• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Anggota Beruniform Lengkap Bersenjata SMG HK MP5 Kini Kawal Terminal KLIA 1 Dan 2

Oleh
Husna Hazmi
20 April 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Kawalan keselamatan di KLIA 1 & 2 telah diperketatkan

Anggota Beruniform Lengkap Bersenjata SMG HK MP5 Kini Kawal Terminal KLIA 1 Dan 2. Dilaporkan, polis meningkatkan kawalan dan jumlah penugasan pegawai serta anggota di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2, sejak Selasa lalu.

Menurut Ketua Polis Negara Razarudin Husain, kawalan keselamatan dan pemantauan pada masa ini membabitkan pegawai dan anggota IPD KLIA dan Pasukan Gerakan Am (PGA) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam (JKDNKA).

Anggota Beruniform Lengkap Bersenjata SMG HK MP5 Kini Kawal Terminal KLIA 1 Dan 2
Anggota Beruniform Lengkap Bersenjata SMG HK MP5 Kini Kawal Terminal KLIA 1 Dan 2. Sumber foto: The Star

Tiga syif sehari

Beliau menjelaskan bahawa, bagi penugasan di Terminal 1 seramai 23 pegawai dan anggota akan bertugas, manakala di Terminal 2 sejumlah 14 pegawai dan anggota ditempatkan dengan penggiliran sebanyak tiga syif sehari.

Penugasan dilakukan secara ‘prowler’ atau rondaan dan bakal dilaksanakan di lapan pintu masuk dan keluar di Balai Pelepasan serta Balai Ketibaan di Terminal 1 dan 2.

Peningkatan kawalan keselamatan dan rondaan pemantauan ini juga dikatakan adalah satu bentuk komitmen polis dalam menghadapi sebarang kemungkinan serta memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di pintu masuk utama ke Malaysia terjamin.

Anggota Beruniform Lengkap Bersenjata SMG HK MP5 Kini Kawal Terminal KLIA 1 Dan 2
Sumber foto: Harian Metro

Bertugas di setiap aras

Dua anggota IPD KLIA akan bertugas di setiap aras membabitkan aras ketibaan di tingkat 3 dan aras pelepasan di tingkat 5 Terminal 1 dan konsep penugasan bersesuaian dengan anggota beruniform lengkap bersenjata SMG HK MP5.

Anggota IPD KLIA pula dikatakan akan berpasangan dengan anggota PGA yang memakai seragam penuh operasi lengkap berserta beret, body armor dan senjata utama serta senjata kedua.

Dalam masa yang sama Ketua Polis Negara berkata langkah ini adalah sebahagian daripada penambahbaikan pihak polis bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi pada Ahad lalu, seorang lelaki telah melepaskan dua das tembakan dengan satu daripadanya terkena pengawal peribadi kepada isterinya dalam kejadian di Balai Ketibaan Terminal 1.

Sebelum ini seorang lelaki telah melepaskan tembakan di KLIA 1:

Lelaki Cuba Lepaskan Tembakan Ke Arah Isteri Terkena Orang Lain Di KLIA 1
Isteri Sedang Hamil, Suspek Tembak Di KLIA 1 Miliki 3 Rekod Jenayah Lampau
SUMBER :Free Malaysia Today
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pemain E-Sports Sarawak Ini Digantung Setahun Atas Cubaan Pengaturan Perlawanan MPL Malaysia Wakil E-Sports Berpangkalan Di Sarawak Digantung Atas Cubaan Mengatur Perlawanan
Next Article Selepas Banjir Teruk, Langit Dubai Bertukar Warna Hijau

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?