• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Anggota Rejimen Hilang 19 Hari Ketika Bertugas Di Limbang Sarawak Ditemui Selamat

Oleh
Husna Hazmi
6 Julai 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

Prebet Muhammad Syafiq ditemui selamat setelah 19 hari hilang

Anggota Rejimen Hilang 19 Hari Ketika Bertugas Di Limbang Sarawak Ditemui Selamat. Dipetik daripada laporan Kosmo, Prebet Muhammad Syafiq Hilmi Abd. Halim, salah seorang anggota tentera Batalion Ke-7 Rejimen Sempadan (RS) yang berpangkalan di Kem Kidurong, Bintulu telah dilaporkan selamat setelah hilang sejak 19 hari lalu ketika bertugas dalam Op Ukur di Limbang, Sarawak.

Prebet Muhammad Syafiq Hilmi Abd. Halim itu ditemui sekitar jam 11.29 pagi tadi oleh kumpulan mencari dan menyelamat (SAR) setelah 17 hari operasi dilancarkan.

Anggota Rejimen Hilang 19 Hari Ketika Bertugas Di Limbang Sarawak Ditemui Selamat
Anggota Rejimen Hilang 19 Hari Ketika Bertugas Di Limbang Sarawak Ditemui Selamat

Syafiq berjaya menjejaki tanda-tanda panduan laluan rintis

Sel Perhubungan Raya Markas Tentera Darat Malaysia menjelaskan bahawa, Syafiq berjaya menjejaki tanda-tanda panduan laluan rintis pencarian yang sengaja dibuat di sekitar lokasi pencarian sehingga beliau berjaya menemui lokasi Forward Operating Base (FOB) Tim A.

Beliau ditemui dalam keadaan selamat serta lengkap bersama peralatan dan senjata namun lemah akibat kelaparan dan dehidrasi.

“Beliau seterusnya diberikan rawatan awal oleh pasukan perubatan di lokasi untuk pemeriksaan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu kata kenyataan itu juga, keluarga mangsa telah dihubungi oleh pihak Tentera Darat Malaysia (TDM) menerusi panggilan telefon dan akan diterbangkan ke Sarawak dalam masa terdekat.

Semua perbelanjaan perjalanan akan ditanggung sepenuhnya oleh TDM, jelasnya lagi.

Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi yang terlibat dalam operasi ini khususnya kepada Kerajaan Sarawak.

“Termasuk juga Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), individu serta semua yang terlibat atas kerjasama dan komitmen yang diberikan sehingga Syafiq berjaya ditemui selamat,” tambahnya.

Anggota Rejimen Hilang 19 Hari Ketika Bertugas Di Limbang Sarawak Ditemui Selamat
\
Sumber gambar: FB Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat

Di samping itu, TDM juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) atas bantuan dan sokongan yang diberikan sepanjang operasi SAR ini dijalankan.

Kerjasama erat antara TDM dan ABDB dalam operasi ini telah membuktikan hubungan dua hala yang kukuh antara kedua-dua negara. Terima kasih juga kepada rakyat Malaysia yang mendoakan kejayaan operasi ini sehingga beliau berjaya ditemui dengan selamat.

Turut ditegaskan juga bahawa satu Lembaga Siasatan akan ditubuhkan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan sebagai penambahbaikan kepada Standard Operating Procedure (SOP) sedia ada.

Dengan penemuan Syafiq dalam keadaan selamat, maka operasi SAR ini ditamatkan,” katanya.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa seorang anggota daripada Batalion Ke-7 RS yang berpengkalan di Kem Kidurong, Bintulu, Sarawak hilang ketika sedang bertugas dalam Op Ukur.

Kehilangan Prebet Muhammad Syafiq dikesan pada 18 Jun lalu kira-kira pada jam 12 tengah hari ketika bertugas bersama Jabatan Ukur dan Pemetaan (Jupem) di Limbang, Sarawak.

Sebelum ini kehilangan Prebet Muhammad telah dilaporkan:

Anggota Rejimen Hilang Ketika Bertugas Dalam Op Ukur Sempadan Di Limbang
SUMBER :Kosmo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Buat Ramai Sebak, Bapa Dari Sarawak Sanggup Tunaikan Hajat Anak Ingin iPhone
Next Article Kanak-Kanak Tersepit Jari Pada Eskalator Di Sebuah Pusat Beli Belah Sabah

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?