• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Buat Ramai Sebak, Bapa Dari Sarawak Sanggup Tunaikan Hajat Anak Ingin iPhone

Oleh
Husna Hazmi
6 Julai 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Pengorbanan seorang bapa buat ramai sebak

Buat Ramai Sebak, Bapa Dari Sarawak Sanggup Tunaikan Hajat Anak Ingin iPhone. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian seorang pemilik kedai di TikTok, di mana dia berkongsi kisah pelanggannya yang merupakan seorang bapa, sanggup memenuhi permintaan anak untuk menggunakan telefon pintar, iPhone.

Dalam video yang dikongsikan itu, si bapa tersebut dilihat bersama anak perempuannya datang ke kedai untuk membeli iPhone XR.

Buat Ramai Sebak, Bapa Dari Sarawak Sanggup Tunaikan Hajat Anak Ingin iPhone
Buat Ramai Sebak, Bapa Dari Sarawak Sanggup Tunaikan Hajat Anak Ingin iPhone. Gambar tangkap layar dari TikTok @cheguaimangadjet

Ramai sebak dengar perjanjian si bapa dengan anak

Apa yang membuat ramai berasa sebak dengan pembelian ini adalah, setelah sahaja mendengar pemilik kedai itu memaklumkan harga iPhone yang dikehendaki anaknya berjumlah RM 950, si bapa terus membuat perjanjian dengan anaknya.

Sebelum bayar, mesti janji dulu. Ini bukan untuk bercinta. Guna untuk pergi sekolah. Senang je janji tu.”

”Bapa takut anak kecil hati, terasa hati, bapa dengar kata anak, anak dengar kata bapa. Bapa bukan nak suruh anak jadi jahat, tetapi nak menjadi orang yang baik”, kata pelanggan tersebut.

Buat Ramai Sebak, Bapa Dari Sarawak Sanggup Tunaikan Hajat Anak Ingin iPhone
Gambar tangkap layar dari TikTok @cheguaimangadjet

Usaha menunaikan permintaan anak

Si bapa juga turut berkata, kerana takut kedai berkenaan tutup, dia sanggup tidak mandi lepas balik dari kerja untuk menunaikan permintaan anak perempuannya itu.

Dia minat dengan iPhone, kawan-kawan dia semua pakai iPhone. Saya terpaksa beli untuk dia, biar dia sama dengan kawan dia,” kata pelanggan lelaki itu lagi.

Pemilik kedai pula telah memberikan diskaun sebanyak RM50 terhadap pelanggannya itu atas pembeliannya.

Di ruangan komen pula, ramai yang meluahkan rasa sebak melihat pengorbanan seorang bapa yang sanggup menuruti permintaan anaknya.

Lihat komen dari netizen di sini:

Buat Ramai Sebak, Bapa Dari Sarawak Sanggup Tunaikan Hajat Anak Ingin iPhone
Gambar tangkap layar dari TikTok @cheguaimangadjet
Buat Ramai Sebak, Bapa Dari Sarawak Sanggup Tunaikan Hajat Anak Ingin iPhone
Gambar tangkap layar dari TikTok @cheguaimangadjet
Buat Ramai Sebak, Bapa Dari Sarawak Sanggup Tunaikan Hajat Anak Ingin iPhone
Gambar tangkap layar dari TikTok @cheguaimangadjet

Netizen rata-ratanya berasa sebak dan terharu dengan pengorbanan si bapa yang sanggup menunaikan permintaan anaknya untuk memiliki sebuah telefon pintar berjenama Apple.

Lagi cerita menarik untuk anda di sini:

Setia Bantu Pikul Beg Rakan, Kisah Dua Sahabat Sejati Tingkatan 1 Di Sabah Ini Buat Ramai Terharu
Demi Anak, Ibu Sanggup Angkut Sape 7kg Semata-Mata Mahu Dapatkan Tandatangan Agong
SUMBER :TikTok @cheguaimangadjet
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tampal Ayat Al-Quran Atau Zikir Di Cermin Kereta, Ini Penjelasan Dr Zulkifli Tampal Ayat Al-Quran Atau Zikir Di Cermin Kereta, Ini Penjelasan Dr Zulkifli
Next Article Anggota Rejimen Hilang 19 Hari Ketika Bertugas Di Limbang Sarawak Ditemui Selamat

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?