• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Tak Dapat Diberi Vaksin Covid-19 Atas Faktor Perubatan? Anda Boleh Mohon Sijil Khas

Oleh
ILB - AI
4 Oktober 2021
Kongsi
3 Min Bacaan
Tak Dapat Diberi Vaksin Covid-19 Atas Faktor Perubatan? Anda Boleh Mohon Sijil Khas

Pengecualian vaksin Covid-19 hanya akan diberi kepada mereka yang ada alasan faktor perubahan

Tak Dapat Diberi Vaksin Covid-19 Atas Faktor Perubatan? Anda Boleh Mohon Sijil Khas. Bagi mereka yang betul-betul tidak dapat menerima vaksin Covid-19 atas faktor perubahan seperti alahan kepada vaksin, mereka dapat memohon sijil khas atau sijil pengecualian vaksinasi menerusi aplikasi MySejahtera melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).

Tak Dapat Diberi Vaksin Covid-19 Atas Faktor Perubatan? Anda Boleh Mohon Sijil Khas
Tak Dapat Diberi Vaksin Covid-19 Atas Faktor Perubatan? Anda Boleh Mohon Sijil Khas

Perlu mendapat pengesahan daripada pakar perubatan berdaftar

Menurut laporan, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menyatakan bahawa mereka yang ingin memohon sijil pengecualian ini perlu mendapat pengesahan daripada pakar perubatan berdaftar.

Tak Dapat Diberi Vaksin Covid-19 Atas Faktor Perubatan? Anda Boleh Mohon Sijil Khas
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin ketika di sesi soal dan jawab di Dewan Rakyat hari ini mengenai individu yang tidak dapat menerima vaksin atas sebab faktor perubatan. Kredit: BERNAMA

Individu yang terlibat perlu pergi ke PKD untuk mengemukakan borang khas iaitu ‘Slip Penilaian Kesesuaian Menerima Vaksin COVID-19 Bagi Pesakit Dengan Masalah Kesihatan Tertentu’ yang telah disahkan oleh pakar perubatan berdaftar yang merawat mereka.

Borang berkenaan harus disahkan di hospital swasta oleh pakar perubatan berdaftar yang merawat mereka atau pegawai kesihatan yang merawat jika tiada pakar perubatan ada di hospital kerajaan yang berpakar atau pakar perubatan berkeluarga di klinik kerajaan.

Sijil digital akan diperoleh dalam tempoh seminggu jika permohonan lengkap

Menurut beliau lagi, sijil digital berkenaan akan diperoleh dalam tempoh satu minggu melalui aplikasi MySejahtera jika permohonan lengkap dan mengikuti syarat yang ditetapkan.

Namun, beliau juga menyata bahawa pakar perubatan akan menasihatkan individu yang terlibat bagi pengambilan vaksin dari segi jenis lain yang bersesuaian. Contohnya, jika seseorang didapati menghidapi alahan kepada vaksin jenis Pfizer, vaksin jenis lain seperti Sinovac boleh diberikan. Sekiranya individu berkenaan disahkan tidak boleh mengambil sebarang jenis vaksin Covid-19 atas sebab perubatan, individu terbabit perlu mematuhi SOP lebih ketat secara kendiri.

Tak Dapat Diberi Vaksin Covid-19 Atas Faktor Perubatan? Anda Boleh Mohon Sijil Khas
Gambar sekadar hiasan. Kredit: EY

Sementara itu, mereka yang sudah menerima dos vaksin Covid-19 sepenuhnya tetapi tidak mempunyai peranti digital untuk menunjukkan sijil vaksinasi, mereka dapat menggunakan kad vaksinasi yang diterima di pusat pemberian vaksin (PPV) sebagai bukti.

Tak Dapat Diberi Vaksin Covid-19 Atas Faktor Perubatan? Anda Boleh Mohon Sijil Khas
Kad vaksinasi sebagai alternatif sijil vaksinasi MySejahtera. Kredit: Mukhriz Hazim via Malaysia Kini

Jika kad vaksinasi tersebut hilang, mereka harus melaporkan perkara itu di PKD berhampiran.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Anda Kini Sudah Boleh Buat Aduan Pelanggaran SOP Di Aplikasi MySejahtera Anda Kini Sudah Boleh Buat Aduan Pelanggaran SOP Di Aplikasi MySejahtera
Next Article Kenali ‘Not’, Kucing Jurupandu Yang Akan Bantu Anda Sampai Ke Curtain Waterfall Di Bengoh Dam

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?