• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Letusan Gunung Ruang Tidak Jejaskan Kualiti Udara Di Sarawak

Oleh
Husna Hazmi
20 April 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Kualiti udara Sarawak tidak terjejas

Letusan Gunung Ruang Tidak Jejaskan Kualiti Udara Di Sarawak. Dipetik dari Bernama, letusan Gunung Ruang di Indonesia baru-baru ini tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.

Menurut Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak, pihaknya sedang memantau rapat perkembangan terkini situasi berkenaan melalui lima Stesen Pemantauan Kualiti Udara (AQMS) di Lundu, Tebedu, Lubok Antu, Bario dan Lawas.

Letusan Gunung Ruang Tidak Jejaskan Kualiti Udara Di Sarawak
Letusan Gunung Ruang Tidak Jejaskan Kualiti Udara Di Sarawak

IPU berada dalam kategori sihat dan sederhana

Dikatakan bahawa, berdasarkan bacaan yang diperoleh daripada AQMS sejak 17 April lepas menunjukkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada dalam kategori sihat (0-50) hingga sederhana (51-100).

Selain itu dijelaskan juga dalam kenyataan NREB, bacaan IPU Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menunjukkan IPU di kebanyakan kawasan di Sarawak berada dalam kategori sihat hingga sederhana dan tiada bacaan tidak sihat direkodkan.

Letusan Gunung Ruang Tidak Jejaskan Kualiti Udara Di Sarawak

Fenomena El Nino

Cuaca panas yang dialami di kebanyakan kawasan di Sarawak ketika ini dikatakan adalah berpunca daripada permulaan fasa peralihan monsun dan fenomena El Nino.

Dalam kenyataan itu lagi, ketika fenomena El Nino, Malaysia serta kawasan lain di Asia Tenggara cenderung mengalami kemarau yang berpanjangan.

Berdasarkan laporan pemantauan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), keadaan El Nino dijangka akan berlarutan hingga Jun 2024. Justeru, letusan gunung berapi Gunung Ruang tidak menyumbang kepada cuaca panas yang sedang melanda ketika ini.

Ketahui lebih lanjut mengenai letusan Gunung Ruang di sini:

Amaran Tsunami, KKIA Batal Semua Penerbangan Ekoran Letusan Gunung Ruang
Ini Sebab Mengapa Penerbangan Ke Sabah Sarawak Dihentikan Serta Merta Selepas Gunung Ruang Meletus
SUMBER :BERNAMA
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lelaki Ditahan Berkaitan Kes Penghinaan Terhadap Premier Sarawak
Next Article Gunung Ruang Meletus, Ini 4 Lagi Gunung Berapi Aktif Di Sulawesi Utara Gunung Ruang Meletus, Ini 4 Lagi Gunung Berapi Aktif Di Sulawesi Utara

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?