• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Anda Kini Sudah Boleh Buat Aduan Pelanggaran SOP Di Aplikasi MySejahtera

Oleh
Nazihah AN
4 Oktober 2021
Kongsi
3 Min Bacaan
Anda Kini Sudah Boleh Buat Aduan Pelanggaran SOP Di Aplikasi MySejahtera

Aplikasi MySejahtera kini mempunyai fungsi baru

Anda Kini Sudah Boleh Buat Aduan Pelanggaran SOP Di Aplikasi MySejahtera. Dilaporkan bahawa, Kementerian Kesihatan telah memperkenalkan fungsi baru di mana anda kini boleh membuat sebarang aduan berkenaan pelanggaran SOP kepada pihak berkuasa melalui aplikasi MySejahtera.

Kementerian Kesihatan memperkenalkan fungsi baru di dalam aplikasi MySejahtera yang membolehkan untuk pengguna mengajukan sebarang aduan kepada pihak yang wajib hanya dengan beberapa langkah yang mudah.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkongsi berkenaan dengan perkara ini melalui ciapan beliau di Twitter, disertakan dengan klip video ringkas cara membuat aduan menggunakan fungsi baru ini.

Anda Kini Sudah Boleh Buat Aduan Pelanggaran SOP Di Aplikasi MySejahtera
Anda Kini Sudah Boleh Buat Aduan Pelanggaran SOP Di Aplikasi MySejahtera. Gambar hiasan.

Anda boleh buat aduan bagi individu yang tidak mematuhi SOP

Dalam video pendek tersebut, anda klik ‘Aduan’ pada halaman utama MySejahtera. Berikut terdapat 4 senarai pilihan yang pengguna ingin laporkan. Antara senarai berikut ialah:

  1. Pelanggaran SOP untuk individu (tidak memakai topeng muka atau mematuhi jarak fizikal)
  2. Pelanggaran oleh pengendali premis (kegagalan merekod pelawat atau memeriksa suhu badan)
  3. Pelanggaran perintah kuarantin
  4. Dan isu lain.

Pengguna kemudian diminta menandakan lokasi keberadaan di mana isu tersebut didakwa berlaku, juga diminta untuk memuat naik foto sebagai bukti.

I have asked MySj to update slightly but the feature is there. https://t.co/pWJ51VPvUR pic.twitter.com/IEypqXAHOq

— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) October 2, 2021

Menurut Khairy Jamaluddin, beliau telah mengarahkan pembangun aplikasi ini untuk mengemas kini MySejahtera lebih lanjut.

“Saya telah meminta pembangun aplikasi MySejahtera untuk membuat sedikit kemas kini tetapi ciri tersebut sudah tersedia” kata beliau.

Ciapan beliau merupakan respons kepada pertanyaan netizen yang mengajukan soalan sama ada terdapat platform dalam talian untuk orang ramai membuat laporan jika terdapat mana-mana premis yang gagal mematuhi SOP COVID-19.

Jika anda menyaksikan ada yang tak mematuhi SOP, sila laporkan aduan anda di mysejahtera

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) October 2, 2021

Sementara itu, Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan turut menggesa orang ramai untuk menggunakan kemudahan baru tersebut untuk memastikan mereka mengekalkan SOP yang telah ditetapkan.

Jika status MySejahtera anda tiba-tiba bertukar kuning, anda boleh baca artikel di bawah untuk menyelesaikannya:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pasukan ESukan Sarawak Didakwa Guna Khidmat Joki Semasa Pertandingan, Siasatan Akan Dibuat Pasukan ESukan Sarawak Didakwa Guna Khidmat Joki Semasa Pertandingan, Siasatan Akan Dibuat
Next Article Tak Dapat Diberi Vaksin Covid-19 Atas Faktor Perubatan? Anda Boleh Mohon Sijil Khas Tak Dapat Diberi Vaksin Covid-19 Atas Faktor Perubatan? Anda Boleh Mohon Sijil Khas

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?