• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Pasukan ESukan Sarawak Didakwa Guna Khidmat Joki Semasa Pertandingan, Siasatan Akan Dibuat

Oleh
ILB - AI
1 Oktober 2021
Kongsi
3 Min Bacaan
Pasukan ESukan Sarawak Didakwa Guna Khidmat Joki Semasa Pertandingan, Siasatan Akan Dibuat

Pasukan ESukan Sarawak, Team Thanks, didakwa menggunakan khidmat joki dari China

Pasukan ESukan Sarawak Didakwa Guna Khidmat Joki Semasa Pertandingan, Siasatan Akan Dibuat. Pada bulan Ogos yang lepas, pasukan permainan online Dota 2, Team Thanks dari Sarawak, berjaya merangkul tempat pertama dalam Liga E-Sports Malaysia 2021 (MEL21) – di mana setiap negeri menghantar wakil untuk bersaing.

MEL21 dianjurkan bertujuan untuk mencari bakat-bakat baru dalam bidang e-sukan. Ia dianjurkan oleh Esports Integrated (ESI) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Persatuan-Persatuan Esukan Negeri dan Wilayah Persekutuan.

Namun, pihak MyGameOn baru-baru ini menerima laporan daripada pihak yang mendakwa pasukan daripada Sarawak itu telah menggunakan khidmat joki ketika bertanding dalam Grand Final MEL21 peringkat kebangsaan bagi kategori permainan online Dota 2 yang telah berlangsung pada Ogos lalu.

Pasukan ESukan Sarawak Didakwa Guna Khidmat Joki Semasa Pertandingan, Siasatan Akan Dibuat
Pasukan ESukan Sarawak Didakwa Guna Khidmat Joki Semasa Pertandingan, Siasatan Akan Dibuat

Penggunaan perkhidmatan pemain lain untuk menggantikan tempat pemain yang bertanding

Bagi mereka yang tidak biasa dengan terma esukan, ‘joki’ adalah di mana sebuah pasukan menggunakan khidmat pemain luar (kebiasaannya pemain bertaraf profesional) untuk menggantikan tempat pemain yang bertanding dalam mana-mana kejohanan e-suka. Perkara ini sering berlaku dalam kejohanan e-sukan yang diadakan secara atas talian.

Laporan itu memetik wakil Sarawak iaitu pasukan Thanks didakwa menggunakan perkhidmatan joki ketika berlawan dengan ANIMALS (Selangor) di Grand Final lalu memberikan mereka kemenangan 3-2.

Pasukan ESukan Sarawak Didakwa Guna Khidmat Joki Semasa Pertandingan, Siasatan Akan Dibuat
Gambar Ihsan: mygameon.my

Menurut laporan itu, terdapat pemain pasukan Thanks tidak menggunakan ID sendiri semasa bertanding malah mendakwa mereka menggunakan khidmat pemain dari China. 

Pasukan ESukan Sarawak Didakwa Guna Khidmat Joki Semasa Pertandingan, Siasatan Akan Dibuat
Gambar Ihsan: mygameon.my

Jika dakwaan ini adalah benar, ini bermaksud pasukan Thanks telah melanggar peraturan kejohanan kerana mempunyai bilangan pemain profesional lebih dari yang dibenarkan. Pemain profesional berkenaan dikatakan bermain untuk skuad Team Serenity dari China.

Malah, ada ahli pasukan itu dikatakan bermain untuk pasukan di rantau Amerika Utara, 5Man Midas.

Pasukan ESukan Sarawak Didakwa Guna Khidmat Joki Semasa Pertandingan, Siasatan Akan Dibuat
Gambar Ihsan mygameon.my

Penganjur kejohanan MEL21, ESI ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima laporan sama dan siasatan lanjut sedang dibuat.

“ESI menerima laporan rasmi mengenai isu joki semasa perlawanan kategori Dota 2 pada Malaysia Esports League 2021 (MEL21) peringkat Kebangsaan. Kami sedang meneliti bukti-bukti yang dikemukakan oleh pihak yang membuat bantahan dan sedang melakukan siasatan dalaman secara terperinci. Sebarang keputusan daripada siasatan itu akan diumumkan kepada pihak berkepentingan selepas siasatan selesai. ESI dan Kementerian Belia dan Sukan amat prihatin terhadap pembangunan esukan yang mapan dan telus, terutamanya dalam kejohanan dan liga yang dianjurkan. Sekiranya bukti kukuh telah ditemui, pihak ESI akan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk terus memartabatkan dan menjaga nama baik industri esukan.”

Kenyataan ESI

Siasatan lanjut sedang dilakukan agar perkara ini tidak berulang kerana ini dapat mencemar industri e-sukan.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article SKMM Lapor Liputan 4G Di Malaysia Cecah 94% Namun Disangkal Keras Oleh Netizen
Next Article Anda Kini Sudah Boleh Buat Aduan Pelanggaran SOP Di Aplikasi MySejahtera Anda Kini Sudah Boleh Buat Aduan Pelanggaran SOP Di Aplikasi MySejahtera

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?