• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Anggota Polis Maut Diheret Lori Di Jalan Kwong Lee Bank, Polis Mohon Saksi Tampil

Oleh
Husna Hazmi
9 November 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Polis mohon bantuan saksi kemalangan maut melibatkan seorang anggota polis di Kuching

Anggota Polis Maut Diheret Lori Di Jalan Kwong Lee Bank, Polis Mohon Saksi Tampil. Dilpaorkan polis meminta saksi kemalangan maut yang meragut nyawa seorang anggota polis di Jalan Kwong Lee Bank untuk tampil membantu siasatan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Superintenden Merbin Lisa, memaklumkan bahawa kemalangan yang melibatkan sebuah motosikal dan lori itu berlaku sekitar jam 12.49 tengah hari pada hari Jumaat.

Anggota Polis Maut Diheret Lori Di Jalan Kwong Lee Bank, Polis Mohon Saksi Tampil
Anggota Polis Maut Diheret Lori Di Jalan Kwong Lee Bank, Polis Mohon Saksi Tampil. Sumber gambar: Utusan Borneo

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian

Mangsa, yang berusia dalam lingkungan 40-an, menunggang motosikal ketika kejadian dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Kemalangan dipercayai terjadi apabila pemandu lori ingin memasuki simpang kiri dan bergesel dengan motosikal mangsa yang cuba memotong di sebelah kiri lori tersebut. Oleh itu, mangsa dan motosikalnya terjatuh dan diheret lori.

Pegawai Perubatan yang tiba di lokasi kejadian sekitar jam 1.30 petang mengesahkan kematian mangsa. Kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan pemandu lori tersebut telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Anggota Polis Maut Diheret Lori Di Jalan Kwong Lee Bank, Polis Mohon Saksi Tampil
Gambar sekadar hiasan

Polis meminta kerjasama orang awam yang mempunyai maklumat

Polis juga meminta kerjasama orang awam yang mempunyai maklumat tentang kejadian ini untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat atau mana-mana balai polis berhampiran. Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Rashdan Rosli boleh dihubungi di talian 013-6204758 atau 082-259900.

Merbin turut menasihati pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati ketika memandu serta mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya.

Lagi artikel terkini untuk anda di sini:

Dua Lelaki Warga Tempatan Ditahan, Seludup Dadah Lebih 21 Kg Di Lapangan Terbang Miri
Ini Sebab Kenapa Miri Guna Sistem Gas Paip Untuk Memasak

SUMBER :Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Sebab Kenapa Miri Guna Sistem Gas Paip Untuk Memasak Ini Sebab Kenapa Miri Guna Sistem Gas Paip Untuk Memasak
Next Article Lelaki Ditahan Menyamar Sebagai Polis, Perdaya Wanita Demi Duit Di Ranau

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?