• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Wakil E-Sports Berpangkalan Di Sarawak Digantung Atas Cubaan Mengatur Perlawanan

Oleh
Nazihah AN
20 April 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Pemain E-Sports Sarawak Ini Digantung Setahun Atas Cubaan Pengaturan Perlawanan MPL Malaysia

Nik “Dominus” Muhyyiddin Dikenakan Penggantungan Satu Tahun Kerana Cubaan Pengaturan Perlawanan

Wakil E-Sports Berpangkalan Di Sarawak Digantung Atas Cubaan Mengatur Perlawanan. Liga Profesional Mobile Legends Malaysia (MPL MY) mengumumkan keputusan muktamad terhadap isu cubaan pengaturan perlawanan melibatkan pasukan Bountee Esports pada musim lepas. Setelah mengadakan siasatan teliti, pihak liga mengenakan hukuman digantung satu tahun kepada pemain ganti, Nik “Dominus” Muhyyiddin.

Dalam kenyataan rasmi, MPL MY mendedahkan bahawa Dominus didapati cuba menawar dan memberikan rasuah kepada dua pemain Bountee Esports lain supaya sengaja kalah dalam satu perlawanan. Perbuatan itu melanggar Peraturan 12.2.14 buku peraturan MPL MY yang melarang sebarang usaha untuk mempengaruhi keputusan perlawanan melalui cara yang menyalahi undang-undang.

Wakil E-sports Berpangkalan Di Sarawak Digantung Atas Cubaan Mengatur Perlawanan

Pemain E-Sports Sarawak Ini Digantung  Setahun Atas Cubaan Pengaturan Perlawanan MPL Malaysia

“Nik ‘Dominus’ Muhyyiddin cuba melakukan pengaturan perlawanan dan menawarkan rasuah kepada dua pemain Bountee Esports untuk kalah sengaja dalam satu perlawanan. Ini merupakan pelanggaran serius terhadap integriti dan profesionalisme,” menurut kenyataan itu.

Disebabkan pelanggaran tersebut, Dominus dikenakan gantung selama satu tahun bermula 18 April 2024 sehingga 18 April 2025. Dalam tempoh itu, beliau tidak akan dibenarkan menyertai sebarang acara atau pertandingan anjuran MPL Malaysia, MAL Malaysia mahupun yang disokong oleh MOONTON Games.

Walau bagaimanapun, siasatan mendapati pasukan Bountee Esports tidak terlibat dalam usaha pengaturan perlawanan tersebut. Namun, pihak pasukan berjanji untuk mengukuhkan lagi operasi dan pengurusan bersama-sama pihak liga bagi memastikan perkara sedemikian tidak berulang lagi.

Pemain E-Sports Sarawak Ini Digantung Setahun Atas Cubaan Pengaturan Perlawanan Malaysia

“MPL Malaysia akan menggandakan usaha dalam menjalinkan hubungan dengan pasukan supaya kesejahteraan setiap peserta terjaga. Kami juga akan meningkatkan pendidikan tentang amalan baik dan nilai murni agar pasukan dapat mewujudkan persekitaran sukan yang selamat, sihat dan saling menghormati ahlinya,” kata kenyataan rasmi berkenaan.

Dengan keputusan itu, MPL Malaysia berharap tiada lagi isu seumpama ini berlaku bagi menjamin ketelusan dan integriti pertandingan. Perhatian berat akan diberikan terhadap perkara sedemikian bagi memelihara kesucian sukan e-Sukan di Malaysia.

Baca juga artikel menarik di bawah:

2 Heroin E-Sport Dari Sarawak Gegarkan Kejohanan Dota Dunia Di Riyadh
Tahniah! Atlet Asal Gedong Ini Jadi Anak Sarawak Pertama Wakili Malaysia Ke Sukan SEA Hanoi Acara E-Sport
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Gunung Ruang Meletus, Ini 4 Lagi Gunung Berapi Aktif Di Sulawesi Utara Gunung Ruang Meletus, Ini 4 Lagi Gunung Berapi Aktif Di Sulawesi Utara
Next Article Anggota Beruniform Lengkap Bersenjata SMG HK MP5 Kini Kawal Terminal KLIA 1 Dan 2

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?