• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Anjing Pitbull Gigit Wanita Hingga Parah, Netizen Gesa Pemilik Anjing Didenda

Oleh
ILB - AI
4 Ogos 2020
Kongsi
4 Min Bacaan
Anjing Pitbull Gigit Wanita Hingga Parah, Netizen Gesa Pemilik Anjing Didenda

“Jangan salahkan anjing itu,” – Netizen

Anjing Pitbull Gigit Wanita Hingga Parah, Netizen Gesa Pemilik Anjing Didenda. Pepatah dogs are a man’s best friend memang membawa maksud. Hal ini kerana anjing dikenali sebagai haiwan yang sentiasa setia kepada tuannya. Apa-apa sahaja yang diarah oleh tuannya, anjing akan sentiasa ikut sahaja kehendak dan arahan tuannya.

Anjing Pitbull Gigit Wanita Hingga Parah, Netizen Gesa Pemilik Anjing Didenda
Anjing Pitbull Gigit Wanita Hingga Parah, Netizen Gesa Pemilik Anjing Didenda

Namun, baru-baru ini seekor anjing spesies Pitbull tular apabila dilaporkan menyerang seorang wanita sehingga parah. Perkara tersebut menjadi viral apabila seorang pemuda memuat naik satu video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menerusi Twitter memaparkan seorang wanita cedera teruk setelah diserang seekor anjing.

Tuan rumah tak bertangungjawab.. otak bebal!!! nak bela anjing pun tolong lah dengan cara yang betul. Nak keluar pun tutup lah pintu. Yg kereta putih tu pun bebal x bhenti tolong. Mujur jiran depan tu tolong. Tak pasal2 cik adik tu kena gigit.

📸Ahmad Rashidi pic.twitter.com/G9JUDi0nLU

— 🍔MalayFoodHunter🍔 (@MalayFoodHunter) July 28, 2020

Rata-rata netizen meluahkan rasa kesal terhadap segelintir pemilik anjing yang tidak bertanggungjawab, terutamanya pemilik anjing tersebut.

https://twitter.com/hafyzzzzz/status/1288052959117418496

Mesti tuan anjing ni jiran tak baik punya orang. Sampai nak halau anjing kena pakai kereta.

— zack (@zadziz) July 28, 2020

Susulan kejadian tersebut, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Putrajaya membuat siasatan terhadap kes tersebut dan mengambil anjing itu untuk ditempatkan di Pejabat Veterinar buat sementara waktu.

“Anjing tidak bersalah. Tuan dia yang salah,” – Netizen

Status yang dimuat naik menerusi laman Facebook jabatan tersebut tular apabila gambar memaparkan anjing terbabit meraihkan simpati di kalangan masyarakat Malaysia yang berpendapat anjing tersebut tidak bersalah dan yang patut didenda adalah pemilik anjing itu kerana tidak bertanggungjawab atas haiwan pemeliharaannya.

Menurut Jabatan Perkhidmatan Veterinar dalam status yang sama menerusi ruangan komen, anjing tersebut ditempatkan di Pejabat Veterinar dan dijaga dengan baik sehingga siasatan terbabit selesai dijalankan.

3 Ogos 2020| DVS MelakaDato' Dr. Norlizan bin Mohd Noor, Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar turun ke DVS Melaka…

Posted by Jabatan Perkhidmatan Veterinar on Monday, August 3, 2020

Walaupun ia dijaga dengan baik, kebanyakan warga Malaysia tahu nasib yang akan ditimpa kepada anjing tersebut. Hal ini kerana selalunya, anjing akan disuntik mati (Put To Sleep) atau PTS untuk kes-kes sebegini.

Anjing Pitbull Gigit Wanita Hingga Parah, Netizen Gesa Pemilik Anjing Didenda
Anjing berkenaan. Kredit: Jabatan Perkhidmatan Veterinar
Anjing Pitbull Gigit Wanita Hingga Parah, Netizen Gesa Pemilik Anjing Didenda
Kredit: Persatuan Haiwan Malaysia

Mengetahui bakal nasib anjing tersebut, ramai warga Malaysia merayu kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk bagi anjing itu peluang kedua.

Hal ini kerana mereka berpendapat anjing tersebut hanya ikut pengajaran tuannya dan yang salah dalam kes ini ialah pemilik anjing itu kerana dipercayai melatih anjing berkenaan untuk menjadi garang serta tidak mengawal anjingnya.

Berikut adalah antara komen-komen netizen yang menyalahkan pemilik anjing itu.

Anjing Pitbull Gigit Wanita Hingga Parah, Netizen Gesa Pemilik Anjing Didenda
Anjing Pitbull Gigit Wanita Hingga Parah, Netizen Gesa Pemilik Anjing Didenda
Anjing Pitbull Gigit Wanita Hingga Parah, Netizen Gesa Pemilik Anjing Didenda
Anjing Pitbull Gigit Wanita Hingga Parah, Netizen Gesa Pemilik Anjing Didenda

Difahamkan juga, owner anjing tersebut didedahkan suka bela anjing dan akan memukul anjingnya sehingga separuh nyawa. Disamping itu, anjing yang dibelanya dilatih untuk menggigit orang.

Yang lebih mengeruhkan keadaan, tuan tersebut kadang-kadang tidak menutup pagar rumah dan membiarkan anjingnya yang dilatih untuk menggigit orang itu berkeliaran luar rumah.

Wanita ini dipercayai jiran kepada tuan anjing tersebut dan mendedahkan sikap pemilik anjing itu yang tidak bertanggungjawab. Kredit: Persatuan Haiwan Malaysia

Terdapat juga netizen yang cadangkan anjing tersebut diambil oleh Unit K9 PDRM kerana berpendapat anjing itu boleh membantu unit polis tersebut.

Mujur ada seorang yang berhati baik berputus untuk ambil anjing ini. Semoga anjing tersebut diberi peluang kedua dan diberi kepada tuan yang lebih menghargainya.

Kredit: Persatuan Haiwan Malaysia

Apa-apa pun hasil daripada siasatan ini, jangan salahkan haiwan. Yang salah adalah tuannya. Haiwan pemeliharaan seperti anjing ini hanya mengikut ajaran yang dilatih oleh tuan sendiri.

Kita sebagai manusia masih boleh bersuara tentang emosi kita, tetapi bagaimana pula makhluk ciptaan Tuhan lain yang tidak dapat bersuara?

Lagi disini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini 5 Teori Asal Usul Nama Negeri Di Bawah Bayu, Sabah
Next Article Lagi Sindiket Dadah Di Miri, Makmal Dadah Tumpas Dengan Rampasan Berjumlah RM 1.33 Juta

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?