• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Hadiahkan Ibu Bapa Pakej Umrah Iktikaf Ramadan, Influencer Sarawak Dipuji Ramai

Oleh
Farisha
13 Mac 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Kejutan Manis Anak Kepada Ibu Bapa: Pakej Umrah Iktikaf Ramadan

Hadiahkan Ibu Bapa Pakej Umrah Iktikaf Ramadan, Influencer Sarawak Dipuji Ramai. Baru-baru ini, seorang influencer lelaki berasal dari Sarawak, Qayyum Jawi menjadi tular di media sosial apabila dia memberikan kejutan kepada ibu dan bapanya dengan menghadiahkan pakej Umrah Iktikaf Ramadan.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikToknya, Qayyum dilihat memberikan sampul surat kepada ibu bapanya yang sedang bekerja.

Hadiahkan Ibu Bapa Pakej Umrah Iktikaf Ramadan, Influencer Sarawak Dipuji Ramai. Sumber: TikTok

Ibu bapanya gembira dan sebak lepas tahu bakal menunaikan umrah

Apabila mereka membuka sampul itu, wajah mereka berubah menjadi terkejut dan gembira setelah mengetahui mereka akan menunaikan ibadah umrah di Mekah sepanjang bulan Ramadan sehingga Hari Raya Aidilfitri.

Pakej Umrah Iktikaf Ramadan yang ditempah oleh ibubapa Qayyum telah bermula pada 9 Mac dan akan berakhir pada 14 April. Qayyum membawa mereka menghadiri kursus umrah dan membeli keperluan untuk dibawa ke Tanah Suci.

Dalam pada itu, sebelum berlepas, keluarga itu mengadakan makan selamat dan Qayyum memberikan wang Arab Saudi kepada ibubapanya.

Netizen turut rasa sebak, dan doakan supaya Qayyum dilimpahkan rezeki

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian video ini mendapat reaksi sebak dan terharu daripada netizen. Mereka memuji Qayyum yang menghadiahkan pakej umrah kepada ibubapanya dan mendoakan agar dia dilimpahi rezeki.

@qayyumjawi

selamat beriktikaf mak dgn bapa di tanah suci mahwaku.. semoga mendapat umrah yang mabrur #qayyumjawi #umrah

♬ Buah Hati – Armada

Untuk makluman, pakej Umrah Iktikaf Ramadan berbeza daripada pakej umrah biasa kerana tempoh menetap di Tanah Suci lebih lama. Menurut sumber, jemaah yang memilih pakej ini lebih gemar beriktikaf di masjid sepanjang bulan Ramadan berbanding berulang-alik ke hotel untuk solat

Baca juga artikel yang berkaitan:

Komplen Sambil Cakap Sarawak, Influencer TikTok Aunty Purple Buat Netizen Terkejut
Influencer Hijabi Berdarah Sarawak, Sabrina Bakal Berlakon Drama Pertama Di Korea
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Scoot Air Tambah Kekerapan Penerbangan Ke Sarawak Guna Pesawat Baru Scoot Air Tambah Kekerapan Penerbangan Ke Sarawak Guna Pesawat Baru
Next Article Semua Pelepasan Antarabangsa Dari KLIA Akan Dikenakan Caj Perkhidmatan Penumpang Mulai 1 Jun Semua Pelepasan Antarabangsa Akan Dikenakan Caj Perkhidmatan Penumpang Mulai 1 Jun

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?