I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: ‘Angol’ Dengan Soalan Remeh Tentang Sarawak, Celoteh Lelaki Ini Buat Ramai Terhibur
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

‘Angol’ Dengan Soalan Remeh Tentang Sarawak, Celoteh Lelaki Ini Buat Ramai Terhibur

Oleh Nur Afifah 7 Januari 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Kemon, dah 2023, kan?

‘Angol’ Dengan Soalan Remeh Tentang Sarawak, Celoteh Lelaki Ini Buat Ramai Terhibur. Mustahil lah di tahun 2023 ni masih ada tanya soalan jenis ‘masih tinggal atas pokok’. Hakikatnya memang masih ada rupanya 🤦🏻‍♀️

Menerusi sebuah perkongsian di platform TikTok, seorang lelaki Sarawak yang bernama @mimieyrullz memuat naik sebuah video celoteh keluhannya tentang pengalamannya ditanya soalan yang remeh tentang Sarawak.

'Angol' Dengan Soalan Remeh Tentang Sarawak, Celoteh Lelaki Ini Buat Ramai Terhibur
‘Angol’ Dengan Soalan Remeh Tentang Sarawak, Celoteh Lelaki Ini Buat Ramai Terhibur. Kredit: TikTok @mimieyrullz

Menurut mimieyrullz, beliau menceritakan pengalaman ini di laman TikToknya memandangkan perkara tersebut baru sahaja berlaku kepadanya. Jelasnya, beliau nyata ‘angol’ atau rimas dengan pertanyaan remeh yang masih diajukan oleh segelintir masyarakat bukan dari Sarawak.

Ditanya soalan pelik sebaik sahaja memperkenalkan diri sebagai orang Sarawak

Pengalaman ‘angol’ mimieyrullz bermula apabila beliau pergi ke sebuah kedai dan ditanya oleh seorang individu tentang tempat asal beliau. Setelah lelaki ini memberi jawapan berasal dari Sarawak, maka timbul beberapa siri soalan yang membuatkan mimieyrullz ‘garu kepala’.

Antara soalan yang diajukan oleh individu berkenaan adalah tentang jarak lapangan terbang dari kampung, lokasi kampung sama ada dekat dengan bandar atau tidak, serta kewujudan bangunan pencakar langit di Kuching.

Walau bagaimanapun, mimieyrullz menjelaskan bahawa beliau tetap melayan pertanyaan individu tersebut dengan nada sinis. Namun, kemuncak situasi ‘awkward’ ini adalah apabila individu berkenaan mengemukakan soalan tentang mod pengangkutan dari Sarawak ke Semenanjung.

Berapa hari dari Sarawak pergi ke sini?”

Hal ini membuatkan mimieyrullz jelas rimas. Sejujurnya, sesiapa pun pasti rimas diajukan pertanyaan remeh seperti ini kerana ini adalah pengetahuan yang sepatutnya diketahui oleh semua masyarakat di Malaysia.

Walau bagaimanapun, mimieyrullz tidak menyatakan sama ada inidvidu berkenaan sengaja mengajukan pertanyaan sedemikian atau benar-benar ingin tahu.

@mimieyrullz Im proud to be sarawakian #tiktokkuchingsarawak ♬ original sound – Mimieyrullz

Flight dari Sarawak ke Semenanjung sesaat saja, tak lama pun – Netizen

Celotehnya yang menceritakan pengalaman itu dalam nada yang lucu membuatkan ramai netizen memberi respon yang menghiburkan. Di sebalik luahan perasaan itu juga, ramai yang menyatakan bahawa mereka masih diajukan pertanyaan yang sama setiap kali memperkenalkan diri sebagai orang Sarawak mahupun Sabah, terutamanya apabila tinggal di Semenanjung.

Tidak kurang juga ada yang bergurau tentang jarak perjalanan dari Samarahan ke Kuching yang kini memakan masa selama berjam-jam.

'Angol' Dengan Soalan Remeh Tentang Sarawak, Celoteh Lelaki Ini Buat Ramai Terhibur
Kredit: TikTok @mimieyrullz
'Angol' Dengan Soalan Remeh Tentang Sarawak, Celoteh Lelaki Ini Buat Ramai Terhibur
Kredit: TikTok @mimieyrullz
'Angol' Dengan Soalan Remeh Tentang Sarawak, Celoteh Lelaki Ini Buat Ramai Terhibur
Kredit: TikTok @mimieyrullz
Kredit: TikTok @mimieyrullz

Haih, macam-macam hal lah kan? Patutnya di zaman 2023 ini, memang tak wajar lagi soalan ini sebegini diajukan kepada masyarakat di Sabah dan Sarawak kerana sejauh-jauh pedalaman pun, setiap satu rumah ada kereta pacuan empat roda tau?

Kalau betul-betul tak tahu, cuba berkawan dengan orang Sabah Sarawak. Konfem jatuh cinta punya. Hehe.

Terdetik nak datang ke Sarawak? Jangan lupa semak itinerari ringkas ini:

Itinerari Santai 3 Hari 2 Malam Ke Kuching (Kemaskini 2023)
Gadis Ini Kongsi Itinerari Trip Solo Ke Semporna Dan 7 Pulau Selama 8H7M
SUMBER : TikTok @mimieyrullz
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Skrin Besar Disediakan Di MYDIN Petrajaya, Khas Untuk Perlawanan Malaysia VS Thailand
Next Article Beam Mohon Warga Kuching Hantar Sokongan Bertulis Penggunaan E-Skuter Ke Dewan Bandaraya Beam Mohon Warga Kuching Hantar Sokongan Bertulis Penggunaan E-Skuter Ke Dewan Bandaraya

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
TEGAS Digital Village Cipta Sejarah, Dinobat Anugerah Berprestij BrandLaureate 2022
#innovatesarawak 8 Disember 2022
Bina Startup Berteraskan Sekuriti Makanan Dalam Masa 54 Jam Menerusi Program Ini
#innovatesarawak 25 Ogos 2022
Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
#innovatesarawak 3 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?