• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Semua Pelepasan Antarabangsa Akan Dikenakan Caj Perkhidmatan Penumpang Mulai 1 Jun

Oleh
Nazihah AN
13 Mac 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Semua Pelepasan Antarabangsa Dari KLIA Akan Dikenakan Caj Perkhidmatan Penumpang Mulai 1 Jun

Pelaksanaan caj perkhidmatan penumpang (PSC) baharu berkuat kuasa 1 Jun ini.

Semua Pelepasan Antarabangsa Akan Dikenakan Caj Perkhidmatan Penumpang Mulai 1 Jun. Suruhanjaya Penerbangan Malaysia mengumumkan pelaksanaan caj perkhidmatan penumpang (PSC) baharu berkuat kuasa 1 Jun ini. PSC dikenakan ke atas semua penerbangan berlepas dari Malaysia, sama ada dalam atau luar Asean.

Bagi penerbangan antarabangsa berlepas dari Terminal 1 KLIA 1, PSC ditetapkan sebanyak RM73 manakala bagi berlepas dari KLIA 2, PSC adalah RM50. PSC bagi penerbangan domestik kekal RM11.

Semua Pelepasan Antarabangsa Akan Dikenakan Caj Perkhidmatan Penumpang Mulai 1 Jun
Semua Pelepasan Antarabangsa Akan Dikenakan Caj Perkhidmatan Penumpang Mulai 1 Jun

Pelarasan PSC adalah bagi menampung peningkatan kos operasi dan infrastruktur lapangan terbang

Kadar baharu turut meliputi PSC pemindahan bagi penumpang yang melalui lapangan terbang di Malaysia. Penumpang domestik akan dikenakan RM7 bagi pemindahan melalui mana-mana lapangan terbang dalam negara. Bagi penumpang antarabangsa pula, caj pemindahan ditetapkan RM42 di KLIA 1 dan RM29 di KLIA 2 atau lapangan terbang lain.

Pengarah Eksekutif Suruhanjaya, Encik Ahmad Khidrin berkata, pelarasan PSC adalah bagi menampung peningkatan kos operasi dan infrastruktur lapangan terbang. Beliau menambah, langkah ini juga bagi memastikan Malaysia kekal berdaya saing dalam menarik lebih banyak penerbangan dan pelancongan ke negara ini.

Pengumuman ini dilihat mengejutkan pelbagai pihak, terutamanya industri penerbangan dan pelancongan. Namun, pihak berkuasa yakin kadar baharu mampu memberikan pulangan pelaburan optimum kepada pemegang taruh dalam sektor berkenaan.

Baca juga artikel di bawah:

Scoot Air Tambah Kekerapan Penerbangan Ke Sarawak Guna Pesawat Baru
Didakwa Terlibat Kes Dadah, Lima Pelajar Di Kuching Ditahan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hadiahkan Ibu Bapa Pakej Umrah Iktikaf Ramadan, Influencer Sarawak Dipuji Ramai
Next Article Kenali Pencipta Di Sebalik Lagu Trademark Berbuka Puasa Di Sarawak Kenali Pencipta Di Sebalik Lagu Trademark Berbuka Puasa Di Sarawak

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?