131 dan Papar 112.

“Lima daerah pula merekod jumlah kes harian melebihi 50 kes iaitu Tuaran 96, Sandakan 72, Sipitang 54, Beaufort 54 dan Keningau 52,” kata beliau dalam satu kenyataan di Kota Kinabalu, hari ini.

TERKINI: Jumlah Tertinggi Pernah Dicatat, Sabah Rekod 1,291 Kes Positif COVID-19

Empat lagi daerah melepasi 20 kes harian

Mankala, empat lagi daerah melepasi 20 kes harian, Kinabatangan 21, Kota Belud 28, Putatan 31, Ranau 40. Tidak ada daerah yang kes sifar semalam.

Beliau berkata, kontak rapat kekal menjadi penyumbang utama kepada kes harian di Sabah iaitu 772 kes atau hampir 60 peratus. 

“Tetapi kes bergejala (sporadik) juga kekal tinggi, yakni 299 atau 23.2 peratus. Di daerah Kota Kinabalu 107 kes daripada 282 kes yang dicatatkan adalah melalui saringan bergejala, yakni 38 peratus. Di Tuaran, 35 peratus daripada jumlah kes juga disumbangkan oleh kategori bergejala.

“Kluster sedia ada menyumbang 70 kes  daripada jumlah kes keseluruhan dan 73 kes daripada saringan bersasar di lokaliti-lokaliti PKPD,” ujar beliau.

TERKINI: Jumlah Tertinggi Pernah Dicatat, Sabah Rekod 1,291 Kes Positif COVID-19

Seorang dalam kategori lima yang memerlukan rawatan rapi

Masidi juga menjelaskan bahawa 1,180 kes daripada 1,291 kes semalam adalah dalam kategori satu dan dua. Menurut beliau, terdapat dua pesakit di dalam kategori empat dan seorang dalam kategori lima yang memerlukan rawatan rapi.

“Keutamaan sekarang ialah untuk mempertingkatkan pemberian vaksin dalam kalangan penduduk.

“Ini bermakna kita memerlukan bekalan vaksin yang cukup sepanjanag masa. Kerajaan negeri dijangka akan mengumumkan dalam masa terdekat beberapa langkah serta inisiatif baharu bagi memastikan kelancaran program vaksinasi di Sabah,” tambah beliau lagi.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kontroversi Kasut Trampolin Nike Yang Dianggap ‘Doping Teknologi’ Kerana Bantu Atlet Lari Lebih Laju Dari Biasa
Next Article Anda Kini Boleh Menghantar Barang Ke Kuching Melalui Laluan MAS Kargo Baru Dari Senai Johor

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?